CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Monday, November 15, 2010

Mujahidah Solehah..~


“Subhanallah,cantiknya…”ada rasa kagum dalam hati seorang hamba Allah ini.

“Allah Maha Kuasa menciptakan segalanya,langsung tidak setanding dengan ciptaan manusia,subhanallah”sambungnya lagi sambil melihat pemandangan gunung-ganang melalui tingkap bilik studynya..Tidak putus-putus memuji Tuhan yang telah menciptakannya.

Wardatul Shauqah seorang pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mengambil jurusan Ilmu Wahyu ini,masuk semula ke bilik tidurnya yang diasingkan dengan study room itu.Setiap bilik yang disediakan di Pusat Asasi Nilai itu menempatkan 20 pelajar dalam satu bilik.Walaupun penuh,tapi ukhwah yang terjalin sangat berharga.

“Wardah,nak tidur dah ke?Baru pukul 10”tanya Suhana bila mana melihat Wardatul Shauqah keluar dari bilik air dalam keadaan basah semua anggotanya.Suhana sudah faham setiap kali sebelum tidur,mesti Wardatul Shauqah akan mengambil wudhu’ dahulu.

Wardah mengimbau kembali masa yang telah lalu, tidak seperti pada mula-mula Suhana melihatnya begitu.

”Awak mandi ke Wardah malam-malam macam ni?Mak saya kata tak elok tau.Nanti boleh sakit paru-paru berair...Bahaya !”Suhana bersungguh-sungguh memberitahu.

Wardatul Shauqah senyum dan tenang membalasnya
“Tak delah Su,saya ambil wudhu’ tadi,terima kasih kerana ambil berat.”

“Mestilah,saya kan kawan awak…saya sayang awak tau.heheheh”Suhana mengaku dengan tersipu malu.

Oooo…belum solat Isyak ek..?”teka Suhana

“Dah…saya nak baca al-Mulk sebelum tidur.Jom baca sama-sama.”

“Owh ye ke,kalau macam tu tak pela,awak baca dulu ye,saya ada kerja lagi ni,selamat malam…”

***

Wardatul Shauqah tersedar kembali, dia tersenyum sendiri memikirkan perkara itu.

“A’ah Wardah,rilek la dulu,sembang-sembang dengan kami”sampuk Amirah pula yang tadi rancak bersembang dengan roommate nya yang lain.

“Wardah….kenapa tersenyum sorang-sorang ni?teringat buah hati ke?”kata Suhana lagi,geram persoalannya tiada jawapan.

“Sorry,sorry…mirah,su…a’ah nak tidur dah,esok nak bangun awal.”jawab Wardatul Shauqah dengan rasa serba-salah dan terus mencapai tudung dan tafsir al-Quran putihnya.Warna putihlah warna kegemarannya setelah dia sedar dan mendapat hidayah untuk memperbaiki dan mensolehahkan diri.

Baginya,putih itu suci,
Sesuci bayi yg baru lahir,
Yang tiada dosa…

Usai saja membaca surah al-Mulk,Wardatul Shauqah membaca doa selesai membaca al-Quran yang lancar di hafalnya dari buku Asas Tajwid Rasm ‘Uthmani yang dikarang oleh Muhammad Sharif Hassim:

Kalamun qadimun la yumallu sama’uhu,
Tanazzaha an qaulin wa fi’lin waniyyatin,
bihi asytafi min kulli da’ain wanuruh,
dalilun liqalbi inda jahli wahairati,
faya rabbi,mati’ni bisirri hurufi,
wanawwir bihi wa sam’ii wa muqlati,
wasahhil a’layya hifzhohu summa darsah,
bijahinnabi wa ali summa sohabah…amin ya rabbal ‘alamin.

Inilah al-Quran yang tidak pernah bosan didengarkan,
Menjaga diri daripada perkara yang tidak baik,sama ada perkataan,perbuatan atau niat,
Dengan al-Quran aku mengubat segala penyakit.
Cahayanya menjadi petunjuk hatiku di kala meraba dalam kebodohan dan kebingungan,
Wahai Tuhanku!Gembirakanlah aku dengan rahsia yang ada pada setiap hurufnya.
Dan sinarilah hatiku,pendengaranku dan penglihatanku dengannya.
Mudahkanlah bagiku untuk menghafal dan mempelajarinya,
Dengan sebab kewibawaan nabi Muhammad,keluarga dan semua sahabatnya.

***

“Wardah……cepatlah nak teka-teki,cepatlah…”minta Auni dan Balqis yang mana tempat tidur mereka disebelah kanan katilnya.

Qistina dan Syasya juga setia menanti teka-teki yang akan diutarakan.Tempat tidur mereka pula di sebelah kiri katil Wardatul Shauqah…Mulanya teka-teki kepada mereka berempat saja,kerana katil yang bersebelahan.

Tetapi makin lama,makin ramai yang berminat nak join,meriah bilik itu dengan ukhwah yang terjalin.Wardatul Shauqah mengucap syukur.Sikit-sikit lama-lama makin ramai.Tapi yang diharapkan sebenarnya adalah kualiti lebih dari kuantiti.

Walaupun latar belakang yang berlainan dengan semua kawan-kawannya di dalam bilik itu,kerana berlatar belakangkan sekolah agama,Wardatul Shaukah tidak kisah,dia cuba biasakan dan meramahkan dirinya dengan yang lain.Dalam diam-diam,diselitkan dakwah kepada ahli-ahli biliknya itu.

Seperti biasa,selepas solat Isyak,Wardatul Shaukah akan menyediakan dua teka-teki pada kawan-kawannya…Siapa yang dapat jawab dia akan menghadiahkan penanda buku yang tertulis kata-kata hikmah untuk setiap seorang.

“Baiklah…ini soalannya…
Auni dan Syasya berjalan ke lobi,
Sambil mulut membaca kalamullah,
Siapakah dia perisai nabi,
Yang digelar Asadullah?

Sebelum memberi teka-teki ini,Wardatul Shaukah tidak lupa untuk menampal artikel di dinding bilik study yang disediakan ruangan khas yang dinamakan sebagai “Laman Ilmu”.
Setiap pagi Wardatul Shauqah akan meletakkan artikel tentang latar-belakang orang yang akan ditekanya,dan sahabat-sahabat nabi yang lain supaya hero-hero Islam ini tidak tenggelam dek zaman.Dia memberi teka-teki ini kerana ingin menguji roomatenya,adakah mereka baca artikel itu atau tidak,dan menarik perhatian dengan memberi penanda buku kepada mereka.Ia juga adalah salah satu wasilah menggalakkan mereka membacanya.

Sebagai Musyrifah atau ketua bilik dalam bilik A-3-2 itu,dia rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan ahli-ahli biliknya dengan sejarah-sejarah Islam dan menggalakkan mengamalkan sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian.Dia tidak rasa bangga langsung dengan jawatan tersebut,bahkan sebaliknya,dia rasa teramat takut.Takut tidak mampu memegang amanah ini.

Tapi Wardatul Shauqah tidak putus-putus berdoa,moga Allah memberinya kekuatan dan memeliharanya sentiasa.Dan dia juga berdoa agar Allah melapangkan hati-hati kawan-kawannya dalam bilik itu untuk menerima dakwahnya tanpa dendam kesumat di dada.Wardatul Shaukah pandai menyusun strategi untuk memikat ahli-ahli biliknya dengan salah satu caranya iaitu melalui teki-teki berpantun ini.

Kadang-kadang teka-tekinya berkaitan dengan malaikat,rasul,nabi,sirah,bahasa dan lain-lain.Dia berharap,kawan-kawan seIslamnya ini,mengetahui dan mengingati siapakah mereka ini,supaya mereka dapat mengambil iktibar dan merasa beruntung kerana dilahirkan dalam Islam.

Auni,Balqis,Qistina,Syasya,Suhana dan Amirah mengangkat tangan serentak,semuanya tak sabar-sabar nak jawab.Seperti sudah tahu soalan yang akan ditanya.

“Balqis…”wardah menunjuk kearah Balqis minta dijawab.

“Baik,Balqis nak jawab ni…

Balqis pergi ke rumah Pak Amar,
Untuk bermain dengan katak,
Jawapannya tentulah Umar,
Wardah,betul tak…?

Tiba-tiba Syasya menyampuk,
“Salah,salah,sya tahu jawapan dia
Wardah,Sya nak jawab…”Syasya merayu untuk dibenarkannya menjawab.

Wardah tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya itu.

“Wahai Balqis yang pandai orangnya,
Teka-teki ini senang sebenarnya,
Kenapa Umar pula jawapannya,
Silakan Sya pula mencubanya.”Wardatul Syauqah membalas pantun Balqis dengan suara yang lancar.

“Sya jawab tau,dengar ye semua…”kata Syasya dengan bangganya.

“ Hari-hari pergi dobi,
Pergi bersama Ismail dan Abdullah,
Siapa lagi perisai Nabi,
Tak lain tak bukan dialah Hamzah Asadullah.”Syasya berpantun dengan penuh gaya,semua kawan-kawan disekeliling geli hati mendengarnya.

“Syasya sahabatku yang bijak bistari,
Memang perihatin dan berbudi tinggi,
Memang benar jawapan yang di beri,
Ambillah bookmark ikhlas dariku ini..”Wardatul Shauqah membalas dan menghulurkan penanda buku yang dibuatnya sendiri kepada Syasya.

“Terima kasih..yahooooooo….”Syasya melompat kegirangan,ini first time dia dapat jawab dengan betul.

Dengarlah ini teka-teki kedua kali,
Terbuka kecuali Syasya dan Balqis,
Wahai sahabat soalan ini mudah sekali,
Siapakah Nabi yang berkaitan dengan Ratu Balqis?

Syasya dan Balqis diam sahaja,kerana sudah terkecuali untuk menjawabnya.
“Qis nak cuba jawab…”minta Qistina.

Wardatul Shauqah mengangguk membenarkan.

“Nama saya adalah Qis,
Ayah saya bernama Azman,
Nabi yang berkaitan dengan Ratu Balqis,
Tentulah Nabi Sulaiman” Qistina senyum dan bangga dengan jawapan yang diberinya.

Wardatul Shauqah membalas dengan senyuman juga,
“Saya suka sukan berenang,
Berenang pula dibawah sinar,
Soalan ini memang senang,
Jawapan Qis memang benar.”Wardah menghulurkan penanda buku kepada Qistina.

“Tahniah kepada Sya dan Qis,yang lain boleh cuba esok ye..”kata Wardatul Shauqah yang tak lekang senyumannya.

Suhana,Amirah dan Auni pasrah.
Mereka bertekad untuk menjawab teka-teki seterusnya pada malam esok pula.

‘Solatullah…salamullah..’ala thoha Rasulillah…solatullah..salamullah…’nada alarm dari telefon bimbit Wardatul Syauqah kedengaran memecah kesunyian di pagi hari.
Cepat-cepat Wardatul Shaukah menekan off pada handphonenya,takut menganggu sahabat yang lain.

“Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah kerana sedarkan aku untuk bermunajat kepadaMu pada pagi ini.”hatinya mengungkap syukur.Kemudian dia membaca doa bangun tidur,syukur kerana Allah masih meminjamkan nyawa untuknya.

Jam menunjukkan pukul 3pagi.Wardatul Shauqah menuju ke bilik air untuk mempersiapkan diri sebelum mengadap Pencipta Agungnya.

Wardatul Shauqah tidak membuang masa,dia terus memakai telekung dan mendirikan solat Sunat Taubat,solat Sunat Hajat,solat Sunat Tahajjud dan akhir sekali solat Sunat Witir.Dia dah biasa mengikut turutan ini.


“Ya Allah…
Aku hambaMu yang lemah ini,
Yang terlalu hina disisiMu,
Aku ingin memohon ampun ya Allah,
Banyak dosa yang telah aku lakukan,
Ampuni dosaku yang telah lalu ya Allah,
Ampuni dosaku yang sekarang ya Allah,
Ampuni dosaku yang akan datang ya Allah.

Ya Allah…
Engkau peliharakanlah aku,
Jauhilah aku dari maksiat,
Jauhilah aku dari zina ya Allah.
Sesungguhnya aku manusia biasa yang juga mempunyai nafsu,
Mungkin aku boleh elak zina tangan,
Mungkin aku boleh elak zina kaki,
Tapi ya Allah,aku tak kuat untuk mengelak zina mata dan hati ya Allah.

Ya Allah..
Begitu juga pada sahabat-sahabatku,
Engkau peliharalah mereka,
Dekatkan lah mereka dengan kebaikan,
Lembutkanlah hati-hati mereka supaya senang menerima kebenaran.

Ya Allah…
Berilah aku kekuatan dan semangat untuk aku belajar ya Allah,
Berilah aku peluang untuk membalas jasa ummi dan abiku melalui kejayaanku ini,
Janganlah Engkau tarik nyawa kedua mereka sebelum aku sempat memberi mereka sedikit kebahagiaan dunia ini ya Allah…”rintihan dan tangisan silih berganti,Wardatul Shauqah menangis sekuat hati di dalam hati.Sehingga tidak menyedari telekungnya ‘dibanjiri’ air mata suci.Dia berserah sepenuhnya kepada Ilahi.

***


“Syukran Wardah kejutkan tadi…”kata Jannah yang tempat tidurnya di atas katil Wardatul Shauqah.

“La syukran ‘ala wajib sahabat…memang dah tanggungjawab saya…”jawab Wardah dengan senyuman.

“Surah apa yang awak baca tadi ye?kenapa Solat Subuh 3 rakaat.Maaf tadi Jannah ikut je,tapi tak faham pula..”tanya Jannah sambil tersipu malu.

“Owh…sunnah hari Jumaat untuk kita baca surah as-Sajdah pada waktu Subuh.Tak pe mula-mula Jannah ikut je,insyaAllah nanti akan faham sendiri dan akan dapat hayati dalam diri.”jawab Wardah ringkas."Nanti saya bagi artikel tentangnya pada Jannah ye.",sambungnya lagi.

“Terima kasih Wardah,dah nak pergi kelas ke ni?Baru pukul 7.30,bukan ke kelas pukul 8?”tanya Jannah hairan.

“A’ah pukul 8…tapi saya nak hafal lagi tiga hadis ni sebelum masuk kelas ustaz Yaidi nanti.”jawab Wardatul Shauqah sambil membetulkan tudung labuhnya di cermin.

“Ooooo…pergi dengan sape?Mumtazah ke?”teka Jannah.

“Ya,saya tunggu dia kat bawah nanti.Jannah kelas pukul berapa?”Tanya Wardatul Shaukah pula.

“Pukul 11pagi,lambat lagi la…boring duk dalam bilik ni,awak pula tak de,kelas 3 jam kan,Jannah pergi kelas, baru awak balik.Bencilah…”jawab Jannah manja.

“Untunglah awak Jannah,boleh solat sunat Dhuha,masa yang panjang jangan sia-siakan.InsyaAllah murah rezeki awak nanti.”pujuk Wardatul Shaukah.

“Iye ke?Bila waktunya?Macam mana niatnya?Macam best je.”tanya Jannah penuh semangat. Jannah,yang mengambil jurusan Ekonomi,amat sukakan kebaikan,inginkan pembaharuan dalam dirinya,ingin lebih mendalami ilmu agama.Walaupun masih bertudung selempang,berbaju t-shirt dan berseluar dipakai ke kelas,tapi dia tak malu untuk bertanya.Itulah kelebihan dirinya.

“Solat Sunat Dhuha ni,kita lakukan selepas matahari pagi terbit.Kalau nak kira pun boleh,28minit selepas waktu syuruk.Solat sunat biasanya 2 rakaat,buat lebih pun boleh.Tapi sebagai permulaan,saya syorkan Jannah lakukan dua rakaat dulu.Niatnya dalam bahasa melayu pun boleh,Sahaja aku dirikan solat sunat Dhuha dua rakaat hanya kerana Allah taala.”terang Wardatul Shauqah.

“Erm…tapi…bahasa melayu?Tak pe ke?”tanya Jannah keliru.

“Boleh…Allah itu Tuhan kita,dia mengetahui segalannya.Dia faham semua bahasa,bahasa Malaysia,Urdu,English,Arab,China,Jepun,Thailand,semuanya Allah faham.Tapi ingat,niat dalam bahasa Melayu ini di dalam hati.”sambungnya lagi.

“Ooo…nak baca surah apa dan doa apa?”
“Jap ye..”jawab Wardatul Shauqah sambil mencari-cari sesuatu di dalam loker.
“Ha…ni buku nya,ada panduan solat sunat Dhuha ni.Disertakan doanya sekali.Nah,gunalah dulu.”jawab Wardatul Shauqah sambil menghulurkan buku kepada Jannah.
“Eh..tak pe ke?Awak tak nak guna?”Tanya Jannah minta kepastian.
“Tak pe,gunalah dulu,nanti kalau saya nak guna,saya bagi tahu ye.Bacalah,mana tahu keluar teka-teki malam ni,”sengaja dikata begitu untuk mengetahui Jannah keluar atau tidak malam ini.Setiap malam Jannah akan keluar dengan kawan-kawannya,makan di cafe Mahallah Abdul Rahman bin ‘Auf yang terbuka tempatnya.

“Malam ni jomla join teka-teki berpantun.Saya rindula jawapan dari Jannah...”pujuk Wardatul Shauqah supaya Jannah batalkan niat ingin makan di blok aspura itu.Supaya dijauhi fitnah.Dia takut pada apa yang digusarkan oleh Rasulullah s.a.w,bahawasanya fitnah terbesar pada akhir zaman ini adalah wanita…!
'Moga Jannah tidak tergolong dalam golongan itu,'hatinya berdoa.

“Erm..tapi…”jawab Jannah serba-salah.’Fetty dan Zack juga kawan aku,Wardah juga kawan aku,semua aku sayang,’Jannah bermonolog sendiri.

“Tak ada tapinya,saya tak kira,malam ni,kalau Jannah tak de,saya tak nak bagi teka-teki lagi.”balas Wardatul Shauqah seperti nada merajuk.Dia tahu Jannah lembut hatinya,cepat kasihan orangnya.

“Baik,baiklah musyrifahku sayang,ha…ni ngomong-ngomong ni,kelas nak pergi ke tak ni?hehehehe”jawab Jannah sambil tergelak kecil di atas kelalaian Wardatul Shaukah untuk pergi awal ke kelasnya tadi.


“MasyaAllah,pukul berape dah ni?”Wardatul Shaukah mengerling telefon ditangannya.
“Pukul 8 tepat?Ha,dua missed call?Ya Allah,kesian Mumtazah,saya pergi dulu ye Jannah,Assalamualaikum.”bergegas Wardatul Shaukah turun ke bawah,handphonenya di'silent'kan lebih awal tadi.

“Waalaikumsalam.. Okey,hati-hati ye,kirim salam kat Mumtazah dan ustaz..”balas Jannah sambil tersenyum nakal.

***

Tok tok tok…pintu kelas C-1-06 diketuk,dan dibuka perlahan-lahan.
“Assalamualaikum…”serentak Wardatul Shauqah dan Mumtazah memberi salam.
“Aasifah ya ustaz..”Wardatul Shauqah menunduk malu.Malu kerana Ustaz yang masuk dulu,tidak sepatutnya jadi begitu,fikirnya.

“Waalaikumsalam.La ba’s.Ijlisaa!”Ustaz Yaidi menjawab dan menyuruh mereka duduk.
Kemudian Ustaz menyambung pengajarannya.

Ustaz Yaidi memang terkenal dengan ke’sporting’annya,beliau tidak kisah jika pelajarnya masuk lambat tapi mesti siap segala kerja yang diberi.

Classmate Wardatul Shaukah ada 25 orang semuanya,hanya dua orang Muslim dan yang lain Muslimah.Bimbang bertamu di hatinya memikirkan salah satu lagi tanda-tanda kecil Hari Kiamat ini.”Bersediakah aku Ya Allah,cukupkah amalan ku ini”katanya dalam hati dengan penuh keinsafan.

“Wardah,saya nak pergi tandas jap ye.”minta Mumtazah,mungkin kerana terlalu sejuk duduk 3 jam dalam kelas yang mempunyai penghawa dingin tadi.

“Okey,saya tunggu dalam kelas ni ye…”jawab Wardatul Shauqah sambil melihat semula kitab Hadis yang telah di ajar Ustaz Yaidi tadi.

“Assalamualaikum…,enti ada kelas ke kat sini sekarang?tanya seorang pelajar lelaki berkopiah dari pintu kelas C-1-06 itu.

“Wa..Waalaikumussalam…aasifah..tak,baru je habis,kelas kat sini ke?jawab Wardatul Shauqah dalam nada terkejut.

“A’ah,kelas kat sini.”jawab lelaki itu lagi tenang.
“Baik,maaf ye..”jawab Wardatul Shauqah sambil mengemas barang-barangnya dan bangun keluar dari kelas itu.

“Syukran ya ukhti.”balas lelaki tadi.

***

“Eh…nape tunggu sini pulak Wardah???”tanya Mumtazah pelik.
“Ada kelas lain nak masuk.”jawab Mumtazah kembali.

“Ye ker?baru 10.45,awalnya masuk,mesti budak pandai ni…jom lalu depan kelas tu jap…,”ajak Mumtazah beria-ia.

“Tapi…”,Wardatul Shauqah rasa serba-salah.Dia terpaksa juga mengikut kerana tangannya kuat ditarik Mumtazah.

“Dia sorang je la,pakai kopiah pulak tu,wah…dia mengaji rupanya,patut la masuk kelas awal…respect la orang lelaki macam ni,jarang dah jumpa sekarang.”kagum Mumtazah.

“Alhamdulillah,ada lagi rupanya Muslim sebegini ye,moga saudara kita ni istiqamah..amin”doa Wardatul Shaukah rasa terharu pada apa yang dilihatnya.

Lelaki itu perasan seperti ada kelibat manusia melihatnya dari pintu kelas,dia menoleh dan cepat-cepat menunduk.”Astaghfirullah…”,ungkapnya dalam hati.

