CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Thursday, July 21, 2011

Aku terlalu cemburu....





Cemburu......

Itulah sifat yang terlalu akrab dengan seorang wanita....
Lelaki juga apa kurangnya, masing-masing mempunyai sifat cemburu yang tersendiri...Cuma sama ada ianya keterlaluan mahupun tidak.

Suami isteri selalunya pernah bersengketa hanya kerana dengan sifat cemburu. Cemburu kadang-kadang boleh mendatangkan bahagia, tapi ianya lebih banyak cenderung kepada pergaduhan. Apa yang ingin dikongsikan tentang sifat ini ialah mengenai pasangan yang terlalu memikirkan tentang perhubungan. ikuti luahan hati seorang insan bernama wanita.


Aku bahagia bertemu dengan si dia. Ilmunya, akhlaknya sangat aku kagumi. Dia seorang yang lemah-lembut terhadap wanita. Perkenalan dengannya yang begitu lama akhirnya telah menyatukan kami sehingga ke ambang perkahwinan. Aku sangat bahagia bersamanya.
Tapi, di saat aku terlalu menyayanginya. Allah menguji keimanan seorang hamba. Apabila aku tahu dahulunya dia pernah menyayangi seorang wanita sebelumku, aku cemburu dengan itu. kerana aku dahulu tidak pernah menyayangi mana-mana lelaki sebelumnya dan hakikatnya dialah lelaki pertama dan yang terakhir yang pernah aku sayangi. Sebab itu aku cemburu.

Yang demikian, apabila ada lagi perkara-perkara dahulunya aku dapat tahu mengenainya akan membuatkan diriku gelisah. Dahulu suamiku hanya orang biasa. Tidak menuntut di sekolah agama. Menurut suamiku dia seorang yang jahil agama. Tetapi sekarang dia sudah banyak berubah. Atas sebab itu jugalah aku mencintainya. Aku memilihnya kerana agama yang ada padanya.

Tapi, bila saat sejarah-sejarahnya dahulu diketahui olehku. Aku jadi bingung. Di saat dia pernah berkawan dan bermesra dengan beberapa wanita lain. Sebelum hadirnya diriku dalam hidupnya. Aku jadi cemburu. Semua sifat cemburu ini terhasil hanya kerana diriku tidak pernah berbuat sedemikian sebelum aku dan dia dipertemukan Ilahi. Tidak pernah aku bermesra dengan mana-mana lelaki selain dia. Sebab itu aku terlalu cemburu!


Kadang-kadang aku menangis merintih pada Ilahi mengapa sifat ini terlalu menikam-nikam jiwa batinku. Aku ingin menjauhi sifat seperti ini. Semakin aku lawan semakin ia hadir.
Tatkala terbayang keadaan suamiku berhubungan dengan wanita lain melalui panggilan utama, tatkala terbayang saat suamiku bermesra dengan kekasih hatinya, aku jadi sedih. Bagiku, apa yang aku inginkan ialah suamiku seorang yang suci dan tidak pernah melakukan dosa, tapi itu mustahil! Kerana aku juga terlalu banyak disirami dengan dosa-dosa.....

Hampir setiap saat aku memikirkan keadaan dia selepas aku mengetahui kisah silamnya. Aku jadi serabut. Tapi hubunganku dengannya berjalan seperti biasa. Apabila mukanya kelihatan risau dan ingin meminta nasihat dan semangat setelah berpenat-lelah berjuang dan berdakwah di luar, aku memberikannya kata-kata motivasi. Aku duduk bersebelahan dengannya. Bertentang mata dengannya. Aku jadi lupa kisah silamnya. Kerana aku amat menyayanginya.

Dengan sifat cemburu ku ini, aku teringat dengan kisah srikandi Islam yang mulia iaitu 'Aisyah Humaira'. Beliau adalah salah seorang isteri Rasulullah saw yang paling muda dan yang paling kuat sifat cemburunya.

