Apalah Daya Hati~ (Part 7)

Bammm !!!!

Bunyi hentakan pintu kereta Iskandar Syah ditutup. Dia memandang banglo yang tersergam indah di hadapannya. Mukanya merah padam.

"Stress…stress,….arghh !!!" Iskandar Syah menghempas tangannya pada stereng kereta mewahnya, melepaskan geram dan kemarahannya.

"Kenapa tak angkat call??? Mesej tak jawab!!! Kenapa....kenapa???" Sekali lagi jeritan Iskandar Syah bergetar . Semakin lama semakin kuat. Pak guard yang menjaga pagar di rumahnya terus berlari menuju ke arahnya.

"Kenapa tuan?" Pak guard yang dpanggil mesra oleh mereka pak Kadir itu menegur keadaan Iskandar Syah di dalam kereta mewahnya.

"Nothing! Just leave me alone, tepi, saya nak keluar!" Pak Kadir segera ketepi dan memberi laluan kepada Iskandar Syah sambil menggeleng kepala melihat gelagat anak muda itu.

Vummm!!!

Keretanya terus dipandu begitu laju. Semua kereta di jalan raya itu dipotongnya. Tanpa memikirkan soal nyawa atau risiko lain, dia masih memandu dengan begitu laju.

"Aku tak boleh terima kenapa kau tak angkat call aku! Aku tak boleh terima kau tak balas mesej aku! Apahal dengan kau! Dulu aku jadi baik sebab kau! Sekarang nak suruh aku kembali ke 'neraka tu' semula ke??!!" kereta Iskandar Syah terus dipandu laju.


Bamm!!!

Dia menghentak pintunya dengan kuat, dan terus menuju ke dalam pub bersebelahan restoran Ah Cheng. Lampu berkelip-kelip di dalam pub, sambil kelihatan lelaki dan perempuan bercampur bergaul tanpa segan silu menari-nari. Iskandar Syah mengambil posisinya. Dia duduk di tepi lampu berkelip-kelip samar itu. Mukanya kelihatan sugul dan sedikit pucat, rambutnya kusut. Dari jauh kedengaran kasut bertumit tinggi datang menghampirinya. Seorang perempuan seksi memakai skirt berwarna merah duduk bersebelahannya.

"Finally, datang jugak you kat sini..Welcome back my dear...lama tak nampak you..you pergi mana honey?" Maya bersuara manja sambil mengusap-ngusap rambut Iskandar Syah dan menyentuh lembut pipinya.

"Shut up! Tepi! Geli la sentuh-sentuh camni!" Iskandar Syah mengangkat sedikit punggungnya dan mengesot jauh sedikit dari Maya.

"Sejak bila you tak suka I sentuh you ni? Hmm...you masih gilakan perempuan kuno tu ke?!" Maya mencebik sambil menjeling ke arah Iskandar Syah untuk melihat reaksi lelaki itu apabila dia mengutuk Delisha Iman.

"Kau diam!! Siapa kau nak cakap dia kuno??! sekurang-kurangnya dia tak pernah sentuh aku kau faham??! Dia tak pernah pakai macam kau ni! Perasan cantik! Dia tak pernah goda aku ! Dia tak pernah!!"

Suara Iskandar Syah bergetar sehingga muzik di pub itu berhenti. semua mata-mata di situ sedang menyaksikan drama Iskandar Syah dan Maya. Muka Maya serba salah kerana dimalukan sebegitu rupa.

"Kau ingat, sekali lagi kau kutuk dia, nahas kau!" Satu amaran keras buat Maya. Iskandar Syah terus berlalu keluar dari pub sambil diperhatikan oleh mata-mata yang sedang asyik melihat pertengkaran mereka berdua sejak tadi.

Iskandar Syah terus memecut kereta dengan 'speed' yang laju. Dia menekan minyak tanpa rasa bersalah. Matanya kabur kesan 'liquor' yang diminumnya tadi. keretanya hilang kawalan. Secara spontan sebuah lori datang dari arah berlawanan mengikut lorong kanan, dia segera mengelak dengan memusingkan sterengnya ke kiri dan...........Bammm!!!!

Satu dentuman kuat bergetar. Kelihatan darah memancut-mancut dari hidung dan mulut Iskandar Syah, 5 minit kemudian kedengaran bunyi siren ambulans.......



****

Post a Comment

0 Comments