“Astaghfirullah,”begitu juga dengan Wardatul Shauqah,mata mereka bertembung satu sama lain.Rasa tak keruan dalam hatinya.Takutnya kepada Allah.

Terbayang perintah Allah dalam surah an-Nur ayat 30-31…

" Katakanlah kepada orang-orang beriman laki-laki agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya."

“Mumtazah…jom…jom balik...,”ajak Wardatul Shauqah kerana rasa berdosa melihat seorang lelaki ajnabi tadi terlalu lama.

Wardatul Shaukah dan Mumtazah bergerak singgah ke cafe Mahallah Ummu Salamah(MUSA),blok D dan E yang berada di dalam pagar,yang mana ia lebih selamat dari dimasuki pelajar-pelajar lelaki.Mereka lebih selesa beli makanan di cafe itu dari beli di blok B1 dan B2 MARA walaupun dekat dengan blok mereka,iaitu blok A.Bangunan Blok A MUSA bertentangan dengan Blok B1 MARA,senang diintai,kerana itu,Wardatul Shaukah melarang ahli-ahli biliknya membuka tirai di dalam bilik itu.

Masjid Putra Baru Nilai pula bertentangan dengan bilik study Blok A,dan bangunan Blok C berada di belakang bangunan Blok D MUSA.Bangunan Blok C adalah kelas-kelas yang disediakan untuk semua pelajar-pelajar Asasi di situ.Wardatul Shaukah dan Mumtazah bersyukur walaupun kelas dan cafe jauh,tapi, kebanyakan pejabat,klinik dan library berada di ground floor blok mereka saja.

Tit…tit…
Tit…tit…
Tit…tit…
Bunyi itu menandakan ada mesej yang baru masuk.
Wardatul Shaukah baru selesai membaca al-Quran selepas usai solat Zohor sebentar tadi.Dicapai telefon bimbitnya di atas katil.

1 Message received

Wardatul Shaukah membukanya di dahului basmalah.

Assalamualaikum w.b.t…
Apa khabar akhawat semua?Apa khabar juga iman di hati antunna?
Sudah lama kita xbersua,insyaAllah malam ni kita akan buat Qiam bersama-sama.Antunna boleh datang dalam pukul 10mlm.Kita berkumpul di Musolla blok E ya.
Moga Allah sentiasa memelihara antunna,dan memudahkan untuk dtg mlm ini.Uhibbukunna fillah…

~K.Masyitah~

“InsyaAllah akak,rindunya dekat akak…”gembira Wardatul Shaukah membaca mesej dari naqibahnya.Jarinya pantas membalas mesej itu.

Jannah yang baru saja balik dari kelas tersenyum melihat Wardatul Shaukah yang asyik menatap handphone sehingga tidak sedar dengan kehadirannya.

“Oi…berangan la tu…oppsssssss…terlupa pulak…Assalamualaikum…”usik Jannah.

“Ha macam tu la…waalaikumussalam…”jawab Wardatul Shaukah.

“Heheheh…jap,ni awat senyum sorang-sorang ni,khusyuk betul tengok handphone tu,sampai tak sedar Jannah balik…”

“Mesej dari K.Masyitah..malam ni saya tidur kat Musolla blok E tau,ada Qiam jamai’e,K.Masyitah pun datang,so agak excited,dah lama tak jumpa dia dan akhawat yang lain.”balas Wardatul Shaukah bernada gembira.

“K.Masyitah UIA Gombak tu ker?Rajinnya akak tu datang dari jauh ye.Bagus bagus bagus…”kagum Jannah.

“A’ah kakak UIA Gombak,itulah kan,K.Masyitah datang sini jauh-jauh,lebih kurang satu jam juga tau nak sampai sini.Dah la dia naik KTM je..banyak pahalanya tu..InsyaAllah.Moga Allah permudahkan perjalanannya.”puji Wardatul Shaukah.

“Amien…so,ada tak teka-teki berpantun malam ni?Jannah nak join,jangan tak jadi pulak…”tanya Jannah lagi.

“InsyaAllah ada,pukul 9.45malam baru saya pergi sana.”jawab Wardatul Shaukah.

“Awak pergi ngan sape?Jangan jalan sorang-sorang tau.”tanya Jannah risau.

“Saya pergi dengan Mumtazah,dia nak tido bilik kawan dia kat Blok D…so,kami pergi sekali.”balas Wardatul Shaukah lagi.

“Jannah dah tengok artikel dekat ‘Laman Ilmu’,tentang solat Subuh sunat hari Jumaat kita sujud tilawah?Saya baru tampal tadi.Maaf tak bagi satu salinan untuk Jannah,tak sempat nak photostat tadi.Kalau nak photostat ambik je kat situ ye.”kata Wardatul Shaukah.

“Dah,baru je tadi,baca kat situ pun tak pe, boleh berkongsi dengan yang lain sama,kalau Jannah nak,Jannah salin je,baru mudah ingat kan.Baru Jannah faham,rupanya,bukan 3 rakaat kan..2 rakaat juga,kalau rakaat,cukup semua rukun kan,tapi yang kedua tu,terus sujud,tak de rukuk pun. Sebab 1 lagi tu sujud tilawah atau kita panggil sujud sajadah kan…betul tak?”tanya Jannah minta kepastian.Dia seorang yang mudah faham dan cepat hafal perkara yang dia ingin tahu bukan dipaksa.

“A’ah betul,tapi kita tak di wajibkan pun sujud,kalau tak nak sujud pun tak pe.Teruskan je baca surah as-Sajdah sampai habis.Tapi kalau nak pahala sunat,sujudlah,masa sujud tu baca doa sujud tilawah:

سجد وجهي للذي خلقه وصوره وشق سمعه و بصره بحوله وقوته فتبارك الله احسن الخالقين

“sajada wajhiya lillazi kholaqohu wa sowwarahu wa shaqqa sam’ahu wa basorohu bihaulihi wa quwwatihi fatabarakallahu ahsanul khaliqin.”

Senang kan,pendek je…”terang Wardatu Shaukah lagi.

“InsyaAllah,boleh Jannah hafalnya nanti,apa maksud dia?Senang sikit nak hafal.”tanya Jannah ingin tahu.

“Maksud dia..Wajahku telah bersujud kepada yang telah menciptakannya, mengfungsikan pendengaran dan penglihatannya dengan kemampuan dan kekuatan-Nya.Maha suci Allah,sebaik-baik Pencipta”jawab Wardatul Shaukah dengan lancar sambil tangannya menggayakan.

“Jannah dah hafal surah as-Sajdah?”tanya Wardatul Shaukah lagi.

“Dah masa SPM,terpaksa hafal,tapi sekarang dah lupa…”jawab Jannah jujur.

“Boleh ulang balik tu,insyaAllah mudah nak ingat balik,kalau dah lancar hafalan surah as-Sajdah,hari Jumaat minggu depan,Jannah boleh jadi imam pulak,kita buat sujud Tilawah,nak?”cadang Wardatul Shaukah.

“Eh..eh..layak ke Jannah..Jannah mana reti..ish..merepek la awak ni Wardah..tak mau la…saya bukan dari sekolah agama pun…”tolak Jannah.

“Nape tak layak pula,boleh punya,saya yakin dengan Jannah,tak semestinya orang yang sekolah agama je boleh jadi imam tau,kadang-kadang orang yang tak sekolah agama ni lebih baik dari sekolah agama,tau sebab apa?”tanya Wardatul Shaukah dengan soalan yang tidak memerlukan jawapan.

“Sebab pe?”tanya Jannah hairan,sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

“Sebab,mostly orang yang sekolah agama ni,dia fikir dia dah ada ilmu agama,dia rasa dia dah tak payah pergi jumpa ustaz ni,ustazah ni nak tanya,semua dia dah tahu.Tapi,praktikalnya tak tahu,kan susah tu…tapi kalau yang bukan sekolah agama ni,diorang bersungguh-sungguh nak tahu,jadi diorang akan tanya sesiapa yang pakar tentang kemusykilan dia tu.Sampaikan satu-satu dia nak orang tu tunjuk kat dia.So,Jannah rasa siapa yang lebih baik?”

“Tentulah pelajar yang bukan sekolah agama tu.Tapi,memang ada ek pelajar sekolah agama seteruk ni?”,tanya Jannah minta kepastian.

“Tentunya ada,Cuma kita tak tahu siapa.Saya tak kata semua pelajar sekolah agama ni teruk,cuma saya nak kita open minded sikit dan jangan ingat diri kita bukan sekolah agama tak layak untuk buat kerja-kerja agama ni.Ingat,Allah tak ukur seseorang tu dari mana sekolahnya,miskin atau kayakah dia,cantik atau hodohkah dia…tapi…Allah melihat ketakwaan hambaNya.

Seperti firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat yang ke 13,yang bermaksud,
”Sungguh,yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.”jelasnya lagi.

“Alhamdulillah,tahniah…,awak berjaya jadi imam solat Isyak malam ni.”puji Wardatul Shaukah sambil melipat telekung untuk digantung.Pujian yang diberikan ikhlas dengan niat ia dapat memberi galakan kepadanya untuk istiqamah melakukannya,bukan untuk menjadi riak.

“Alhamdulillah,thanks Wardah,sebab bagi Jannah semangat.Jom,bukalah sesi teka-teki berpantun sekarang,tak sabarlah…”pujuk Jannah dengan menarik-narik tangan Wardatul Shaukah.

“Baiklah,baiklah,semua dah ada ke ni?”,tanya Wardatul Shaukah sambil menatap muka kawan-kawan dan beberapa orang juniornya yang berada di situ yang tidak sabar lagi untuk menjawab soalan teki-tekinya.

“K.Wardah…kejap,kejap…Anis nak teka jugak!”jerit Anis salah seorang junior yang datang dari bilik study sambil berlari ke arah Wardatul Shaukah dan teman-temannya yang lain.

“Sibuk je Anis ni…dah habis ber’gayut’ ke???or dahan dah patah…huhu”,perli Syikin.

“Suka hati aku ar.Jeles ke?”jawab Anis dengan sindiran.

“Tolong ar sikit,wat pe nak jeles ngan ko tu,boyfriend macam tu berlambak tepi jalan tau,petik jari je sepuluh …”tak sempat Syikin menghabiskan kata-katanya.

“Cabut lari…hohohoho…”potong Anis sambil gelak terbahak-bahak.Diikuti beberapa temannya yang geli hati dengan gelagat mereka berdua.Pantang berjumpa,habis satu bilik ketawa.

“Ish..gerammmnyaaaaaaaa…..!Tak yah jawab teka-teki berpantun K.Wardah,ko bukannya pandai berpantun pun..ntah baca ke tidak artikel tu..huhuhu”Syikin membalasnya geram.

“Wo wo wo….walaupun aku macam ni,aku baca tau artikel-artikel tu,tolong sikit...kau tu yang tak baca nak tunjuk lagak yer..huh!”balas Anis tak puas hati.

“Okey,okey dah cukup!Apala gaduh-gaduh ni…kan terbuka untuk semua orang sesi berpantun ni,kan K.Wardah..pe ar korang ni wat malu junior je..”tegur Khaniah tegas.

