Apalah Daya Hati~ (Part 9)


Warung Kak Limah menjadi pilihan utama Amir Asyraf dan Faris Haikal untuk mereka menyambung perbualan dan perkenalan mereka. Air milo panas menjadi pilihan Amir Asyraf dan Teh panas menjadi pilihan Faris Haikal. Sambil menyaksikan gelagat-gelagat manusia di sekeliling KL itu, mereka berbual-bual untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam.

"Jadi, Faris kenal Delisha Iman time sekolah menengah dulu la ye?" Amir Asyraf bersemangat ingin mengetahui dengan lebih mendalam hubungan Faris Haikal dengan Delisha Iman. Wanita yang pernah menjadi idamannya sejak di kampus.

"Ya...Dulu saya pegang jawatan sebagai presiden sekolah. Iman pulak jadi exco dakwah dan tarbiah....tapi dia junior saya...saya time tu ambik STAM form 6 la...tapi Iman form 5, ambik SPM.lepastu saya pindah semula ke KL....tapi,sejak tu lah kami berkawan,..sampai Iman masuk UIA..." Faris Haikal mula bercerita tentang perkenalan dia dengan Delisha Iman.

"Oooo....dasyat jugak ye...memang layak sangat la delisha jadi exco dakwah tu...hehehe...eh,tapi kenapa Faris pindah KL? Ada apa kat KL?" Amir Asyraf mula hairan.

"Hmm...sebenarnya, saya dibesarkan di rumah anak yatim Darul Izzah. Memang sejak kecil saya di situ. Saya kehilangan ibu dan ayah sejak lahir. dan saya memang tak pernah kenal siapa ibu bapa saya...dulu saya pernah teringin nak cari,tapi memang tak pernah jumpa dan takkan jumpa. Saya sendiri tak tahu sama ada mereka hidup ataupun dah meninggal. sebab saya dapat rasakan memang saya tak pernah ada ibu bapa...." Airmata bergenang di kelopak mata Faris Haikal.

"Ooo...takpe...saya faham,mungkin mereka memang dah meninggal...tapi saya tengok muka Faris ni dengan Delisha macam lebih kurang nak sama la....hehehe....macam adik-beradik...kiranya kalau cakap adik-beradik memang orang percaya laaa wa cakap sama lu....hehe" Amir Asyraf mula menimbulkan syak.

"Eh...takdelah...tak sama pun...Hmm...saudara Amir tahu rumah Iman kat mana?" Faris Haikal mula bertanya semula tentang Delisha Iman.

"Tak tahu la pulak...bukan ke Faris kawan lamanya,...sepatutnya mesti lebih tahu...." Amir Asyraf membuat andaian.

"Ya,saya tahu alamat rumahnya yang lama...Saya ada cari kat situ,tapi jirannya ada cakap yang dia dah pindah....Nombor lama dia pun dah tukar..." Faris Haikal berbaur kesal.

"Owh ye, saya ada curi nombor fon dia waktu di kampus, saya mintak kat sahabat baik dia...Rasyidah...Cuba call...."

"Rasyidah? Ya Allah....saya hampir lupa dengan sahabat baik dia....oklah,saya call dia...eh, saya dah lambat nak ke Darul Izzah...nak ikut sekali?" Faris Haikal segera mengangkat punggungnya untuk beredar dari warung kak Limah.

"Owh,takpelah...saya ada hal kena jumpa kawan..ada bisnes nak bincang kejap lagi....hehe.." Amir Asyraf turut bersama berdiri untuk segera ke destinasinya selepas ini.

"Baiklah,jumpa lagi nanti, assalamu'alaikum....." Faris Haikal menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Wa'alaikumussalaam..." Amir Asyfar menyambut mesra tangan yang dihulurkan oleh Faris Haikal.



****

Post a Comment

0 Comments