Apalah Daya Hati~ (Part 5)

"Nampak ustaz Faris tak?" Tanya ustazah Masyitah pada seorang lagi guru di pejabatnya.

"Tak nampak la, tapi tadi dia dah masuk kelas rasanya..."

"yeke...okey...."

Dalam diam ustazah Masyitah meletakkan surat berwarna merah hati di bawah meja ustaz Faris kemudian dia terus berlalu sambil menjeling ke arah dua lagi ustazah muda yang sedang berpraktikal di sekolah Ma'ahad Tarbiyyah Islamiyyah sama sepertinya juga.


Krringg!!!!

Sejurus selepas loceng rehat berbunyi, Faris terus menuju masuk ke dalam pejabatnya, sedang mencari kertas resume yang akan dihantarnya pada esok pagi, dia terlihat kertas berwarna merah hati yang terselit di sebuah buku di bawah mejanya.

Assalamu'alaikum....

kepada ustaz Faris Haikal...
sebenarnya dah lama saya pendam perasaan ini,
makin hari, makin tak tentu arah saya dibuatnya...
melihat peribadi ustaz, saya sangat kagumi,
cara ustaz bercakap, suara ustaz, wajah ustaz...
saya serba salah...mungkin cara saya tak betul dengan mengirimkan surat ini kepada ustaz, tapi saya nak sangat ustaz tahu bahawa saya sudah jatuh hati dengan ustaz....ustaz, sudilah terima cinta saya ini...saya ingin menjadi permaisuri hati ustaz Faris Haikal bin Abdullah ini...

sekian,wassalam...
Masyitah Mohd


'Ya Allah....Astaghfirullahal 'azim....'
Faris Haikal segera beristighfar merasakan dirinya berdosa kerana telah menyebabkan ramai ustazah-ustazah praktikal di situ jatuh hati terhadapnya dan Masyitah Mohd salah seorang di antara mereka....


****




"Papa....perkenalkan, ni Delisha Iman, bakal isteri Syah..." Iskandar Syah memperkenalkan Delisha Iman kepada parents nya sambil tersenyum dengan harapan Dato' Halim dan Datin Nora akan menerima calon isterinya itu.


"Where are you studying at? What course are you taking?" Tanpa sempat menjawab apa-apa respon dari Iskandar Syah, Dato' Halim memulakan bicaranya dengan menyoal terus kepada Delisha Iman.

"Err, saya belajar di University Islam Antarabangsa. saya ambik kos Quran sunnah dan dakwah...." Dengan teragak-agak Delisha Iman menjawabnya kerana takut melihat kebengisan muka Dato' Halim.

"What??! Syah, I already said that I want a daughter-in-law who is taking medicine! Look at her clothes, wearing a large scarf, what era does she think she's living in, the ancient era?!"

"Papa!! Please respect her when talking to her papa...I like her,..I said I want a pious wife just like her!" Iskandar Syah mula meradang dengan sikap Dato' Halim menghina Delisha Iman.

"Syah! Please respect your dad...dia papa syah..." Delisha Iman cuba bertenang dengan situasi sebegini.

"Syah tak boleh terima papa hina Isha macamni..."

"Enough!! Kau bawak dia keluar dari sini, papa tak nak tengok muka dia kat rumah ni!!" Dengan muka yang amat garang Dato' Halim memandang muka Delisha Iman yang tidak mengerti apa-apa.

"But why?! Syah tetap akan pilih Isha sebagai isteri, syah tak kisah papa nak cakap apa..."
Sambil menghentak pintu dengan kuat, syah terus menarik tangan Delisha Iman yang berlapikkan jubahnya berwarna hijau cair itu tanpa tersentuh sedikit pun kulit mereka.

Selepas keluar dari rumah banglo bertingkat tiga milik Dato' Halim itu air mata terus menitis di pipi Delisha Iman.

"Isha...maafkan papa ye,...dia memang macamtu,..Syah tak suka dia hina Isha macamtu...Isha, Syah tetap akan mengahwini Isha walaupun papa tak suka....." Iskandar Syah cuba memujuk hati Delisha Iman yang terkilan dengan sikap Dato' Halim.