“Adik-adik akak…betul tu,jangan bergaduh ye,semua dapat jawab,tapi yang menang je dapat hadiah tau..Semua dah baca artikel yang akak baru tampal tu ke?”tanya Wardatul Shaukah menenangkan keadaan.

“Dah…”serentak suara Jannah,Suhana,Balqis,Qistina,Auni,Syasya,Amirah,Anis, Khaniah,Zaha,Wana,Syikin,Amal,Rina,Nuri,Adila,Suhaila,Shima dan Khadijah.Kesemua ahli bilik itu semangat menyahut.Syikin sempat menjeling Anis sekilas,dan dibalas Anis kembali.Mereka selalu bergaduh,tapi tak lama.Itulah kelebihan mereka berdua.

Semuanya duduk di ruang tengah bilik,dalam bentuk bulatan.
Semuanya setia menanti dengan sabar.Kali pertama semua ahli-ahli biliknya berkumpul untuk menjawab teka-teki berpantunnya.Kalau tidak,ada saja yang keluar waktu-waktu sebegini.

“Are you ready?,”Wardatul Shaukah bertanya dengan penuh semangat.Dia mengajar ahli-ahli biliknya apa yang diajar semasa dia mengikuti Mukhayyam bersama ahli-ahli usrahnya.

“Yes!”semua menjawab serentak sambil mengenggam tangan kanan,mengangkat sampai ke paras dada dan menghayunnya ke bawah dengan penuh semangat.

Anis tiba-tiba menyampuk,”Bersedia atau tidak,teruskan saja teka-teki itu..huhu”Anis mengikut gaya Zizan dalam cerita Bolos kesukaannya.Semua ketawa melihat telatahnya.

“Ish diamlah Anis...K.Wardah nak mula dah tu…”kata Syikin masih tak puas hati.

“Baik,baik dengar ye…

Wahai Anis dan Syikin berdua,
Akak sayang kerana Allah,
Wahai semua ahli A-3-2,
Apakah nama unta Rasulullah?

“Akak,Anis tahu,Anis ada baca tadi…,”Anis beria-ia nak menjawab.

“Saya la akak,saya tahu…”Syikin pula menyampuk.
“Baik-baik,dua-dua akak bagi peluang untuk jawab,Anis dulu jawab ye.”balas Wardatul Shaukah bijak.

“Okeh,kawan-kawan dan kakak-kakak dengar ye,huhu,Anis nak berpantun ni...

Syikin ini suka menjawab,
Bukan tu saja,suka juga bertekak,
Dengar ni Anis nak jawab,
Buraqlah jawapannya betul tak kak?

“Huhu..kata orang sangat,padam muka salah…akak,saya nak jawab..”balas Syikin.

“Salah ke kak..?”tanya Anis minta kepastian.

“Wahai Anis yang cantik jelita,
Masih muda dan belum tua,
Sebenarnya Buraq bukanlah unta,
Tapi binatang tunggangan Nabi dalam satu peristiwa.”jawab Wardatul Shaukah dengan berpantun.

“Ala…salah ke,tertukar la kak,keliru…erm..”balas Anis dengan suara kecewa.

“Tak pe Anis,lain kali cuba lagi ye.Syikin sila cuba pula.”kata Wardatul Shaukah pula sambil menepuk lembut bahu Anis.

“Syikin nama mama yang beri,
Anis pula suka membuli,
Senang je nama unta Nabi,
Al-Quswalah nama yang diberi.

Huhu,betul tak kak?Balas kak balas.”

“Tinggal di dunia janganlah leka,
Wajib solat sehari lima kali,
Syikin memang pandai meneka,
Jawapannya tepat sekali.

“Tahniah..”balas Wardatul Shaukah dan menghulurkan penanda buku berwarna merah jambu kepada Syikin.

“Thanks akak..huhu jangan jeles Anis..”kata Syikin sambil menjeling Anis.

“Ala..tak kisah pun…K.Wardah,Anis masuk bilik study dulu ye.”kata Anis.

“Okey,selamat belajar ye.”ucap Wardatul Shaukah.

“Eleh..akak percaya ke Anis nak study?Nak bergayut la tu…apa lagi.”sampuk Syikin pula.

Sindiran Syikin berlalu tanpa jawapan.

“Wardah teka-teki kedua pulak,biar kami senior pulak yang jawab tadi junior dah..hehehe,setuju kakak-kakak?”cadang Suhana.

“Betul-betul,baru adil..”balas Amirah tanda setuju.

“A’ah setuju-setuju,”balas senior yang lain serentak.

“Okeh,tak pe ye adik-adik…
Bagi akak-akak ni peluang pula...” tanya Wardatul Shaukah pada adik-adik juniornya takut mereka terasa hati.

“Baik akak,tak pe kami tak kisah.”jawab Zaha mewakili kawan-kawannya yang lain.

“Baik,dengar ye,

Ada sahabat yang digelar Asadullah,
Nama sebenarnya bukanlah Syafiq,
Siapakah yang diamanahkah oleh Rasulullah,
Untuk menyimpan senarai nama orang Munafiq?”lancar Wardatul Shaukah mengutarakan teka-teki pantunnya.

“Huhu susahnya..tak ingatlah,namanya panjang…”balas Amirah.

“Jannah nak cuba,Jannah rasa Jannah ingat jawapannya.Jap nak susun pantun,hehehe…”jujur Jannah memberitahu.

“Okey,okey dengar ni,
Salmah memang suka makan,
Tapi dia malas senaman,
Orang yang telah diamanahkan,
Jawapannya Huzaifah ibnu Yaman.”jawab Jannah.

“Jannah nama yang baik sekali,
Tempat idaman manusia di dunia ini,
Semua saudari pandai sekali,
Bangga Wardah dapat kawan macam ni.”balas Wardatul Shaukah dan menghulurkan penanda buku pada Jannah.Semua bersurai membuat kerja masing-masing.
Mereka berazam untuk menghafal apa yang tercatat di ‘Laman Ilmu’ betul-betul.

“Syukran Wardah…tak sia-sia Jannah tak keluar malam ni.Wardah nak pergi dah ke ni?”tanya Jannah melihat Wardah melipat telekung masuk ke dalam beg galas putih kesukaan sahabatnya itu.

“Afwan,tahniah Jannah,a’ah nak pergi dah,dah pukul 9.40 ni.Kalau rindu mesej la yer.”kata Wardatul Shaukah.

“Tak de ape lah,Jannah jawab pun berpandukan artikel yang Wardah tampal,kalau tak Jannah pun tak tahu.Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.Kirim salam kat Mumtazah ye.Mesti la Jannah akan mesej,Jannah kan suka mesej Wardah kalau Wardah tak de dalam bilik ni.”

“Alhamduillah,ilmu yang saya ada ni,sedikit saja,apa yang tahu itu yang perlu dikongsi,insyaAllah saya akan kirimkan salam padanya nanti.Saya tunggu mesej Jannah malam ni ye.”balasnya lagi sambil salam berpelukan sebelum keluar.

“K.Wardah nak pergi mana ni?”,tanya Anis yang baru sudah bercakap dengan seseorang di telefon.

“Akak tidur blok E malam ni,ada Qiam jama’ie dengan sahabat-sahabat akak.Anis nak ikut?”tanya Wardatul Shaukah mengajak.

“Piiraaaaaaaaaah….huh!Anis nak pergi??hahahahahaha”Syikin tergelak mendengar pertanyaan Wardatul Shaukah kepada Anis.

“Kenape Syikin ketawa?,”tanya Wardatul Shaukah pelik.
“Tak de lar...akak tanya dia.Anis ni…solat wajib pun susah nak kerjakan,sunat lagilah…”Syikin menuduh.

“Woi..Syikin!Kau ni asyik tak puas hati je dengan aku.Apa masalah kau ni ha..huh!”geram Anis dituduh begitu.

“Aku memang macam ni tau..tapi aku tak tinggal solat.Aku dirikan solat, bukan ‘kerjakan’ solat macam kau..hohohoho”puas hati Anis dapat kenakan Syikin.

“Syikin,Anis,jangan macam ni,tak baik tau balas-membalas ni,tahu tak,
tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang.Mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah nescaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan.

Subhanallah.Allah akan penuhi batin kita dengan keimanan bila kita tahan marah.Cuma tahan, Allah penuhkan tau,bukan bagi separuh-separuh je..pemurahnya Allah…”jelas Wardatul Shaukah kepada Syikin dan Anis.Syikin dan Anis khusyuk mendengar.

“Ha,adik-adik nak kasih-sayang Allah tak?”tanya Wardatul Shaukah.

“Nak…,”serentak Syikin dan Anis menjawab.

“Jadi dengar hadis ini,
Orang yang diransang kemarahannya tetapi dapat mengawal runtunan marah dan bersikap hilm atau tidak membalas keburukan walaupun mampu berbuat demikian,wajib mendapat kasih sayang Allah.Riwayat Asfahani.

Jadi apa yang adik-adik faham?”Wardatul Shaukah menguji kefahaman adik-adik juniornya itu.

“Anis faham kak,maksudnya…kalau Syikin ni buat Anis marah,tapi kalau Anis tahan marah tu,walaupun Anis boleh balas,Anis layak dapat kasih sayang Allah kan kan?”jawab Anis.

“Syikin pun faham kak,sama macam Anis cakap,cuma ubah sikit,kalau Anis buat Syikin marah,tapi Syikin tahan,Syikin akan dapat kasih sayang Allah kan..”jawab Syikin pula.

“Ya betul tu,pandai Anis dan Syikin,so kena lah bersabar,tapi Allah lagi suka kalau kita tak bermusuh sesame kita.So…?,”Wardatul Shaukah menguji tindakan mereka seterusnya.

“Baik,Syikin faham kak..Anis,Syikin mintak maaf ye,kita kawan balik ya,tak yah gaduh-gaduh dah..”jawab Syikin sambil salam dengan Anis.

“Anis pun,Anis mintak maaf juga,maaf bahasa Anis kasar sangat..nanti kita pakat jawab teka-teki berpantun K.Wardah ye..hihi”balas Anis pula,menyambut salam Syikin.

“Alhamdulillah.Ha..macam tu la..baru Allah sayang…ok ye Anis, Syikin, akak pergi dulu,Assalamualaikum..”kata Wardatul Shaukah menutup perbualan.

“Thanks akak,waalaikumsalam,”serentak Syikin dan Anis membalas.


***

“Dah lama ke tunggu?Maaf ye Mumtazah,saya ada hal sikit tadi.”kata Wardatul Shaukah.

“Tak delah saya pun baru turun jugak,saya turun,awak pun sampai.Jom dah nak pukul 10 ni,nanti mak guard tutup pagar,susah pulak.”balas Mumtazah dengan senyuman menampakkan lesung pipitnya.Teserlah kecomelannya.

“Ha’ah la..jom…”balas Wardatul Shaukah kembali.

“Wardah,Wardah…tengok tu…”kata Mumtazah keanak-anakan,seperti sedang melihat sesuatu yang mengejutkan.

