TAUFIQ dan HIDAYAH






Dalam kitab syarah al-hikam ada menyatakan tentang hidayah...hidayah ini merupakan proses kedua untuk kita capai sebelum TaufiQ...Andai taufiq pun kita tak dapat ,sudah tentu hidayahNya kita takkan dapat...cth: keinginan untuk melakukan solat dan berdoa selepas solat itu merupakan taufiq dari Allah...sekiranya Allah tidak mengurniakan taufiq pada kita, nescaya kita akan rasa sangat malas dan tidak ingin untuk melakukan solat dan doa...apabila taufiq sebegitu tidak kita dapat,masakan hidayah mau hampir dengan kita?



Taufiq tidak akan diberikan oleh Allah melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut..
Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam hati seseorang. Iaitu petunjuk dan jalan kebaikan. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam akan mendapat hidayah Allah SWT stelah semua dalam kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh......
Secara ringkasnya ia memberi kefahaman kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, kita akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya...inshaAllah...

Post a Comment

0 Comments