Turning Point To Be A Better Person!


Ustazku berkata: "Janganlah kamu menghitamkan sejarah hidup kamu kerana kamu tak mungkin dapat pinda lagi sejarah hitam itu sampai bila-bila".

Ya! Sejarah dah berlaku, dan aku cuma mahu teruskan hidup dengan menjadikan sejarah lalu sbg pengajaran agar tidak berulang lagi di masa hadapan. walaupun mungkin org sekeliling masih meragui diri ini, tapi biar hanya aku yang masih percaya pada diri sendiri. Beri peluang pada diri sendiri.

Sejarah menjadi pengajaran, masa lalu mendidik diri, semua itu ujian Allah, supaya iman menjadi teguh, sekiranya redha dengan ketentuan Ilahi, dengan berubah ke jalan yang lebih baik adalah jalan pengakhirannya...

walaupun kita tidak dapat buktikan perubahan kita pada pandangan orang lain, sekurang-kurangnya kita mesti berjaya buktikan pada diri sendiri bahawa kita nak berubah, sedang berubah, dan terus berubah. Pada adik-adik yang sedang meningkat dewasa, berhati2lah dan jadikan kesilapan2 saudara kita sebagai pengajaran buat diri. Jika mereka tersilap hisap rokok, kita jangan hisap. Jika mereka tersilap hisap dadah, kita jgn buat. Jika mereka tersilap dengan bercouple dan berzina, kita jgn buat. Jika mereka tersilap dedah aurat, kita jgn buat. Itulah hikmah Allah ciptakan kita mata dan akal, untuk melihat kesalahan bukan untuk menghukum mereka, tapi sebenarnya untuk mencegah diri sendiri dari melakukan kesilapan-kesilapan tersebut....

Yang baik jadikanlah teladan, dan yang buruk jadikan sempadan...

"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, selagimana mereka tidak ingin mengubah diri mereka sendiri" (Ar-Ra'du; 11)

Post a Comment

0 Comments