“Ape?tengok ape?”tanya Wardatul Shaukah terkejut.

“Tu…,”Mumtazah menunjukkan ke arah kelibat lelaki berkopiah yang seolah-olah sedang bercakap dengan seorang perempuan bertudung labuh di depan pintu pagar Blok D dan E.Lampu jalan saja yang menyuluh di tempat itu,menyebabkan mereka tidak nampak wajah lelaki dan perempuan itu.

“Astaghfirullah..minta mereka dijauhi fitnah..”Wardatul Shaukah istighfar melihat apa yang berada di hadapannya.Dia bersangka baik,dia tidak mahu hatinya diselaputi prasangka yang tidak pasti kebenarannya.

“Mumtazah,dahlah,kita husnudzhon je,mana tahu diorang tu adik-beradik or suami isteri ke.”kata Wardatul Shaukah.

“Tapi,lelaki tu…gaya dia macam pernah tengok la...classmate kita ke?
Aaahhh…!tak payah la kacau rumah tangga orang,jomlah Wardah.”kata Mumtazah lagi malas pula hendak fikirkan,takut su’udzhon yang datang.

Wardatul Shaukah menunduk pandangannya bila mana dia merasakan seorang lelaki datang dari depan berjalan ke arahnya.Tapi Mumtazah sebaliknya.

“Wardah tengok lelaki tu…macam pernah tengok je,kat ner ek?”tanya Mumtazah mahukan kepastian.

“Siapa?Yang baru jalan tepi ni tadi?”tanya Wardatul Shaukah.

“Iyelah,lelaki yang jalan lepasi kita tadi.Kat belakang kita tu,”Mumtazah menunjukkan ke arah seorang lelaki berkopiah menuju ke Blok B.

“Entahla saya tak perasan muka dia tadi.”balas Wardatul Shaukah. Malas nak melayan kerenah Mumtazah yang suka melihat lelaki.Walaupun sudah banyak kali ditegur supaya jaga pandangan matanya.

“Assalamualaikum,K.Masyitah?…baru sampai ke?kenapa berdiri kat luar ni?”Wardatul Shaukah memberi salam pertemuan kepada naqibah kesayangannya itu.

“Waalaikumussalam..Wardah…duduk blok A ye?Lama tak jumpa,makin cantik dah adik akak sorang ni.Subhanallah.”puji K.Masyitah.

“Akak dah lama sampai,dalam 10 minit jugak la,tadi hantar barang pesanan ibu akak dekat Wildan.”sambung K.Masyitah lagi.

Wardatul Shaukah sudah lama mengetahui adik K.Masyitah juga pelajar di situ,lelaki,sebaya dengannya,yang mengambil jurusan Ekonomi.Tapi,sekalipun dia tidak pernah kenal dan tidak mahu kenal kerana tiada urusan,tegas pendiriannya.

“Segala pujian bagi Allah kak…Akak lagi cantik nak dibandingkan dengan ana.”balas Wardatul Shaukah merendah diri,sudah biasa membahasakan dirinya ana dengan K.Masyitah.Dia kagum melihat sekujur tubuh di hadapannya tetap cantik dengan jubah dan tudung labuh yang sepadan dipakainya malam itu.Terserlah kesopanan seorang muslimah.

“Apa khabar kak,saya Mumtazah,classmate Wardah..”ramah Mumtazah memperkenalkan diri.

“Alhamdulillah baik.Panggil je akak Kak Masyitah.Mumtazah…sedap namanya.Tentu peribadi juga se’mumtaz’ nama kan…”puji K.Masyitah meramahkan diri.

“Tak de la kak,biasa je.”merah mukanya dipuji begitu.

“Okey la Wardah,Kak Masyitah,saya pergi dulu ye,kawan dah lama tunggu tu.”beritahu Mumtazah meminta izin mengundurkan diri.

“Baiklah,kirim salam dekat kawan Mumtazah ye,dengan lafaz Assalamualaikum...”balas K.Masyitah.

“Hati-hati ye Mumtazah,kalau free malam ni,ajak la kawan datang Musolla,insyaAllah boleh tahajjud sekali.”tambah Wardatul Shaukah.

InsyaAllah K.Masyitah,Wardah..erm..saya pergi dulu ye.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam warahmatullah…”jawab K.Masyitah dan Wardatul Shaukah serentak.

Sebelum berpisah,salam ukhwah tidak dilupakan.

“Assalamualaikum adik-adik…”ucap K.Masyitah kepada adik-adik usrahnya yang setia menunggu di dalam musolla blok E itu.

“Waalaikumussalam K.Masyitah,K.Wardah…”,jawab Ariana,Aisyah,Sofea dan Hana serentak.Mereka semua junior Wardatul Shaukah.Ini kali kedua mereka bertemu dengan K.Masyitah.

Semasa ketiadaan K.Masyitah,Wardatul Shaukahlah yang bertanggungjawab mengetuai halaqah bersama adik-adik di Nilai.

Wardatul Shaukah berjalan masuk ke musolla mengiringi K.Masyitah.Mereka saling salam berpelukan dengan ahli-ahli usrahnya,tanda ukhwah yang diikat itu sangat bernilai,yang bersatu hanya kerana ingin menegakkan deen yang Maha Esa.

Mereka duduk dalam satu bulatan di tepi,kerana bukan mereka saja yang berada di situ,bahkan ada beberapa orang lagi yang melepak dan ada juga yang buat kerja.

“Bismillahirrahmanirrahim…kita buka majlis kita dengan Ummul kitab al-Fatihah...”K.Masyitah membuka majlis halaqah mereka dengan kalamullah,dengan niat halaqah pada malam itu diberkati Allah dan dijauhi dari perkara yang sia-sia.

“Alhamdulillah,kita mula bertadarus seperti biasa.InsyaAllah,malam ni kita mula dari surah an-Nisa’ .Setiap sorang satu page ye.Baiklah,Wardah mula dulu.”arah K.Masyitah lembut,meminta Wardatul Shaukah yang duduk di sebelah kanannya memulakan dahulu bacaan Surah an-Nisa’ itu.

Setelah selesai semua giliran,termasuk K.Masyitah,K.Masyitah mula memberitahu tajuk yang akan dibincangkan malam itu.

“InsyaAllah,tajuk malam ni,amat dekat dengan kita semua.Akak nak kita sama-sama bincangkan tentang “Wanita dan Cinta Lelaki”.Apa-apa saje masalah akak harap,sama-sama kita berkongsi,jangan malu!Kita nak kejar redha Allah,kita kena berani hadapi ape jua sekalipun.”terang K.Masyitah.

“Ermm…akak nak minta setiap sorang nyanyikan satu rangkap lagu nasyid yang berkaitan dengan cinta,sape yang nak mula dulu?.”minta K.Masyitah mahu melihat keberanian ahli-ahli usrahnya.
“Akak,Wardah mula dulu ye,lagu dari kumpulan In-team,Kasih-kekasih,

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih
Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia…”

syahdu suara Wardah menyanyikan lagu nasyid itu.Semua menghayati dengan penuh khusyuk.Dia ingin menjadi contoh kepada adik-adik usrahnya.Jadi seorang yang berani dan menjadi orang pertama dalam segala hal hanya kerana ingin menggapai redha Ilahi.

“Aisyah nak kongsi lagu kegemaran Aisyah,’Demi cinta suci’,Unic…

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga…”


Aisyah menyanyi dengan penuh penghayatan,sehingga menampakkan air jernih di kelopak matanya,seperti ada sesuatu yang dipendamnya. Wardatul Shaukah yang berada di sebelah menggosok-gosok belakangnya untuk mengurangkan kesedihan Aisyah.

“Erm..tapi Sofea nyanyi tak sedap…”Sofea merendah diri.

“Sofea…suara kita Allah yang ciptakan,apa-apa yang datang dari Allah,semuanya sedap,semuanya okey…cuma jalan menggunakannya adakah betul?Sekarang,Sofea nak nyanyi nasyid kan…salah ke?Depan kami semua…?,”K.Masyitah memberi dorongan pada Sofea supaya tidak merendah diri menghadapi kebenaran bukan kesalahan.


“Baik akak,Sofea faham…Sofea nak nyanyi lagu dari Unic,tajuknya See You D IPT…

Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan…”


Sofea menyanyi dengan penuh semangat.

”Oppsss…terlebih rangkap pulak,hehehe,”kata Sofea perlahan sambil menutup mukanya malu.

“Begitulah,seorang da’ie atau da’ieah kena sahut cabaran dan ubah apa yang salah selepas ditegur,bukan dua bulan lepas tu.Tahniah akak ucapkan.Semangat begini yang kita cari sekarang.”ucap K.Masyitah tegas,mempunyai maksud yang tersirat.

“Akak,Hana nak nyanyi lagu ‘Berkorban Demi Cinta’ dari Hijjaz,

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu…”

senyum Hana malu selepas menyanyikan rangkap lagu tersebut.

“Bagus,Hana,berkeyakinan.”puji K.Masyitah.

“Ariana nak nyanyi lagu ape?”,tanya K.Masyitah,kerana dialah orang yang terakhir.

“Ermm…saya nak nyanyi lagu ‘Kerana Cinta’ yang dinyanyikan oleh In-Team dan Mestica…

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula…”

Merdu Ariana menyanyikan lagu tersebut.

“Alhamdulillah..semua ada bakat,suara semuanya best-best,sedap-sedap belaka.Tapi,patutkah kita gunakannya dengan tubuhkan kumpulan nasyid,kemudian nyanyi depan semua orang?Especially lelaki ajnabi?Patutkah?”tanya K.Masyitah berbaur emosi.

“Tak patut…”serentak ahli-ahli usrah K.Masyitah menjawab.

“Baik,akak juga ada satu lagu untuk dikongsi,’Renungkanlah’ dari kumpulan Hijjaz…

Rasa cinta pasti ada
Pada makhluk yang bernyawa
Sejak lama sampai kini
Tetap suci dan abadi
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Takkan hilang selamanya
Sampai datang akhir masa
Renungkanlah…”
lembut suara K.Masyitah menyanyikan lagu itu,sangat menyentuh jiwa.


“Lihat..banyak lagu-lagu tentang cinta yang dapat kita nyanyikan,ini baru nasyid,lagu-lagu biasa,apatah lagi…Sebab itu,wahai adik-adikku,janganlah terlalu mendengar lagu-lagu seperti ini.Maaf,kalau ada yang memang minat lagu cinta seperti ini.Bukan ape,akak tak nak ia menjadi penyebab antunna lalai dan berangan-angan hingga tinggalkan suruhan Tuhan.Kecualilah jika sudah berkahwin,itu lain.”terang K.Masyitah bersungguh-sungguh.

Aisyah berasa sedih,kerana lagu kegemarannya juga patut dijauhi.Tapi dia pasrah selagi itu dapat menjauhi dirinya dari lalai dan teringat kembali nama seorang lelaki yang pernah tersangkut di hati.
“Ingat ye adik-adik,hati kita kena jaga,sekali terlalai,susah nak berpatah balik,kena mujahadah betul-betul,jagalah hati…!

