Inspirasi Daripada Watak Khazinatul Asrar


Aku selongkari episod hidup semalam . Diariku penuh coretan . Aku teringat pada kisah hidup novel karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin , Seindah Mawar Berduri . Antara lain , Khazinatul Asrar berkata:


'' Waktu di sekolah dulu , Allah banyak uji saya dengan lelaki . Mula - mula rasa tidak suka tapi lama kelama - lamaan saya rasa seronok apabila diminati . Banyak surat cinta dan hadiah yang diterima tanpa dipinta . Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah . Hari - hari yang dilalui terasa lebih ceria apabila saya mengatahui diri ini amat dihargai . Namun , sifat pemalu membuatkan saya kelihatan jual mahal , hakikatnya hati saya suka .


Saya terhanyut dek arus dari segi pemikiran saya . Kata - kata indah dan pujian di dalam surat itu menyebabkan saya terlentok . Memang lelaki pandai bermain kata - kata ( tidak semua tau ) . Waktu itu hidup saya penuh dengan angan - angan . Kadang - kadang syaitan membisikkan agar saya melayani surat - surat yang datang . Tapi Alhamdullilah , berkat didikan yang saya dapat secara sedar ataupun tidak di sekolah agama , saya rasa malu dan ersalah untuk berbuat begitu biarpun aktu - waktu dalam hidup saya dibuai keasyikkan .


Kemudian , keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya . Saya tak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas . Ketika waktu ulangkaji pun , isi surat - surat itu menganggu fikiran saya untuk fokus . Saya terlalu asyik kerana mungkin itulah pengalaman paling mencabar dalam dunia remaja .


Saya mula bertanya diri , apakah yang angan - angan yang telah memberikan dalam hidup saya ini ? hanyalah kegagalan . Cintalah punca angan - angan . Saya mula merasa dilanda kekeliruan dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati , bukan secara zahir . Saya tidak menterjemahkanya . Tapi , hatilah yang menjadi raja , pemberi arahan kepada seluruh anggota tubuh kita . Saya bertanya lagi , bersihkah hatiku ini ? layakkah hati sebegini untuk menadah NUR ilmu ? Bukankah ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan menembusi hati yang berbuat maksiat ?

Saya rasa lebih bersalah lagi apabila keputuan peperiksaan akhir tahun agak merosot . Saya cemburu pada kawan - kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba - tiba jauh meninggalkan saya . Saya buntu . Tak tahu nak mengadu pada siapa .


Saban hari , dengan azkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib di sekolah , entah bagaimana saya mula tertarik dengan ungkapan '' CINTA ALLAH '' . Menurut ustaz - ustaz dan naqibah , saya dapat simpulkan bahawa cinta Allah tidak mengecewakan . Cinta-NYA sentiasa membawa kebahagian kepada hati , perasaan dan kehidupan . Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini , saya ada Allah untuk dicintai . Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hambaNYA , cuma saya yang tak kenal cinta Allah . Pintu taubatNYA sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi .


Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu . Saya cuba bersihkan hati dengan banyak amalan sunat dan zikir . Tika itu , sukar juga untuk istiqamah terutamanya tahajjud . Namun , menyedarkan ada rahsia cinta Allah disebalik amalan - amalan itu , saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya , darah daging . Saya mula dapat merasai kelainan dalam suasana hati saya . Melihat kawan - kawan yang tak diuji dengan lelaki , saya terfikir alangkah indahnya kalau cinta untuk Allah itu tak pernah dicemari oleh cinta dusta manusia .

Rasa macam bodoh pula hidup dalam angan - angan cinta , sudahlah masih bersekolah , semua itu ternyata sia - sia belaka . Buang masa dan boleh gadai cita - cita .


Genap 17 tahun , saya genggam azam baru . Saya ketepikan lelaki dalam daripada fikiran saya . Hati saya yakin cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Dialah penentu segala -galanya . Bukan sekadar akademik , tapi cinta Allah mampu mampu membawa kebahagian yang hakiki . Dialah sumber inspirasi dan pemberi motivasi .

Saya boleh rasakan bahawa saya amat memerlukan Allah untuk membantu saya dalam mendepani fatamorgana dunia remaja . Cinta lelaki akan merampas perasaan ini terhadap Kekasih Agung saya . Pemikiran saya lebih terarah apabila sedikit sebanyak mengenal cinta Allah , seterusnya tindakan juga lebih terpandu . Saya mula memberi sepenuh perhatian pada pelajaran dan habiskan waktu lapang dengan mengikuti majlis - majlis ilmu . Saya yakin tarbiah inilah mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta . Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan rasa cinta dan kerinduan kepadaNYA dalam jiwa saya yang kosong ini . Saya ingin jatuh cinta pada Allah . Saya dapat rasakan ketengan jiwa yang lebih bermakna .


Saya terus mencari cintaNYa . Hinggalah keputusan SPM diumumkan , saya menjadi salah seorang dari pelajar terbaik di sekolah . Susah nak percaya . Semua itu kerana cinta Allah takkan mengecewakan . Hanya bila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa , barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya . Kudus dan suci . Sebab itulah pada usia ini , cinta Allah itu tak boleh dikongsi sesiapa . Itu perinsip saya .''

Post a Comment

0 Comments