Apalah Daya Hati~ (Part 6)

"Tadaaa.....cantik tak jam ni untuk along...." Najiha bersemangat menunjukkan hadiahnya yang baru dibelinya di korea baru-baru ni untuk kakak kesayangannya Delisha Iman.

"Erm,...cantik jiha...tapi along dah ada la jam tangan macamni..." Delisha Iman mula menyakat adik bongsunya itu.

"Eleh along ni...banyak songeh pulak....terima je la...penat jiha beli untuk along tau!" Najiha mula buat simpati dengan membuat gaya manjanya.

"Hehe...yela...along terima...saja je nak menyakat jiha...."

"yela tu....eh,along....kenapa mata along ni? Sembap je...macam bengkak pun ada...along sihat tak ni?" Najiha mula menyedari keadaan Delisha Iman setelah setahun tidak bertemu muka kerana melanjutkan pelajarannya di korea.

"Err...along sihat je la....emm,hadiah untuk mak dengan abah mana?" Delisha Iman mula menukar topik perbualan mereka.

"Adala....rahsia...kejap lagi jiha akan bagi sendiri dekat mak dengan abah....eh,along...Abang Faris macammana? Dia sihat?" Najiha dengan muka tak bersalah bertanyakan soalan cepumas pada Delisha Iman kerana dirinya memang tidak tahu-menahu tentang mereka berdua.

"Em,along tak tahu keadaan dia macam mana... along dah lost contact dengan dia..." Acuh tak acuh saja jawapan Delisha Iman.

"Lost contact?? Kenapa Jiha tak tahu? "

"Buat apa along nak bagitahu jiha...lagipun susah nak contact jiha...alaa,tak penting pun...." Delisha Iman malas nak berhujah panjang dengan adiknya.

"Along ni kan....hish! Patutla mata sembap....along nangis banyak eaaaa??" Najiha mula mengagak kakaknya yang selalu berahsia ini. 'Terlalu perahsia,huh!'

"Mana ada....erm,dah la...along nak masak...." Delisha Iman mula bangun dari sofa dan terus berlalu ke dapur.


****



"Bang....boleh saya bantu?" Seorang lelaki memakai baju T bersama seluar slek berwarna hitam menegur Faris Haikal dari belakang.

"Assalamu'alaikum...boleh2...memang saya memerlukan bantuan...Alhamdulillah...Allah hantar saudara untuk menolong saya..." Faris Haikal bermonolog.

"Takpe,..hal kecik je ni...Kenapa dengan kereta abang ni?" Lelaki tersebut mengetuk-ngetuk body kereta Faris Haikal yang tersangkut di tengah jalan raya.

"Entahlah...tiba-tiba mati enjin...saya rasa mungkin enjin problem...cuba saudara tengok?"

"Alah abang ni...janganla bersaudara-saudara dengan saya...panggil je saya Amir...Amir Asyraf...."

"Owh...Amir...Amir pulak tak payah panggil abang2 kat saya,panggil je Faris...Faris Haikal.."
sempat mereka berdua berkenalan di tengah-tengah jalan raya sambil melihat di mana kerosakan sebenar pada kereta Faris Haikal.

"Faris ni nak ke mana? Dari Perak jugak ye?" Amir memulakan persoalan terhadap Faris Haikal.

"Ye saya...Saya dari Perak nak ke KL...datang ziarah kawan...dah lama saya tak jumpa dia..."

"Ooo...siapa kawan Faris tu?"

"Kawan lama....Tapi,saya tak pasti dia masih di KL atau dah balik ke kampung..."

"Ok! Dah siap...cuba start enjin tu..." Amir Asyraf dengan bangganya menunjukkan kepakarannya dalam bidang yang diambil di UIA..Budak Engineering yang hebat di kampus.

Vuummm!!!

"Alhamdulillah....baguslah saudara Amir ni...tak sangka dapat membantu saya..."

"Hehe...biasa je...buat apa kalau ada ilmu tentang ni tapi tak praktikkan...betul tak?" Amir Asyraf mula bersyarah.

"Betul2...Ambik kos engineering la ni kan dulu? Ambik dekat mana?" Faris Haikal mula bertanya.

"Ya. Saya ambil di UIA..."

"UIA??" Faris Haikal segera terbayang wajah Delisha Iman.
'Adakah dia masih di sana? Atau dah balik kampung? Argh! memang inilah tujuan aku datang KL...'

"Kenapa terkejut?" Amir Asyraf agak hairan dengan sikap Faris Haikal.

"Amir kenal Delisha Iman?" Faris Haikal cuba untuk mendapat maklumat dari Amir Asyraf.
'Mungkin budak ni kenal Iman...Harap2nya begitulah...'

"Wah! Sangat2 kenal....Dia lah wanita yang sangat-sangat...sangat saya kagumi di kampus. Macam mana boleh kenal dengan Delisha ni? Abang dia ke? Muka macam ala-ala nak sama je....hehehe...." Amir Asyraf mula meneka.

"Eh, tak la...saya sahabat lama dia...dia masih di UIA?"

"Dia dah balik lama dah kampung bro...lepas dia putus tunang dengan mamat mat salleh tu, dia balik kampung terus,...saya frust la bro,kenapa la dia terima mat salleh tu..." Amir Asyraf mula membuka cerita.

"Tunang??? Betul ke dia pernah bertunang dengan mat salleh??" Faris Haikal mula terkejut dengan cerita yang dibawa oleh Amir Asyraf.

"Bukanla mat salleh pun,..tapi budak kacukan....ehh,..saya dah lambat ni...nak nombor fon boleh,..senang nak contact lepasni...."

"baik2...ni nombor saya.."

"Ok,jumpa lagi,Assalamu'alaikum..."

"Baik,terima kasih ye, wa'alaikumussalam...."



'Ya Allah....Delisha Iman dah pernah bertunang?? Tapi,kenapa putus? Hm...Mesti ada sebab ni....Allah.....semuanya salah aku....kenapa aku lost contact dengan dia....kan dah susah nak cari balik....Innalillah....'



****

Post a Comment

0 Comments