Apalah Daya Hati~ (Part 10)


Kadang-kadang kita mengharap, akhirnya putus harapan...
Kadang-kala kita gembira, adakalanya sedih mengundang...
Kadang-kala kita bahagia, diselit pula derita...
Kadang-kala kita suka, bercampur pula dengan duka...
Kadang-kala kita cinta, dicemburui oleh benci...
Kadang-kala kita sayang, dan itulah dinamakan kerinduan yang berpanjangan.......

Hanya hati yang mampu menilai cinta sejati..
Dengarkanlah kata hati, kerana cinta sejati itu tidak berlandaskan nafsu....
Lahir dengan sifat suci dari kasih dan sayang.......

-Diari Cinta-
Delisha Iman



"Amboi-amboi....powernya ayat along...." Najiha dengan muka selamba membaca diari kakaknya Delisha Iman tanpa pengetahuan darinya.

"Weyh! Selamba je Jiha ni....bak sini diari along!" Muka Delisha Iman kemerahan menahan malu.

"Alaaa....tak habis baca lagi ni.....oooo....siapa 'dia' dalam diari along ni? Dia insan per...." Tak sempat Najiha menghabiskan bacaannya Delisha Iman menarik diarinya dari tangan Najiha.

"Shut up ok....pergi kemas bilik tu,bersepah....jangan duk sibuk baca diari orang naa...." Delisha Iman mula bersyarah.

"eleehh....kedekut! Tengok la...bila orang dah ada diari nanti, along tak boleh baca,! Not allowed!!" Najiha menjuihkan bibirnya dan mengeluarkan lidahnya untuk menyakitkan hati kakaknya itu.

"Lantak hang laa....ada aku kisah?? Hahaha..." Delisha Iman membalas dengan meniru gaya Sheila Rusly dalam sebuah dramanya di astro prima.

"Poyo!" Najiha memukul bahu delisha Iman tanda geram dengan gaya kakaknya sebentar tadi.

"Eyy! Sakitla....ehh,Jiha....sini kejap...along nak share something ni...." Delisha Iman menarik tangan Najiha ke katilnya.

"Apa dia?" Najiha seakan-akan tidak sabar ingin mengetahui. Dengan sifat inkuiri yang sangat tinggi dalam dirinya sejak kecil lagi.

"Teman along pergi KL esok....Along dah mintak izin mak dengan abah petang tadi...mak dengan abah dah izinkan...cuma, along takut nak pergi sorang...." Delisha Iman buat muka simpati.

"Boleh je....tapi..........along nak pergi KL nak buat apa?"

"Along nak ziarah kawan along....dia accident Jiha....teruk sangat sampai koma...along rasa bersalah sangat dengan dia...." Delisha Iman mula bersimpati keadaan Iskandar Syah.

"Koma?? Erk...takutnya Jiha dengar...." Muka Najiha seakan-akan melakonkan watak simpati yang dasyat.

"Ishk! Jangan main-main Jiha....Along serius ni...esok pagi kita bertolak ye,....lepas siap sarapan untuk mak dengan abah..." Delisha Iman memberikan cadangan kepada adiknya.

"Yes boss!!" Najiha meletakkan tangannya di dahi seakan-akan meniru watak Shah Rukh Khan dalam filem Yes Boss! ......




****

Post a Comment

0 Comments