CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Wednesday, January 4, 2012

Kisah benar: Azab dan hukuman kepada PEMIMPIN yang ZALIM. (Wajib baca)


"Wahai Amirul mukminin, izinkan saya bertanya. Sudah berapa tahun Amirul Mukiminin memegang kuasa?" Tanya Umar Abdul Aziz tiba-tiba.

"Sudah 20 tahun, mengapa?" Jawab Khalifah Abdul Malik.


"Berapa tahun lagi agaknya Tuhan beri peluang kepada Amirul Mukiminin berkuasa?" Tanya Umar lagi.


"Saya sudah tua, dan mungkin tidak lama lagi meninggal dunia." Jawab Khalifah Abdul Malik.


"Selama 20 tahun memerintah, sekiranya ditimbang antara kebaikan dan kejahatan, manakah agaknya yang lebih banyak?" Tanya Umar lagi.


Khalifah Abdul Malik terpegun mendengar pertanyaan itu. Tiba2 dia berasa insaf. Umar yang baru diberi kuasa, membuat banyak kebajikan, tetapi berlaku sebaliknya pula dengan dirinya sendiri. Tiba2 Khalifah Abdul Malik menangis.


"Wahai Umar, saya sudah tua. selama 20 tahun menjadi khalifah, saya akui banyak keburukan yang dilakukan daripada kebaikan. Sekarang saya sudah insaf. Saya mahu menjadi Khalifah yang baik." Kata Khalifah Abdul Malik.


"Wahai Amirul Mukminin, dosa2 yang kita lakukan pada Allah mudah diampunkan tetapi dosa-dosa kita pada manusia hanya diampunkan selepas mendapat kemaafan daripada orang yang kita lakukan dosa padanya."


"Wahai Umar, aku tidak faham apa maksud kamu?"


"Sekiranya kita pernah menzalimi manusia, kita mesti mendapat kemaafan daripada mereka yang kita zalimi bagi mendapat keampunan Tuhan. Sekiranya tidak, di akhirat kelak mereka datang mengadu kepada Tuhan mengenai kezaliman yang kita lakukan padanya"


Tiba-tiba khalifah Abdul Malik menangis.........


Sumber: Buku Umar Abdul Aziz Bayangan Khalifah al-Rasyidin, karya Abdul Latip Talib.


p/s: Apa yg KA dapat selepas baca buku ini, banyak sangat pengajaran yang boleh diambil. setiap dari kita adalah pemimpin. dan mungkin bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. jadi, contohilah Rasulullah saw, para khulafa' ar-rasyidin dan para sahbat yang lain dalam menjadikan amalan kita untuk memartabatkan Islam di muka bumi ini. Letaklah ulama di tempat yang tinggi. Jadikan mereka penasihat kita dalam pentadbiran, seperti yang dilakukan oleh Sultan Muhammad al-Fateh yang melantik Syeikh Syamsuddin al-Wali sebagai penasihatnya. Tidak hairanlah beliau mampu menawan kota terhebat iaitu Konstantinopel....


Mari sama2 kita renungi firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil menjadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir, dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. (Al Maidah:57)


*Selamat beramal, buka mata hati untuk menilai. Sucikan hati untuk menerima kebenaran. salam maaf dari KA andai ada tersilap kata....



1 comment :

mujahidah1413h said...

salam alayk~ yupz setiap dari kita adalah pemimpin,, best buku tuh,,betul buku2 seperti itu buat kita muhasabah,, adakah kita telah mnyumbang apa2 kepada agama kita?? pada ummah..??sungguh pada ana ,,ana tak buat apa2 lagi... astaghfirullahalazim. syukran ats perkongsian ya ukhti,,, may ALLAH bless

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~