"Tak boleh Syah, perkahwinan bukan satu permainan. Ia memerlukan redha kedua ibu bapa.. Tiada keberkatan kalau perkahwinan tanpa restu kedua ibubapa...."

"Tapi Isha...Syah sayangkan Isha.....Tolonglah...Syah akan cuba sedaya upaya untuk pujuk papa...." Iskandar Syah mula merayu dan memberikan harapan baru kepada Delisha Iman.

"Baiklah Syah...Isha nak balik sekarang boleh, Isha nak rest...Isha pening" Sambil memegang kepala menahan sakit, Delisha Iman dan Iskandar Syah menuju masuk ke dalam kereta.



****



Monolog Cinta......

Sunyi dingin hati mengingati,
memori duka berkunjung melawati,
riwayat cinta ternoda dilukai,
esak tangisku kecewa meratapi.
Cinta...
Itulah permulaan jiwaku yang remaja,
mengharap kasih curahkan rasa,
madah pujangga hangat terasa,
bila yang dicinta gemar mengalunkannya.
Sayu...
Adakah terhapus pengorbanaku didasar kasihmu?
Lupakahmu perjanjian cinta kita yang beribu?
Bersama mengukir rindu kasih dilangit biru,
nyaman bayu menyapa seakan merestu.
Hampa...
Mengapa cintamu hanya seketika?
Tidakkah bernilai cintaku yang setia?
Pengorbananku yang ikhlas kau anggap dusta,
Kesalku berkorban jiwa dan raga.
Pasrah...
Hatiku remuk luka berdarah,
Sesal mendambamu yang mencipta punah,
kuimpikan bahagia parah menerjah,
Syukurku parah tidak menjadi barah.
Ya Allah...
Maafkan aku hamba yang yang lemah,
dahulunya kulupakanMu,Al Quran dan As Sunnah,
syukur luka dukaku Engkau ubati sudah,
Kini kutemui cintaMu yang tiada nokhtah......


Dalam sujud sejadah aku menghadapMu ya Rabbi....
Hadirkan ketenangan dalam hatiku ini....
Rasul KekasihMu sangat aku rindui...
Akhlak baginda tiada terperi.....

Ya Rabbi....
Kasihku kini menyepi...
Tidakku pasti apa yang akan terjadi....
semalam,hari ini sudah pasti....
Esok,lusa entah bagaimana nanti....
kerana itu belum pasti...
Adakah dia akan kembali...
dalam mencari cinta sejati....
Ya Allah...
walau hati ini dimiliki insan ini....
aku masih mengarapkan dia kembali...
Di manakah dia ya Allah harus ku cari....
Berilah petunjukMu ya Rabbi....
Subhanallah....sesungguhnya aku sangat mengharap padanya lagi...
walau apa jua yang terjadi...
dia akan menjadi harapan untuk aku miliki....Ameen...ameen ya Rahman......

Dalam sujud menagih cinta seorang mujahid fi sabilillah...Delisha Iman mula menitiskan air mata....entah siapa 'dia' yang Delisha Iman maksudkan...tapi,yang pasti 'dia' itu ialah seorang suami yang akan memimpinnya di jalan yang diredhai....'dia' itu suami yang mujahid....'dia' itu suami yang penyayang...'dia' itu suami yang sangat cintakan perjuangan....adakah 'dia' itu wildan yang sedang menanti bidadari-bidadari bumi....? Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui....
walaupun dalam hati Delisha Iman terdetik sebuah nama sang pencinta mujahid...Faris Haikal Abdullah....nama yang sudah lama tidak kelihatan wajahnya....membuatkan Delisha Iman semakin parah dalam menanti kasihnya kembali......di manakah 'dia' itu.....

Malam yang hening,...langit hitam pekat mewarnai alam...angin sepoi-sepoi bahasa meniup...Solat istikharah yang didirikan oleh Delisha Iman hampir 2 jam lamanya....bermunajat meminta pada yang Esa cinta seorang suami....Apa yang diharapnya pasti akan terkabul....kerana Allah Maha mendengar segala luahan hati makhluk-makhlukNya....subhanallah.....



****

bersambung.....

Post a Comment

0 Comments