Dengar dan hayati makna tersirat di sebalik kata-kata ini,
“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran,
Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika kau tidak temui,carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga,berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru…,”beritahu K.Masyitah seperti membaca sajak,penuh penghayatan.

Wardatul Shaukah,Hana,Aisyah,Sofea dan Ariana khusyuk mencatat apa yang penting dari apa yang telah didengari mereka dari K.Masyitah.Rasa kagum berputik di hati.Penyampaian K.Masyitah ikhlas dari hati sehingga ada yang terharu dan simpati pada sahabat sendiri yang mengalami.

“Contoh satu lagi lagu yang akak rasa,memang buat adik-adik melayang,bila jatuh cinta pandang pertama…ini yang akak risau…lagu dari Unic,Hanya Tuhan Yang Tahu…

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku”


Jika antunna belum bersedia menghadapi ujian cinta lelaki ni,firstly,akak nasihatkan jangan layan lagu-lagu seperti ini.Kalau dengar pun,tapi adik-adik set dalam fikiran,untuk Alllah s.w.t…tapi ubah ape yang patut,jangan samakan dengan manusia,full stop!”semangat K.Masyitah meluahkan supaya ahli-ahli usrahnya faham apa yang ingin disampaikan.Supaya fikiran mereka tidak dipengaruhi dengan cinta lelaki ajnabi yang masih belum sahih akan bakal menjadi pasangan mereka nanti.

“Akak…Aisyah ada satu cerita nak dikongsikan,boleh?”minta Aisyah.

“Silakan,tentu saja boleh,moga bermanfaat pada yang lain.”.balas K.Masyitah.

“Ermm…sebenarnya,sebelum ni,Aisyah ada couple dengan seorang lelaki ni.Masa mula-mula Aisyah masuk sini.Aisyah sayang sangat kat dia.Dia ambik berat pasal diri Aisyah.Aisyah memang rapat ngan ibu,tapi semenjak berpisah jauh ni,Aisyah dapat rasakan dia menggantikan ibu Aisyah kat sini.Setiap hari Aisyah akan mesej dia,dia pun akan mesej Aisyah.Setakat mesej je,kami tak pernah ‘dating’ dan ber’gayut’ seperti kebanyakan remaja sekarang.Aisyah tak tahu pulak couple ni haram.Bila Aisyah dengar satu ceramah dekat masjid hari tu,baru Aisyah tahu.So,kami sepakat mintak putus,sebab takut azab Allah nanti.Tapi K.Masyitah,K.Wardah,kawan-kawan…Aisyah tak kuat,Aisyah rasa hati Aisyah kotor sangat.Aisyah selalu teringat kat dia..sampai sekarang…walaupun kami tak mesej-mesej dah.Tolonglah akak dan kawan-kawan,Aisyah tak kuat…”terus-terang Aisyah menceritakan masalahnya sambil tersedu-sedu menahan esakannya.Dia rasa amat berdosa atas apa yang berlaku antaranya dengan Khairul lelaki pujaannya dulu.Wardatul Shaukah sekali lagi menenangkannya dengan menepuk-nepuk paha Aisyah yang duduk disebelahnya.

Wardatul Shaukah membuat bahasa isyarat kepada K.Masyitah tanda meminta izin menghulurkan pendapat.K.Masyitah mengangguk membenarkan.

“Aisyah...Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya,harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.”jelasnya ringkas tapi penuh makna tersirat.

“Iye,benar apa yang K.Wardah cakap tu,usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna kita Setelah warna- warna itu hilang kita akan dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, kita akan lebih dihormati. Nilai kita bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki kita tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai kita. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana kita belum menemuinya,anggaplah diri kita masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua.”K.Masyitah menambah lagi.


“Memang susah nak jaga hati selepas bercinta,sebab tu kita kena mujahadah sungguh-sungguh,insyaAllah,Allah akan bantu kita.Seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 69,yang bermaksud:

“Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami,sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan,)dan sesungguhnya(pertolongan dan bantuan)
berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.”


Jangan lupa solat sunat taubat dan solat sunat hajat, dan berhajat bagaikan itu solat yang terakhir.InsyaAllah,Allah pasti ilhamkan semangat baru.Kita mengadu segalanya pada Allah,Allah yang menciptakan hati kita,Dia tahu ubatnya.”tambah Wardatul Shaukah lagi.

“Tapi akak,Aisyah dah cuba,Aisyah langsung tak de semangat nak buat,tak rasa keikhlasan tu,susah nak hayati.Kalau buat pun,sekadar buat,tak de kesan pada diri…”tanya Aisyah lagi,sedunya makin berkurang.

“Solat itu kerehatan mukmin dan tanda kita mengadu masalah pada Allah s.w.t.Andai tak mampu ikhlas,cuba pujuk hati untuk buat-buat ikhlas,mafhum hadis,
Jika kamu tak mampu menangis,buat-buatlah menangis.
Itulah mujahidah namanya.”terang K.Masyitah pula.

“Aisyah,ana cadangkan,Aisyah sibukkan diri Aisyah dengan kerja-kerja agama ni,dengan halaqah,ta’alim,majlis-majlis ilmu yang lain,moga itu dapat melupakan segalanya yang telah berlaku dulu.Kalau ada apa-apa masalah,Hana dan kawan-kawan yang lain pun ada.Kita sama-sama berpesan-pesan dengan kebenaran,dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”cadang Hana pula.

“Ya betul tu Aisyah,kami semua ada,jangan dipendamkan apa yang ada di hati,takut membengkak dan meracuni fikiran nanti.”terang Sofea,seperti doktor lagaknya.

Ariana dan Hana mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Sofea.

“Terima kasih semua,Aisyah tak tahu nak cakap ape,doakan Aisyah thabat atas jalan dakwah ni.Dan Aisyah nak cakap yang Aisyah sayang antunna semua kerana Allah,Aisyah bersyukur sangat dapat kenal dan berkongsi cerita dengan semua.Terima kasih K.Masyitah,K.Wardah,Hana,Ariana,Sofea…”Aisyah terharu sehinggakan dia tidak dapat lagi menahan esak tangisnya.Semua yang ada disekeliling melihatnya.Esaknya makin lama makin kuat.K.Masyitah,Wardatul Shaukah,Hana,Ariana dan Sofea turut merasai kesedihan Aisyah,mereka tidak dapat lagi menahan air mata yang memenuhi kelopak mata mereka.Akhirnya jatuh jua.Mereka semua menghampiri Aisyah dan memeluknya .

Pelajar-pelajar wanita yang berada di situ turut terkena impaknya.Ada yang merah matanya menahan air mata supaya tidak keluar,ada yang tidak sanggup melihat tangisan mereka dan berlalu masuk ke bilik,dan ada juga yang terharu melihat ukhwah yang terjalin.

***

K.Masyitah dan Wardatul Shaukah terjaga dari tidur mereka.Mereka melihat jam di tangan,menunjukkan 4.30pagi tepat.Mereka sama-sama bangun dan mengejutkan Hana,Ariana,Aisyah dan Sofea.

Usai ambil wudhu’,Wardatul Shaukah melihat telefon bimbitnya.Dia pelik alarmnya pagi itu tidak berbunyi seperti biasa.Sambil-sambil dia menyarungkan telekungnya.

“Patutla…habis bateri rupanya,kesian Jannah,mesti merajuk dia nanti.Mesej ape lah yang dia hantar semalam ye.”Wardatul Shaukah rasa serba-salah.Dia baru teringat Jannah ingin menghantar mesej padanya malam tadi.

“Kenape Wardah,ada ape-ape masalah ke?”tanya K.Masyitah prihatin.Dia pelik melihat Wardatul Shaukah berkerut sebegitu rupa.

“Tak de ape-ape kak…”,Wardatul Shaukah tersenyum malu,tidak sedar dia diperhatikan K.Masyitah.

“Oh,kalau macam tu,jom mulakan,Wardah jadi imam dulu ye,nanti dua rakaat seterusnya,akak dan yang lain-lain sambung.”kata K.Masyitah lagi.

“Baik…”,patuh Wardatul Shaukah.

***


“Assalamualaikum..nama awak sape?”tanya Wardatul Shaukah sopan pada seorang pelajar perempuan yang pertama kali dilihatnya di musolla itu mengikut segala ibadah halaqah mereka,dari tahajjud hinggalah baca al-Ma’thurat dan mendengar sedikit tazkirah dari K.Masyitah.

Yang tinggal hanyalah Wardatul Shaukah,K.Masyitah dan pelajar perempuan itu.

Hana,Sofea,Aisyah dan Ariana,masing-masing sudah balik ke bilik mereka di blok itu juga untuk bersiap ke kelas tambahan.Walaupun berlainan jurusan,tetapi pensyarah yang mengajar mereka adalah orang yang sama.Jadi,kelas mereka telah digabungkan khusus untuk kelas pada pagi Sabtu itu sahaja.

“Waalaikumussalam…saya Nuha,awak berdua pulak sape nama?”balas Nuha memperkenalkan diri.

“Saya Wardatul Shaukah,panggil Wardah je.”jawab Wardatul Shaukah sambil duduk bersimpuh di sebelah Nuha dan K.Masyitah.

“Nuha,ana Masyitah,boleh panggil K.Masyitah,salam perkenalan dari akak…”ramah K.Masyitah memulakan perbualan dengan Nuha.

“Ooo…salam perkenalan juga K.Masyitah,Wardah.”balas Nuha pula.

“Erm..Nuha ambik kos pe kat sini?”tanya Wardatul Shaukah lagi.

“HS…”jawab Nuha pula.

“Ooo..ermm duk blok ni ke?Nuha tinggal kat mane?,” tanya Wardatul Shaukah lagi.

“A’ah blok ni.Nuha tinggal kat KL.Sebenarnya Nuha tidak sebaik korang.”

“Apa maksud Nuha?Kenape cakap macam tu?”,tanya K.Masyitah hairan.

“Erm..Nuha tinggal dengan mama dan papa.Sebelum masuk UIA ni,Nuha tak pernah kenal Islam,mama dan papa Nuha tak berapa tekan kan sangat tentangnya kerana sibuk dengan kerja masing-masing.Nuha ni free hair sebenarnya.Tapi sekarang macam nilah Nuha.Tudung ni yang Nuha pakai keluar.Alhamdulillah.”cerita Nuha tanpa dipinta sambil menunjukkan tudung ala-ala Ikin yang dipakainya.

“Nuha berubah pun,sebab kawan Nuha.Dia yang selalu ajak Nuha solat berjemaah,pergi dengar ceramah kat masjid dan mendekatkan diri Nuha dgn cara hidup Islam, tapi,sem ni dia dah ke main campus, Nuha rasa iman Nuha goyah,Nuha takut kembali macam dulu.Selepas Nuha kenal beberapa perkara tentang Islam ni,apa yang paling Nuha suka adalah doa.Bila Nuha berdoa,Nuha rasa Allah dekat sangat ngan Nuha,Nuha rasa Allah dengar isi hati Nuha,Nuha juga rasa Allah sangat faham perasaan Nuha,walaupun mama dan papa tak pernah faham Nuha.”Nuha mendalami setiap patah yang dikeluarkannya.Makin lama suaranya makin berubah.Seperti ada suara yang menahan kesedihan.

