Ramadhan Kareem





Alhamdulillah....

Dapat juga kita bertemu dengan tetamu terhebat kita iaitu Ramadhan....
Apa yang diharapkan kali ini, semoga Ramadhan kali ini memberi satu impak pada diriku agar lebih bersungguh melakukan amal ibadah. Sebelum-sebelum ni, Ramadhan yang telah berlalu telah berjalan seperti Ramadhan biasa. Tiga tahun hatiku diganggu oleh igauan remaja dalam melawan segala hawa nafsu. Tapi, tahun ini aku sangat berharap agar Allah kurniakan kekuatan kepadaku dalam mengharungi mehnah dan ujian dalam melawan godaan dan kecintaan keremajaan dalam diriku. Ameen....

Apa yang diharapkan sangat, terutama kepada diriku dan remaja sekalian, biarlah selepas Ramadhan tahun ini menjadi Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita. Perbaiki diri bermula dari 1 Ramadhan hingga 30 Ramadhan. Bagi yang sedang bercinta, jauhkan diri dari pasangan kita.. Tidak perlu ucap "Selamat berbuka", "Selamat sahur", "Selamat tahajjud" dan sebagainya... Utamakan Allah... Tumpukan sepenuh perhatian padaNya... Dan, mudah-mudahan ianya akan berkekalan sehingga ke gerbang perkahwinan... Jadikan Ramadhan kali ini latihan kepada kita untuk menjaga pergaulan dan hubungan.. Kalau seseorang lelaki yang akan menjadi suami kita nanti, bakal memimpin keluarga kita itu betul-betul menyayangi kita, dia akan berusaha menjaga pergaulannya dengan kita sebaiknya agar diredhai Ilahi....

Bagi kaum hawa pula, yang mungkin sebelum ini tidak mampu menutup aurat dengan sebaiknya, usahakan melawan hasutan syaitan dan nafsu itu, tambah-tambah syaitan kena ikat...Bila kita masih ikut suruhan syaitan bermakna siapa yang syaitan ketika syaitan digari? Fikirlah sendiri....tutuplah aurat sebelum terlambat.....

Jadi, usahakan diri... Lawan perasaan hati itu. Memang benar ianya sangat susah, namun tidak mustahil.... Jadikan remaja kali ini remaja yang berkualiti dari setiap sudut! InshaAllaah....


Serapkan juga nilai-nilai dan sunnah Rasulullah ketika bersahur, berbuka dan berpuasa...
Jauhkan dari tidur yang berlebihan...
Beribadahlah bersungguh-sungguh dalam mencapai bonus di bulan Ramadhan ini...
Sungguh rugi bagi mereka yang menyia-nyiakannya....
dan sungguh beruntung bagi yang menggunakan masa dengan sebaiknya...

Tarawih pula jangan tinggalkan kecuali mengalami keuzuran...
Buatlah semampu kita, tidak perlu memaksa diri... Buat sekadar termampu...

Tilawah Quran pula jangan tinggalkan...Perbanyakkan bacaan tilwatul Quran...
Manfaatkan masa sebaiknya....

Qiam al-Lail pula, kuatkan diri agar dapat mendirikan solat-solat tambahan pada malam Ramadhan, kerana ini proses dan latihan untuk kita tersedar dan terjaga pada malam special dan bonus nanti iaitu MALAM LAILATUL QADAR....

Berbuka puasa pula, jangan terlalu mengikut hawa nafsu semata.....
Ingat pesan Rasulullah saw...
Makanlah ketika lapar, dan berhenti sebelum kenyang...
Ini memudahkan kita untuk beribadat....

Bersahur pula, makanlah kurma sekurang-kurangnya tiga biji... Ini untuk memberikan kita tenaga supaya tidak terlalu letih... Kerana dalam kurma mengandungi glukosa yang banyak...Ia membentuk tenaga yang sangat baik untuk tubuh yang lemah....

Ketika berpuasa pula, elakkan diri dari melakukan perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah...
Jangan membuat perkara-perkara yang boleh merosakkan pahala berpuasa...
Berilah natijah yang terrrrbaik untuk puasa kita, inshaAllah...
Bersabarlah.....

Akhir sekali, jangan sia-siakan peluang yang ada....
Hargailah ia...kerana mungkin Ramadhan kali ini Ramadhan kita yang terakhir....

Beringatlah sentiasa....

-Aman dengan Iman-



Post a Comment

0 Comments