Hinanya aku......




Hina rasanya diri apabila teringat dosa-dosa yang melimpah-ruah....
Hina rasa diri ini apabila lupakan segala nikmat yang telah Allah limpahkan kepadaku....

Ya Allah....Aku ingin berubah....Berubah menjadi yang terbaik...Tapi, bila waktu aku ingin berubah, bermacam-macam ujian yang Engkau berikan padaku. Apakah maksudnya? Tidak layakkah untuk aku menjadi yang terbaik?

Firman Allah SWT:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut; ayat 2-3).

Ya! Aku selalu diuji... Diuji dengan kesabaran. Sudahlah kesabaran diri ini sangat tipis, tapi masih lagi diri ini diuji dengan ujian seperti itu... Mengapa banyak sangat perkara yang terjadi kepadaku berunsur kemarahan... Pasti aku akan marah jika berlaku sesuatu yang menyakitkan hati aku. Selepas ujian ini gagal aku tempuhi, bagaimana untuk aku jadi seorang yang penyabar?

Bukan itu saja, bila mana aku banyak mengingatkan sahabat-sahabat dan manusia tentang buruknya percintaan sebelum nikah, aku pula diuji dengan cinta manusia yang belum halal bagiku... Apakah ini bermaksud Allah sayangkan aku? Bagaimana aku ingin menyatakan kepada mereka tantang buruknya padah bercinta sebelum nikah?

Oh, dunia! Memang tidak akan bahagia selagimana aku diuji seperti ini...Di mana jalan untuk aku keluar dari segala noda dan bosannya hidup begini?

Ya! Hidup ini sungguh bosan!! Bosan sebab ada saja pantang larang. Hidup di dunia ini tidak ubah seperti penjara...Memang benar!

Kerana Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" (H/R Muslim)

Patutlah aku merasa sungguh bosan hidup di dunia... Dan terkadang rasa ingin cepat meninggalkan dunia yang fana ini....Tapi, masihkah cukup amalan-amalanku?

Jiwaku seakan-akan tidak tenteram...Pasti ada saja perkara yang membuatkan aku gelisah...Apakah maknanya? Adakah sebab aku jauh denganMu ya Allah? Atau, masalah hati yang menyebabkan diriku hilang punca dan arah tujuan? Mungkin ya, mungkin tidak... Dan yang pasti, kegelisahan aku ini ialah punca segala dosa-dosaku dan risaunya aku bagaimana keadaan aku tika di hari pembalasan nanti....
Ampunkan segala dosaku ya Allah............

Pasti....dan pasti aku akan kembali menjadi tanah! Dan apa guna kecantikan yang diberi ini?Yang pasti aku selalu ingat bahawa kecantikan aku nanti akan pudar...Bila mati nanti aku akan jadi tanah...Tak guna aku berbangga dengan kecantikan aku...Lagipun ia milik Allah....bukan aku! Sebab itu aku wajib menjaga amanah ini dan pinjaman ini dengan memelihara auratku dari dipandang lelaki bukan mahram!

Kemudian aku terfikir, Apa guna aku hidup lama di dunia, andai tanah akan menjadi tilamku nanti.....?

Allah sudah berfirman di dalam kitabNya:
Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)

Tapi, apakah kita harus duduk di tikar sejadah saja 24 jam?

Asal dari ibadah adalah menghinakan diri di hadapan yang disembah. Dan ibadah merupakan amalan yang disyariatkan oleh Allah. Definisi yang terbaik dari ibadah disampaikan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Kitab Al-Ubudiyah, “Ibadah adalah nama yang mencakupi segala sesuatu yang dicintai dan diredhai Allah dari perkataan dan perbuatan baik yang bersifat zahir ataupun yang batin.”

Tanda bahawa sesuatu hal dicintai atau diredhai Allah ada banyak, antaranya:

  1. Perkara yang diperintahkan
  2. Disebutkan pahalanya apabila kita melaksanakannya
  3. Anjuran untuk mengamalkannya
  4. Dikerjakan oleh Rasulullah saw dalam perkara ibadah, dan banyak lagi
Jadi, bukanlah hanya duduk di tikar sembahyang saja? Tapi, berkerja untuk mencari rezeki yang halal juga dikira ibadah....Makan, minum, cakap benda-benda baik, tidur, mandi....Semua dikira ibadah asal niat kerana Allah....

So, apasal cakap hidup ni bosan? Masih bosan lagi ke hidup ini?
Jawapannya ialah ya!

Hidup kat dunia ni bagiku masih bosan walaupun banyak kerja yang aku lakukan...Memang semua aku buat kerana Allah....Dan hari-hari aku kena perbaharui niat aku agar semua perkara aku buat kerana Allah.....
Dunia ini bosan kerana bukan matlamatku untuk hidup selamanya di bumi, tapi matlamatku ialah untuk mencapai keredhaan Allah dan untuk masuk ke dalam syurgaNya dengan rahmatNya...Itulah impianku....Kerana di sana nanti tidak akan ada rasa kebosanan yang akan melanda....Itulah nikmat yang berkekalan selamanya......

Sekali lagi aku nak ingatkan betapa hinanya diri aku....
Andai aku yakin adanya Allah, tapi aku menjauhiNya....
Aku yakin dengan Malaikat tapi aku masih tidak malu melakukan maksiat...
Aku yakin dengan Nabi Muhammad dan Rasul-RasulNya tapi aku tidak mahu ikuti akhlak Baginda...
Aku tahu kitab Al-Quran itu datangnya dari Allah tapi aku masih tidak mahu membacanya dan mengamalkan isi kandungannya...
Aku tahu Allah telah menentukan takdirku tapi aku masih memarahi dan tidak redha dengan itu...
Dan aku pasti kiamat akan berlaku tapi aku tidak bersedia menuju hari pembalasan kelak....
Hinanya diriku ini ya Allah....Hinanya aku di hadapanMu...................

Jadi, aku ingin berubah ya Allah....Aku nak jadi baik....Aku nak jadi anak yang solehah...Isteri yang solehah....Kerana aku juga inginkan suamiku nanti, ialah suami yang soleh...Jadi, aku harus persiapkan diriku untuk menjadi solehah semampu aku....

Berilah kekuatan kepadaku ya Rahman....
Selagi hayatku masih ada....Aku ingin menjadi hambaMu yang terbaik walaupun sukar untukku capai impian itu.....
InshaAllah....Selagi ada usaha selagi itu TAUFIQ dan HIDAYAH Allah akan hadir buat selamanya.......Ameen....

-Aman dengan Iman-

Post a Comment

0 Comments