Perempuan zaman sekarang tak malu!

“Cuba tengok pokok ni. Apa nama pokok ni?” Faris Haikal cuba menguji minda anak muridnya.

“Pokok semalu.” Semua serentak menjawab.

“Wah! Pandai adik-adik *mu’allim ni. Siapa tahu apa kelebihan pokok ni?” Faris Haikal tersenyum melihat karenah anak-anak yatim itu. Semuanya bersemangat untuk mendengar syarahan darinya.

“Hmm. Susah la soalan tu. Oh,ye. Tapi Zaki rasa mungkin sebab dia pemalu. Dulu arwah mak pernah tunjuk pokok ni kat Zaki.” Zaki dengan beriya menjawab soalan Mu’allimnya itu.

“Hehe....Aduhai...cute sungguh adik mu’allim sorang ni. Betul jugak jawapan tu. Kalau antum semua nak tahu, identiti utama pokok semalu atau nama saintifiknya mimosa pudica ini ialah daunnya akan menguncup serta terkulai apabila disentuh dan akan kembang semula selepas beberapa minit. Apa yang boleh kita kaitkan dengan pokok ni? Boleh bagi contoh tak, Siddiq?” Faris Haikal terus mengutarakan soalannya kepada Siddiq, memandangkan dia seolah-olah tidak memberikan perhatian. Mungkin kerana umurnya lebih tua dari adik-adik Darul Izzah yang lain. Tingkatan lima. Sangat remaja.

“Hmm.....Bagi saya. Pokok semalu ni macam perempuan!” Semua terus mengalihkan mata tepat pada wajah Siddiq. Hairan dengan jawapan itu.

“Wah, bagus jawapan tu. Cuba Siddiq terangkan.” Faris Haikal teruja dengan jawapan anak muda itu. Mungkin dia sedang cuba memahami sesuatu tentang dunia kini.

“Yela, perempuan seharusnya ada sifat malu dalam diri mereka. Pokok ni pulak kalau kita tengok, bila kita sentuh je dia tertutup. Ni menunjukkan dia nak protect diri dia. Tapi, perempuan zaman sekarang muka tak malu!” Bukan main marah dan bertegas cara Siddiq menjawab soalan itu. Mungkin pernah mengalami sesuatu dalam hidupnya yang berkaitan dengan wanita. Mungkin.

“Betul! Pokok semalu ni pokok perempuan. Orang perempuan yang pakai tudung, menutup aurat dengan sempurna dan ada sifat malu tidak akan membenarkan dirinya disentuh. Kalau orang nak sentuh, dia akan menutup dirinya.” Faris Haikal mengukir senyuman. Adik-adik Darul Izzah pula mengangguk-anggukan kepala isyarat memahami penjelasan itu.

“Oo..tapi, kalau pokok semalu ni dah tutup tapi orang nak pegang jugak macam mana mu’allim?” Aiman dari tadi diam, tiba-tiba bersuara. Faris Haikal tersenyum.

“Tangan orang tu akan luka sebab pokok semalu ada duri!” Faris Haikal menangkis hujah Aiman.

“Habis, kalau orang tu cabut jugak pokok ni?” Aiman seperti mahu melontar provokasi.

“Dia akan dihukum Allah! Tangan yang mencabut itu akan menerima seksaannya!” Tegas jawapan Faris Haikal. Semua terdiam. Terkejut dan takut dengan jawapan itu. Aiman segera mendepa tangannya. Tidak jadi untuk mencabut pokok semalu yang sudah mahu digenggamnya. Mereka semua setuju dengan jawapan yang diberikan. Ringkas. Padat dengan *ibrah yang bermanfaat. Kelas hari ini berakhir dengan penuh pengertian. Masing-masing berfikir tentang ilmu alam. *Sunnatullah di dunia ini pasti mempunyai hikmah yang amat bermakna buat manusia sejagat.

-

Pelihara lah aurat kita wahai muslimah! pelihara ia dengan sebaiknya.

* Guru lelaki

* Kamu semua (lelaki)

* Pengajaran

* Kejadian yang menjadi fitrah dunia (ciptaan Allah yang mempunyai hukum yang tersendiri.ex: Proses siang dan malam, perkahwinan, proses kejadian manusia dll.

petikan dari mini novel bersiri Apalah Daya Hati

http://www.facebook.com/pages/Apalah-Daya-Hati/192584984107065

Post a Comment

0 Comments