“Nuha baca al-Quran,Nuha jumpa banyak kalimah ‘Taqwa’.Nuha tak faham apa itu taqwa? Sehinggalah Nuha jumpa sorang ustazah kat sini,kalau Nuha tak silap Ustazah Hani.Ustazah cakap.’Taqwa tu maksudnya,takutkan Allah.Pastu Nuha terfikir macam mana nak dapatkan taqwa tu?,”sambungnya lagi,matanya merah.

Wardatul Shaukah dan K.Masyitah khusyuk mendengar,cuba memahami isi hati gadis itu.Mereka membiarkan Nuha melepaskan segala perasaannya yang seperti sudah dipendam sekian lama.

Sambungnya lagi...
"Nuha berdoa minta Allah kurniakan Nuha seorang kawan yg dapat bimbing Nuha,Nuha takut,Nuha takut iman Nuha goyah,Nuha takut Nuha mati masa tu.Nuha berdoa pada Allah,Ya Allah,matikan lah aku sekarang,dalam keadaan aku beriman."Nuha sudah tidak dapat menahan kesedihannya,air matanya bercucuran tumpang membasahi tudung hitamnya.K.Masyitah dan Wardatul Shaukah cuba menenangkannya.
“Nak dengar cerita tak..”,Nuha bertanya tiba-tiba.

K.Masyitah dan Wardatul Shaukah mengangguk tanda berminat.

“Suatu malam,Nuha rasa nak sangat bertahajjud di musolla ni,sebelum-sebelum ni,Nuha takut nak bangun malam sorang-sorang memandangkan pada masa tu blok ni agak kecoh dengan kes orang nampak hantu la,histeria la...Tapi pada malam tu,perasaan Nuha kuat sangat nak bangun.Nuha pun solat sunat Tahajjud,solat Istikharah,solat sunat Hajat,baca al-Quran dan berzikir,selepas itu,Nuha tertidur di situ.”habis saja ayat itu,Nuha menarik nafas dalam-dalam seperti sesuatu yang berat akan dituturkan selepas itu.

“Nuha bermimpi,dalam mimpi Nuha,Nuha berdiri di sebuah masjid yang sangat-sangat cantik.Nuha masuk,ada beberapa muslimat di dalam,dan seorang imam.Pada masa yang sama ada beberapa ekor burung berterbangan di dalam masjid tu,ada yg hitam dan ada juga yang putih.Tiba-tiba imam itu datang pada Nuha untuk selamatkan Nuha,dia masukkan Nuha dalam sebuah bilik yang kosong,Nuha terpinga-pinga.Nuha lihat langit seperti warna keperangan,macam tu..."Nuha menunjukkan cahaya matahari di dinding,yang bewarna oren..cahaya matahari naik, pagi itu.

Tiba-tiba...

Tiba-tiba Nuha perasan,Nuha seperti berada di padang pasir.Nuha cuba lari dan lari,tapi tanah yang Nuha pijak ikut sekali Nuha berlari,jadi Nuha tidak sampai ke mana-mana pun.Nuha takut.Tiba-tiba Nuha nampak kalamullah,ayat-ayat suci al-Quran di langit,Nuha baca satu persatu,tapi sekarang Nuha tak ingat apa yang Nuha baca tu,yang pasti ayat al-Quran,”sambungnya lagi,ceritanya berhenti.Tangisan diganti.

K.Masyitah dan Wardatul Shaukah sebak dan memuji kekuasaan Ilahi.Subhanallah…
Meremang bulu roma mereka,tidak disangka pagi itu mereka dapat mendengar cerita yang menginsafkan.

“Sehingga Nuha terduduk…Nuha terjaga selepas itu,kerana azan Subuh berkumandang... Pada pagi itu rupanya baru Nuha tahu,pada malam tu berlakunya gerhana matahari. Nuha tak tahu apa maksud mimpi Nuha tu…Nuha tak kisah,yang penting Nuha telah jumpa apa yang Nuha cari selama ini...Ia seperti hidayah dari Allah untuk Nuha.Alhamdulillah."katanya menamatkan cerita.

“Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar!Sungguh penyayang Allah itu,Dia memberikan hidayah pada orang yang selayaknya menerima dan bersedia menerima.Terimalah,bersedialah menerima hidayah Allah itu adikku…Jangan bertangguh bila hati ingin membuat kebaikan,jangan kata nanti,tapi sahutlah,ambiklah teruskan. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia.”,jelas K.Masyitah.

Beberapa minit selepas itu,mereka bersalaman tanda perpisahan.K.Masyitah pulang ke Gombak selepas membersihkan diri, ada urusan katanya.

Wardatul Shaukah menapak laju menuruni anak-anak tangga dari tingkat tiga musolla blok itu ke bawah.Dia tidak perlu menunggu Mumtazah,katanya mahu pergi Giant bersama kawan-kawannya.Jadi Wardatul Shaukah balik ke Blok A sendiri.

‘Tak sabar nak cerita kat diorang,Subhanallah bertuah Nuha,moga mereka dapat iktibar dari cerita ini…’getus hati Wardatul Shaukah tidak sabar untuk berhadapan dengan ahli-ahli biliknya yang ramah serta prihatin,risau juga bertamu di hati kerana mesej Jannah tidak dibalas semalam.

***

“Wei korang..minah ni dah balik ar..”,jerit Adila kepada kawan-kawannya di dalam bilik.

“Sape?orang tua tu?Huh!Penat la nak layan dia tu…sabar je ler…,”sambung Shima pula tidak puas hati.

“Dia dah balik?Ala…bencilah!,”kata Suhaila pula sambil menghentak kakinya ke simen.

“Sape yang balik K.Suhaila?,”tanya Anis.

“Kakak kesayangan kamu la…”,jawab Suhaila selamba tanpa mempedulikan kehadiran Wardatul Shaukah di situ.

“Sape kakak kesayangan Anis?Suka-suka je K.Suhaila ni.”balas Anis mencebik tidak puas hati dikatakan begitu.

“Anis ni..buat-buat tak faham pulak…Anis kan suka jawab teka-teki berpantun dari kakak kesayangan Anis tu..,”sampuk Amirah menekankan perkataan kakak yang ditujukan kepada Wardatul Shaukah.

“Anis bukan suke pun,saje nak layan,kalau tak kesian la pulak kan,tak de orang nak jawab..huhu..,takut nanti dia teka,dia yang jawab…orang ingat Musyrifah bilik kita gila pulak kan wat malu jer..”selamba Anis menjawab.Semua yang ada di situ ketawa terbahak-bahak.

Wardatul Shaukah terkejut mendengar ungkapan-ungkapan kasar yang keluar dari mulut ahli-ahli biliknya sendiri sejurus dia sampai di hadapan pintu bilik.

‘Astaghfirullah,adakah kata-kata itu ditujukan pada aku..?’hatinya bermonolog sendiri.Berdebar-debar menghadapi apa kemungkinan yang berlaku selepas ini.Matanya berkaca-kaca,menahan sebak di dada.

“Assalamualaikum…,”Wardatul Shaukah menyedapkan hatinya,dia memberi salam seperti biasa sebelum masuk ke biliknya.

“Waalaikumsalam….,”jawab Auni tidak bersemangat,seperti terpaksa.

‘Ya Allah,apa dah berlaku ni?huh..mungkin syaitan ni saja buat aku berfikiran negatif,erm…Wardah,jangan risau tak de pape,rileks,rileks mungkin mereka tension,banyak kerja perlu di selesaikan…’,pujuk hati kecilnya tidak mahu berburuk sangka terhadap sahabat sendiri.

“Qis,nampak Jannah?Mana dia ye?,”tanya Wardatul Shaukah sambil menjenguk-jenguk kepalanya di setiap penjuru bilik mencari Jannah.

Soalannya berlalu tanpa jawapan.

Qistina buat-buat tidak mendengar soalan yang diajukan padanya,dan terus beredar masuk ke bilik studi.

Wardatul Shaukah tersentak dengan perbuatan Qistina,perangainya tidak seperti sebelum ini.

‘Ya Allah,apa kesalahanku Ya Allah,hatinya mula menangis,rasa bersalah menebal dalam diri.Pemboikotan apakah ini ya Allah…’

Usai solat Zohor,Wardatul Shaukah muhasabah dirinya,seperti mimpi yang dialami di alam realiti itu.

“Ya Allah,
Apakah dosaku ya Allah,
Ya Allah,
Adakah aku terlalu memaksa mereka untuk menerima dakwahku?
Ya Allah,
Adakah caraku ini terburu-buru?
Ya Allah,
Adakah aku telah membuat kesilapan sehingga mereka memboikotku sebegini rupa?
Astaghfirullah…”

Wardatul Shaukah mengadu segalanya pada Allah.Dia menangis tersedu-sedan,hatinya lembut dan susah untuk menerima apa yang telah dilakukan sahabat-sahabatnya itu kepadanya.Perkara yang ingin diceritakan pada semua tertunda.

Tapi Wardatul Shaukah tidak mengalah,dia sentiasa memberi kata-kata semangat pada diri.

’Tak pe,aku mesti kuat,aku ada Allah,mereka mencemuhku tak pe,jangan mencemuh Allah dan agama Islam.Itu yang patut aku utamakan.!’tegasnya dalam hati.

Syikin dan Anis berjalan menuju ke bilik studi melepasi Wardatul Shaukah yang masih menangis bermuhasabah.Tiada langsung pujukan dan kasihan,malah diberinya lagi ejekan dan perliaan serta lakonan yang menyakitkan.Sungguh kurang ajar pada pandangan seorang kakak.

“Syikin..bersabarlah…isk..isk..semua ni ujian…”,Anis mengejek sambil melakonkan watak seperti orang menangis sambil mengesat air mata palsunya itu.

“Terima kasih Anis,Syikin mintak maaaaaaaaaaaaaffffffff atas perbuatan Syikin yang melampau dulu…isk isk isk…huhu skema giler ar ayat aku.”balas Syikin menepuk-nepuk bahu Anis menahan ketawa.

“Anis pun nak mintak maaf..isk..isk..,ekkk…,oppss..sendawa pulak yang keluar,hehehe.Sambung balik,Syikin…jangan sedih-sedih dah ye,lupakaaaaaaaan yang lalu…”lakonannya semakin melampau,Wardatul Shaukah tunduk mengadap sejadah yang didudukinya itu,perasaannya dihiris sebegitu sekali,hanya Tuhan yang tahu pedihnya.

“Tapi Anis..isk..isk…Syikin rasa nak tergelak la..hahahahahaah…,”Syikin tidak dapat tahan rasa lawak yang mereka sendiri lakonkan,mereka berdua ketawa sekuat hati menuju ke bilik studi.Langsung tidak mempedulikan perasaan Wardatul Shaukah yang berada di sebelah mereka tadi,sengaja…!

Solat Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak pada hari itu sunyi dengan jemaah.Tiada perpaduan,tiada sayang-menyayang,tiada gelak-ketawa dan teka-meneka.

