Dialog best dalam Denyut Kasih Medik


Tertarik dengan watak Dr. Muslih dalam novel Denyut Kasih Medik karya Dr. Farhan Hadi, antara dialognya yang ‘best’ selepas dia dapat surat dari seorang pesakit perempuan yang jatuh hati pada dia, budak tu suruh Dr Muslih kontek dia dan budak tu cakap kat Dr. Muslih “I love you”, Dr. Muslih terus buang surat tu dan dia cakap:-

Antara sebab aku tak boleh layan budak perempuan ni kerana:

1) Aku dah ikat janji pertunangan dengan seorang gadis bernama Qani’ah. Melayani gadis lain walaupun niat utk membimbing boleh menimbulkan fitnah. Aku mesti setia walau bidadari kayangan sekalipun yg turun menawarkan diri kepadaku!

2) Aku tak mahu cinta yg tidak berlandaskan syari’at. Ajak berhubung dengan telefon? Cintaku tidak semurah itu!

3) Aku hanya mendamba cinta ALLAH SWT. Cinta yg bakal dicurahkan kepada seorang yg bernama isteri kelak hanyalah atas dasar cinta kepada-Nya.

4) Aku tidak mahu memilih bakal isteri yg bermasalah seperti remaja tersebut. Jika dijadikan pasangan hidup, tentu mengambil masa yg lama untuk mendidiknya. Baik pilih ‘produk’ yg sudah siap, terjamin sikit didikan anak-anakku nanti. Wanita solehah tetap pilihan setiap lelaki yang beriman.

-Tersenyum meleret admin baca part ni...:) Untunglah dapat tunang macam Dr. Muslih ni... Setia dan berpegang pada syari’at. Kesimpulannya, lelaki yang benar2 menjaga agamanya, pasti akan menjaga dirinya daripada perempuan2 yang murah dan pandai menggoda. Dan pasti lelaki yang beragama akan setia pada si ‘dia’ yang pernah dia mengingat tali perjanjian terhadapnya....

Post a Comment

0 Comments