CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Wednesday, July 20, 2011

Dakwah Dan Cinta






“Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u(ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.

“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah
fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.

Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs. Kawal

“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah.. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”


Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu?
Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan
. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.

“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.

“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’

“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.

“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.

Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.

Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.


Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.

Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

pahrol juoi“Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.

Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”

Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.

Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan.





www.iLuvislam.com
oleh: azree_mh*



2 comments :

syznthewritter said...

As salam,
Sekali lg sy bertandang di blog site ni. (6_^)/
Menyentuh isu 'couple' sy teringatkan seorang sahabat..pada asalnya dia mula berniat utk berubah dan cuba mndekatkan diri dgn Allah swt setelah dikecewakan oleh seorang lelaki yg juga besfren nya. Tiba2, disaat diri ingin ke arah kebaikkan, Allah swt mengujinya dgn menghadirkan seorang lelaki yg berani mengungkapkan kata2 cinta pada nya. Dia yakin itu adalah yg ditetapkan Allah swt...pada awl nya payah juga dia menerima,lama kelamaan dia kalah...dia hanyut dgn perasaan cinta nya yg 'baru', selepas dikecewakan oleh lelaki yg pertama...Yang menyedihkan sy, dia smakin lalai dan smakin jauh dgn Allah swt..kalau dulu, rajin sy tgok dia berzikir lama di atas sejadah...sejak2 bercinta ni, sembahyang pun laju-laju..sebab nak keluar dgn kekasih hati.Sy pernah nasihat kan dia, apa yg saya dapat "Boleh tak jangan jd mcm mak sy?"-Terkedu sy dibuat nya.Hebat benar penangan 'couple' ni yer..smpaikan hbgan persahabatan boleh renggang krn terlalu percayakan si'kekasih'. Skrg, dia smakin jauh..jauh drp pendirian asal nya. Perkara yg hampir kpd zina yg pernah ditegah nya dulu,skrg dia pula yg buat.Sy hampir tidak mengenali nya...krn lelaki itu dia berubah. So, sy hnya mampu berdoa semoga Allah swt berikan dia petunjuk & hidayah serta peliharakan di drp segala maksiat.
Konklusi nya, sy setuju dgn pendapat 'couple' adalah haram sbb ia bnyak beri keburukkan drp kebaikkan.Sedangkan, dlm Al-Quran pn ada mnyatakan,'JANGAN SESEKALI MENGHAMPIRI ZINA'...kalau couple sudah pasti akn ada unsur2 yg hampir kpd zina.Sy pn b'setuju dgn perasaan cinta perlu dikawal bukan dilawan..
Maaf yer,sy tidak arif dlm bab-bab agama,sekadar ingin berkongsicerita & pendapat.TQ~

Delisha Haseena said...

wssalam...
subhanallah...sgt menarik pengalaman enti dan shbt enti...ana harap dia akn berubah mnjadi lebih baik...
xpe,enti doakan shj utk dia...klu blh share2 je artikel brkenaan dgn kapel...
pndgn dn pndptn enti amat dialu2kan di semua entry ana...:)
dan ana stuju dgn pndgn enti...shukron kerana sudi ziarah blog ana....

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~