Apalah daya hati (part 2)~



‘Hanya Allah saja yang tahu perasaan aku sekarang… macam mana dia boleh tahu aku kat sini…’

“ Kenapa muka kau macam tu weyh?? Surat dari siapa tu? “ Rasyidah tiba2 bersuara, apabila melihat muka Delisha Iman serabut.

“Hmm…takde pape la…surat dari member lama…aku juz pelik je macam mana dia boleh tau aku kat sini,..dan aku pelik dia still ingat kat aku,…aku terharu aje…” Delisha Iman mula berhelah ‘Erghh!!’

“Haha…lawak la muka kau terharu macam tu…hehe,… “ Rasyidah memulakan ayat perlinya…

“Ah,..biarlah…dah memang style aku macam ni…Hm…oklah,..aku nak solat dulu,…jom jema’ah…” Delisha Iman ingin menghentikan perbualannya sambil mencampak kertas tersebut di atas meja study nya.

“Ok..” Rasyidah menjawab sambil tersenyum.

***

‘Iman adalah mutiara,..di dalam hati manusia…yang meyakini Allah…Maha Esa Maha Kuasa…’ (Ringtone)

“Helo,Assalamu’alaikum” Delisha Iman segera menjawab panggilannya.

“Waalaikumussalam…maaf ganggu, Delisha, awak free tak malam ni?” suara asing bergetar di ruang gegendang telinga Delisha Iman.

“Maaf, siapa ye? Saya tak save no….”

“Hehe…takkan tak cam suara saya kot…” Delisha Iman semakin musykil…

‘siapa pulak mamat nih…mana la dapat no aku… ni bikin aku panas nih…’

“Maaflah, saya tak kenal mana-mana suara lelaki…Assalamualaikum…” Delisha Iman segera ingin mematikan talian. Tetapi lelaki tersebut sempat menahannya.

“Eh….kejap-kejap….ok, saya bagitau sape saya…maaf…saya amir asyraf… maaf lah asyik ganggu awak je…saya sebenarnya nak mintak maaf kat awak…sebab kacau awak dan selalu cakap yang bukan-bukan…maaf ye…” Dengan bersemangat Amir Asyraf menerangkan kepada Delisha Iman.

‘Ini yang aku paneh ni… sapa la yang bagi nombor aku kat mamat nih…hailaaaaa….’

“Hmm…ok,…saya maafkan…tapi,mana awak dapat nombor saya ye…agak musykil di situ…” Delisha Iman mula memerli.

“Ehem,..saya kan hebat…hehe,..em.. susah jugak nak dapatkan nombor awak ni tau… jual mahal awak ni… hehe…”

“Awak tak reti jawab soalan ea?” ‘sengal tol, aku tanya mana dapat nombor aku, dia cakap benda lain pulak..’

“Ok2, saya dapat nombor awak dari sahabat baik awak la…”

“Siapa?” Delisha Iman mula panas.

“Oh,..mana boleh bagitau,…tapi kalau awak nak tau, awak kena jumpa saya malam ni,.. dan saya akan bagitau…lagipun ada benda saya nak bagitau awak,…perkara serius…,tolongla…boleh?” Amir Asyraf mula merayu.

“Hmm…tengok la dulu macammana,..ok..assalamualaikum…”

‘Ntah apa benda la yang mamat nih nak bagitau aku…Ah,malas nak pikir!’

***

Sambil membuat plan jangka masa panjang untuk mengisi masa yang bermanfaat apabila cuti panjang nanti, Faris melayan lagu nasyid yang berkumandang di radio IKIM..

Tuhan yang Esa,

Udara yang ku hirup,

Terasa nikmatMu yang menggunung,

Tidak terhitung harga nilaiannya,

Oh, Tuhan Kau Pengasih Maha Penyayang…

“Oit, Faris…kau ingat tak kat member kita dulu…Azhar…?” Luqman memecahkan kesunyian sambil menatap laptop.

“Azhar? Yang tinggi2 tu ke?” Faris cuba mengingat.

“Ha’ah,…yang tu lah….kau tau keadaan dia sekarang macamna?”

“Kenapa? Apsal dengan dia? Dia sakit ke??! “ Faris mula panic.

“Apa kau ni…rilek la…ni aku nak tunjuk kat kau ni… cuba tengok page dia,…gilerrr!! Sume dengan perempuan je….fuuhhh!! cun-cun pulak tu,…seksi lagi…haha….” Luqman mula mengomen.