Pernah suatu hari, di saat salah seorang isteri baginda saw datang berkunjung ke rumah baginda ketika mana giliran baginda dengan 'Aisyah. Isteri Baginda saw ketika itu hanya ingin memberikan sedulang makanan kepada suaminya dan madunya, 'Aisyah. Apabila 'Aisyah ingin menyambut makanan tersebut beliau sengaja menjatuhkan makanan itu. Dan, hal ini segera ditegur oleh baginda saw atas sikap cemburu Saidatina Humaira'. Lalu baginda saw menasihati isterinya dan meminta agar 'Aisyah meminta maaf kepada madunya itu.

Ada juga sifat cemburu 'Aisyah di mana Rasulullah saw selalu dan acapkali menyebut-nyebut tentang Saidatina Khadijah di hadapannya. Sehingga beliau pernah bertanya kepada Rasulullah saw mengapa baginda selalu menyebut-nyebut tentang Saidatina Khadijah sedangkan Saidatina Khadijah sudah wafat. Lalu baginda saw bersabda bahawasanya Saidatina Khadijah ialah seorang wanita Islam yang terlalu banyak berkorban demi agama.


Tersedar ku dari lamunan. Aku tahu sifat ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Aku perlu kawal perasaan ini, bukan lawan. Kerana sifat ini merupakan fitrah insani. Cuma ianya perlu dikawal dengan sebaiknya.

Walaupun begitu. Aku tahu bahawa suamiku sudah banyak berubah. Semenjak aku mengenalinya, dia sudah banyak berubah. Dia menjaga batas pergaulannya dengan wanita ajnabi. Dia menundukkan pandangan dari terpandang perempuan bukan mahram. Dia hanya berurusan dengan wanita hanya dengan urusan penting sahaja. Alhamdulillah. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi.

Selalu suamiku berpesan agar jangan diingatkan kisah yang lepas kerana kisah itu hanya kisah silam yang menjadi epilog silamnya. Memang benar apa yang suamiku katakan. Dan aku akan cuba berubah menjadi isteri yang solehah.

Kini aku ingin bersikap lebih positif agar hatiku tenang bila bersamanya. Dan akan menjadikan aku dan dia saling mempercayai kerana itu yang penting. Dan, kami juga akan sedaya-upaya membina keluarga sakeenah di mana keluarga itu yang sentiasa mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Pada pandanganku, bila kita yakin dengan agama (amal,ilmu,akhlak,hubungan​ suami dengan Allah terjaga), secara automatiknya kita akan yakin dengan dia secara keseluruhannya. InshaAlla​h. Sebab itu kita haruslah memilih pasangan hidup yang benar-benar menjaga hubungannya dgn Allah. Itu yang penting!


Pesananku buat semua pasangan, bercintalah keranaNya. Cinta itu suci, dan janganlah mengotori hakikat cinta itu. Hargai pasangan kita. Dan, jagalah pasangan kita sebaiknya.Khas buat mereka yang sudah mendirikan rumahtangga.
-Aman dengan Iman-


p/s: zaman sekarang ni kita tengok ramai sangat perempuan yang 'queen control' sibuk nak tau dengan siapa suami berkawan...mungkin terlalu cemburu, takut-takut si suami bermain kayu tiga...tapi, dalam Islam tetap ada menggariskan hak-hak buat suami, dan hak-hak buat isteri...Islam tidak pernah bias...kalau kita belajar fiqh, bab munakahaat...memang ada huquq az-zauj wa huquq az-zaujah (hak-hak suami dan hak-hak isteri) jadi, kepada mereka yg 'terlalu' control suami tolong jangan berbuat sedemikian, kerana ia boleh mengundang murka Allah! Bagi saya, suami dan isteri ada hak ke atas diri masing-masing...dan Islam itu sangat tekankan penghormatan terhadap seorang suami...dan suami yang baik ialah suami yg berlaku adil terhadap isterinya...wallahu a'lam...


No comments :

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~