CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Friday, July 22, 2011

Hatiku Parah....





Apakah yang biasa menjadi gangguan para remaja kini?
Terutama bagi remaja yang sedang bercinta?
Selalu kita dengar orang-orang selalu berkata "Mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, minum tak puas...." dan sebagainya. Ini lah perumpamaan orang yang sedang bercinta. Am I right? Let's discuss about it....

Bila tanya tentang 'cinta' macam-macam jawapan yang kita dengar. Tapi, yang kita dengar semuanya indah belaka. Sebab itu ramai remaja kini teringin untuk memiliki pasangan dan mulalah bercintan-cintun.

Selepas itu, mulalah kita dengar kes zina berleluasa, kes derhaka terhadap mak bapak akibat ikut boyfriend dan girlfriend, kes bunuh anak sebab malu dah terrrrmengandung dan sebagainya. Jadi, ini ke per'cinta'an yang sebenar?

Wahai remaja yang bakal memerintah dunia. Ketahuilah kalian bahawasanya kita sedang dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Ketahuilah kita sedang berada di bawah telapak kaki musuh-musuh kita. Di mana rasa tanggungjawab kita terhadap agama? Mengapa masih riang ria ketawa dan bersuka bersama cinta. Cinta kita bukan cinta yang sebenarnya wahai pemuda dan pemudi Islam! Kita hanya bercinta dengan nafsu semata! Yakinlah kita akan berkahwin jua suatu hari nanti. Jangan terlalu rakus dan tamak dalam bermain dengan cinta.

Remaja kini kian parah. Parah dengan permainan cinta. Mengapa perlu bercinta dengan makhluk seandainya cinta padaNya belum kita capai? Malu kita pada Allah. Dah lah bercinta dengan pasangan yang tidak halal. Keluar segala kata-kata romantik. Allah 'hanya' memerhatikan kita sewaktu kita bergembira dengan pasangan haram kita. Allah sentiasa melihat kita. Kenapa Allah tidak menurunkan bala kepada kita yang dah banyak sangat buat maksiat kepadaNya? Kenapa?? Fikirlah sendiri. Cuba bayangkan tiba-tiba bala menimpa ke atas kita ketika kita sedang bermaksiat kepada Allah? Na'uzubillah.....

Remaja.....

Dengarlah....Cinta kita pada pasangan kita hanya mengundang hati yang parah. Memang benar cinta itu fitrah. Tapi kena ingat, cinta itu boleh bertukar menjadi fitnah apabila berada di landasan yang salah! Beringatlah.....

Buat kaum adam yang bakal menjadi pemimpin keluarga. Janganlah kita sesekali berani meluahkan cinta kita pada kaum hawa yang lemah ini. Mereka merupakan kaum yang lemah dan apatah lagi yang berkaitan dengan hati. Jiwa mereka lembut. Simpanlah kata-kata cinta itu buat mereka yang berhak iaitu pasangan yang halal. Apa yang penting ialah pemuda Islam haruslah bangkit. Membina sahsiah peribadi mulia dan bersungguhlah dalam menegakkan agama Allah.... Kembalikan semula neo 'Umar al-Khattab, neo Muhammad al-Fateh, neo 'Umar Abdul Aziz, neo Khalid bin Al-Walid. Itulah dia pemuda Islam yang berjaya! Bukannya neo yang memarahkan hati para wanita. Ingat!

Dan buat kaum hawa pula yang bakal menjadi sayap perjuangan sang suami. Janganlah sesekali mengungkap kata-kata yang boleh mencairkan jiwa lelaki. Jangan menggoda hati mereka. Ingatlah, iman mereka tidak sekental iman para sahabat. Iman mereka masih rapuh. Jadi, tugas kita ialah kembalikan semarak perjuangan yang sebenarnya terpendam dalam diri mereka. Bukan menghakis semangat itu. Teladanilah sifat-sifat srikandi dahulu. Jadilah seperti 'Aisyah Humaira, Fatimah Az-Zahraa', Khadijah, Asma' bintu Abu Bakar dan sebagainya. Mereka inilah yang banyak membantu pejuang-pejuang Islam mara maju kehadapan. Bukan memundurkan kaum adam. Jadilah seperti itu!


Apa yang terjadi kini, remaja banyak leka dan alpa. Kita hanya pandai bercinta, asyik berhibur, leka tidur dalam mimpi, dan akhirnya mati dalam kerugian. Na'uzubillahi min zalik....

Jadi, fikirlah mahu pilih yang mana? Mati bukan hanya pada usia tua. Mati datang bila-bila masa. Jadilah seseorang yang menyumbang sesuatu dalam agama. Jadilah seseorang yang memberikan 'something' dalam dunia perjuangan. Jadilah seseorang yang banyak memberi dalam dunia dakwah!

Memang benar, perubahan yang hendak dibuat ini sememangnya pahit dan ibarat hempedu. Ingatlah hasilnya ialah madu yang manisnya semanis kurma di dalam syurga!


“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Ar-R'ad (28)

Jadi, banyakkan ingat pada Allah bukan kekasih hati. Kerana apabila kita ingat Allah, kita akan bersemangat untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

-Aman dengan Iman-


2 comments :

sabrina ali said...

subhanAllah , entry ni betul2 menarik , like ! :)

Delisha Haseena said...

shukron ukhty...:) smoga brmanfaat

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~