~Sebelum dan Sesudah~



* Sebelum remaja dibelai ibu bapa
Diberi apa yang dipinta
Sesudah remaja dia kenal dunia
Tak nak ikut cakap ibu bapa

** Sebelum dapat kerja
Janji tekun bekerja
Sudah diterima cuti dan M.C. saja
Belum dapat gaji
Nak jimat tak nak rugi
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli...
Sudah dapat gaji
Duit habis dijoli...
Habis dijoli...
Di sana sini

*** Sebelum kahwin dia
Janji nak hidup sama
Sudah berumahtangga
Hilang entah kemana
Katanya ke pejabat
Rupanya dia ligat
Cari cari calon
Hendak cukupkan empat...
Cari cari calon
Hendak cukupkan empat...
Dua dah dapat...
Tiga dah dapat...
Empat tak sempat...

Sebelum berkeluarga
Jalan-jalan berpimpin tangan pegang bahu tak mahu lepas
Sesudah anak tiga
Dah mula rasa nak pimpin tangan isteri pun dah naik malas
Suami sebatu didepan isteri di belakang

Sebelum dapat susah
Dia tak ingat beribadah nak sedekah amal jariah
Sesudah dapat susah
Baru nak cari
Sejadah begitu lazim sifat manusia
Hanya ingat Tuhan bila di dalam kesusahan
Elakkan diri dari bersifat demikian
Tuhan tidak suruh kita ikut perangai syaitan.....

p/s ; Tepatilah janji....hehe


Post a Comment

0 Comments