“Oh… yeke….hmm….” Faris terkedu dan hanya mampu beristighfar dalam hatinya.

“Laaa….itu aje respon kau…tak best langsung….haha….” Luqman mula ketawa.

“Aku tak tahu nak cakap apa laa…hmm…kau nasihatla dia…kau komen la kat gambar2 dia tu, biar dia malu…aku pun tak tahu nak cakap apa….” Faris buntu.

“Ekeleh,..apsal aku pulak nak komen,…dia tu bukan best friend kau ke dulu kat sekolah…eleh,aku malas nak ganggu hidup dia,…lagipun dulu aku mana ngam dengan dia…”

“Hmm….” Faris mendengar bebelan Luqman sambil memejamkan mata,..dan terus dibuai mimpi…

***

Depan Library…

“Delisha….Delisha….” Amir menjerit-jerit memanggil Delisha Iman yang sedang jalan berseorangan sambil memegang buku.

“Erm…ada apa ni…macam kena kejar hantu je…” Delisha memulakan bicara.

“Maaf ganggu…kenapa awak tak datang malam tadi…saya tunggu kat kafe malam tadi…sampai nak demam sebab sejuk sangat…..kan dah janji nak datang…..” nada Amir Asyraf mula serius.

“Saya ada hal…study dengan Rasyidah malam tadi.. dia mintak tolong ajarkan dia nahu…” Delisha Iman berdalih.

“Yela2…tapi saya tunggu awak lama….awak tau sampai pukul berapa?”

“Tak tahu….” ‘Malas betul aku layan mamat nih…lantak r sampai pukul bape pun kau tunggu,ada aku kisah’

“1 pagi…..” Amir Asyraf mula menagih simpati.

“oooo…daripada awak tunggu saya sampai pukul 1 tu baik awak baca Quran ke solat tahajjud ke lagi bagus…” Delisha Iman memerli.

Tiba-tiba……….

“Assalamu’alaikum…maaf menganggu perbualan saudara dan saudari berdua….” Seorang lelaki yang agak tinggi dan tegap tubuhnya serta berambut perang ala-ala mat salleh tiba2 menegur Delisha Iman dan Amir Asyraf.

“Wa’alaikumussalam wtb…Takpe2…ada apa ye…” Delisha Iman terpaksa menjawab salam lelaki tersebut, kerana melihat muka Amir Ashraf mula mencebik dan tidak mahu menjawab salam lelaki itu. ‘Jeles la tu…’

“Maaf bertanya, saudari ni Delisha Iman Abd Rahman kan?” Dia mula meneka.

“Eh, macammana boleh kenal? Saudara ni siapa?” Delisha Iman hairan.

“Alaaa……dah2 la….poyo la pulak….sekarang ni aku tengah sembang dengan Delisha Iman ni…yang kau tiba2 datang ni apahal?” Amir Asyraf seakan-akan mencari gaduh.

“Aish, cuba cakap sopan sikit dengan dia…Oh,maaf la..saudara ni siapa?” Delisha Iman mula bertanya kembali.

“saya Iskandar Syah….”

“Iskandar syah?? “ Delisha Iman mula terkejut dan terpaku seketika.

‘Ya Allah……Iskandar Syah….aku dah la tak balas surat dia…siap campak surat tu atas meja macamtu je….aku tak sangka sampai tahap ni dia mencari aku…..’

“Maaf…maaf…saya….” Belum sempat Delisha Iman menghabiskan ayat, Iskandar Syah terus memotong.

“Takpe2…saya faham….awak memang takkan balas surat saya sebab saya tau awak sibuk..dan saya tau awak jenis perempuan yang memang sukar untuk layan lelaki….”

“Saya sebenarnya tak tau nak balas apa…maaf sangat2….” Delisha Iman mula kesal.

“Ah,…mula buat drama la pulak mamat ni….Delisha….jom,saya belanja awak makan nak lunch…” Amir Asyraf mula bosan.

“Oh,maaf ye Amir Ashraf…saya puasa hari ni….Ok,Iskandar…saya terpaksa pergi sekarang,kawan saya tunggu dekat library…nanti ada masa boleh jumpa lagi inshaAllah…Assalamu’alaikum…” Delisha Iman terus berlalu tanpa menghiraukan dua jejaka itu sedang memerhatikannya sehingga hilang dari pandangan mata.

Bersambung......

Post a Comment

0 Comments