‘Belum sampai sehari aku disisih,tapi sudah give up,Nabi Muhammad boleh tahan…diboikot sehingga tiga tahun lamanya,tapi aku…Astaghfirullah…,’insaf Wardatul Shaukah mengenangkan kesabaran Nabi Muhammad s.a.w.

Wardatul Shaukah mengumpul kekuatan dan cuba bersuara.

“Sahabat-sahabat,maafkan saya jika saya membuat kesalahan,tegurlah saya,tapi tolong jangan boikot saya begini,jangan buat saya seperti ni,saya harap kita bincang cara yang terbaik untuk selesaikan masalah kita ni.”Wardatul Shaukah menarik nafas dalam-dalam.Dia tidak mahu air matanya menitis lagi kerana masalah itu.

“Tunggu Jannah balik ar!Baru kita buat rundingan…!,”jawab Suhana menjerit,yang lain langsung tidak mempedulikan Wardatul Shaukah.

‘Jannah?Kenape Jannah?Adakah dia marah sebab aku tak balas mesej dia semalam?Sebab tu jadi kelam-kabut begini?Mana Jannah pergi ye?Jannah…maafkan aku…’,rintih hatinya terkenangkan sahabatnya Jannah yang dari siang tadi tidak pulang.

‘Adakah dia merajuk?Tak mungkin…Jannah bukan orang yang sebegitu,walaupun dia senang dipujuk.,’fikirnya lagi.

Wardatul Shaukah sabar menanti kepulangan Jannah,kerana tidak mahu membuang masa,dia menuju kearah bilik studi untuk mengulangkaji pelajaran Nahu dan sekaligus mengambil telefon bimbitnya yang dicharge di situ.

Setibanya Wardatul Shaukah di muka pintu bilik studi,semua sahabat-sahabatnya yang rancak berbual-bual,bergelak ketawa tadi berhenti serta merta.Mereka semua bangun dan masuk ke bilik tidur dan meninggalkannya sendiri terpinga-pinga.Ada yang melanggarnya sehingga dia hampir terjatuh.

“Pannggggggg…!”,dihempas pintu bilik tidur kasar.

“Ya Allah!,”tersentak Wardatul Shaukah.Air matanya tidak tertanggung lagi,laju mengalir dipipinya.Dia duduk lemah di atas kerusi tempat belajar kebiasaannya.
Penuh kata-kata yang menghiasi dinding meja belajarnya itu,moga mendapat sedikit semangat dari kata-kata itu semasa dia mengulangkaji nanti,fikirnya.

Dicapai telefon bimbit kepunyaannya.Tiada mesej Jannah yang masuk.
‘Mungkin terpadam ataupun belum masuk lagi,fikirnya.
Ditekan satu persatu nombor telefon bimbit Jannah yang telah dihafalnya.
Dia harap Jannah dapat menceritakan hal yang sebenarnya.

“This is the voice mail box for the number zero…”,Wardatul Shaukah hampa,tidak sempat operator itu menghabiskan ayatnya,sudah ditekan button End oleh Wardatul Shaukah.Berulang kali dia cuba telefon,tapi suara tetap sama,operator yang sama menjawab panggilannya.

Hatinya tidak tenang,dia termenung mengimbau hari-hari yang pahit dilalui pada hari itu,kitab Nahu yang dibuka pada mulanya dibiarkan terdedah tanpa disedari.Air matanya tumpah lagi,

“Tup,tap,tup,tap…,”setitik-setitik air matanya jatuh ke atas kitab Nahu,Wardatul Shaukah tetap juga tidak menyedari.Direnung,dan mencari-cari silapnya.Dua perkara yang tidak disangka berlaku pada hari yang sama,kenangan pahit dan manis berlaku pada hari itu.

“Astaghfirullah haladhzim,allazi la ilahailla..hual hayyul qayyum wa atubu ilaik...”sayu suaranya beristighfar kepada yang Esa.Dia mengulang-ulang,sehingga dia terlelap di atas kitab Nahunya sendiri.Air matanya masih tersisa di kelopak mata.

***

Bahunya tiba-tiba disentuh…

“Wardah…bangun Wardah…,kenape tidur kat sini,jom masuk.”Jannah mengejutkan Wardatul Shaukah yang terlena di meja studinya.

“Erm…Jannah?,”sisa sedunya masih berbaki.

“Ye..Wardah,Jannahlah ni..,”

“Jannah…maafkan Wardah…,”lemah suara Wardatul Shaukah,lalu bangun memeluk Jannah erat.Seperti sudah lama terpisah.

“Tapi kenape?Wardah tak pernah buat salah kat Jannah?,”soal Jannah agak pelik dengan sikap sahabatnya malam itu.

“Sebab…Wardah tak balas mesej Jannah malam kelmarin..,”sambung Wardatul Shaukah tersekat-sekat.Tangisnya masih berbaki,dia tidak dapat mengawal emosinya di depan Jannah,teringat perlakuan sahabat-sahabatnya tadi.

“Tapi,seingat Jannah,Jannah tak hantar mesej kat Wardah,Jannah tertidur semalam.Ingat nak mesej Wardah pagi ni,tapi tak jadi pulak,takut menggangu.Kenape?Wardah rindu Jannah ek..,”usik Jannah.Tidak sanggup melihat kesedihan sahabatnya berpanjangan.Seperti mengetahui apa yang dialami sahabat kesayangannya itu.

‘Jadi,kenape mereka semua boikot dan marah-marah aku?Apa salah aku?’getus hati Wardatul Shaukah pelik.

“Dahlah..jom masuk sambung tidur dalam bilik,dah pukul 12 dah ni.”ajak Jannah sambil merangkul bahu Wardatul Shaukah yang lemah.

“Tapi…tapi…,”Wardatul Shaukah takut dan berdebar menghadapi kemungkinan apa yang akan berlaku jika dia melangkah masuk nanti.

‘Adakah mereka semua akan keluar seperti tadi?atau menjerit padaku?atau...astaghfirullah..husnudzhon Wardah,husnudzhon..,’bisik hatinya.

“Tak pe…jom,Jannah kan ada…,”pujuk Jannah memahami.

Jannah memulas tombol pintu bilik A-3-2…
“Krekk…,”pintu dibuka luas.Gelap.

‘Awalnya mereka tidur,tidak seperti kebiasaan.’getus hati Wardatul Shaukah pelik.

Tiba-tiba kedengaran suara…

“Sanah helwah ya jamilah,
Sanah helwah ya jamilah,
Sanah helwah ya Wardatul Shaukah,
Sanah helwah ya jamilah…,”semua ahli-ahli bilik itu menyanyi lagu birthday dalam bahasa Arab mengikut intonasi lagu ‘Selamat Hari Jadi.’

Wardatul Shaukah pernah menyanyikan lagu itu semasa menyambut hari kelahiran Jannah,jadi mereka semua sudah biasa dan sudah fasih menyebut setiap patah perkataan arab itu.

Wardatul Shaukah terkejut.Hanya dapat mendengar suara,tapi wajah-wajah mereka tidak kelihatan.Biliknya masih gelap.

“Tik”,Suis lampu dipetik.

Sekali lagi Wardatul Shaukah tidak dapat menahan sebak di dada yang berterusn dari tadi.Dia terlalu terharu.Rupa-rupanya,apa yang berlaku siang tadi gimik semata-mata,hanya untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 itu.

“K.Wardah…Anis mintak maaf…Anis tak berniat nak kurang ajar dengan akak,Anis tak sanggup nak sakiti hati akak,Anis mintak maaf akak.Anis cakap je Anis tak suka pantun akak,tapi sebenarnya Anis suka sangat,Anis tak tipu,Anis sanggup tak tidur walaupun ngantuk gile,sebab nak jawab teka-teki akak.Maafkan Anis kerana membuat akak menangis tadi,semua ni rancangan Anis ,Anis kagum dengan kesabaran akak,akak memang baik…”Anis menghampiri Wardatul Shaukah dan memeluknya.Dia betul-betul rasa menyesal dengan apa yang dilakukan siang tadi.Beberapa kali dia menangis selepas dia berlakon di depan Wardatul Shaukah tadi.Dia mengharapkan rancangan mereka semua berjaya untuk memulau Wardatul Shaukah pada hari itu sebelum menyambut hari kelahiran musyrifah mereka pada malam ini.Anis menangis teresak-esak dibahu kakak kesayangannya.

“Syikin juga kak,kami semua tak sanggup buat seperti yang kami rancang ini,tapi kami harap dengan cara ini,akak-akak senior akan ingat kami sampai bila-bila,hingga akak-akak pergi ke main campus nanti…!Akak-akak,kami nak akak-akak tahu,kami semua sayang akak-akak.Walaupun kenal tak lama,tapi ukhwah ini tak pernah Syikin rasa sebelum ini,terutama selepas K.Wardah mendedahkan pada kami terutama Syikin,yang buta agama ni dengan artikel-artikel tentang sirah zaman Nabi,nama sahabat-sahabat Nabi dan lain-lain.Kami dapat rasakan bila kami berebut nak jawab teka-teki K.Wardah,ada suatu perpaduan di situ,ada satu cinta dirasakan di situ,tak sabar menantikan hari seterusnya ingin menjawab teka-teki itu kak.Terima kasih K.Wardah,akak la musyrifah terbaik bagi kami.”luah Syikin jujur lantas memeluk Wardatul Shaukah pula menggantikan Anis.Esakan silih-berganti.

“Ye Wardah,Ila,Qis,Mira,Auni,Dila,dan kawan-kawan juga minta maaf sangat pasal siang tadi.Ila memang tak sanggup nak buat macam tu,tapi adik-adik ni,nak sangat,tapi Alhamdulillah,cadangan adik-adik ni memang bernas…memang Ila dapat rasa,Wardah takkan dapat lupa hari bersejarah ni…”,terang Suhaila pula memohon maaf mewakilkan kawan-kawannya yang lain.

“Jannah juga mintak maaf Wardah…Jannah tak sanggup nak sakiti Wardah,sebab tu Jannah tumpang bilik kawan tadi.Jannah tak sanggup lihat Wardah menangis.Jannah tak sanggup Wardah disakiti.Maafkan Jannah Wardah…,”ujar Jannah turut menangis kerana kesal dirinya tidak membela sahabatnya tadi dan membiarkannya disakiti.Tapi,kerana memikirkan ukhwah yang akan terjalin selepas itu akan menjadi lebih indah,dia merelakan.

“Sahabat-sahabat Wardah yang disayangi fillah…Wardah tak sangka Wardah dapat sahabat-sahabat seperti kalian semua…Wardah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan Wardah dengan antunna semua.Terima kasih ya Allah.Wardah tidak menyimpan sedikit pun benci atau dendam pada sahabat-sahabat,Wardah harap,ukhwah yang terjalin ini akan diberkati Allah dan kekal hingga ke syurga,Amin ya Rabbal ‘alamin.,”tuturnya lembut,esakannya makin berkurang.

Wardatul Shaukah terharu dengan pengorbanan masa yang dilakukan sahabat-sahabatnya hanya kerana ingin menyambut hari kelahirannya.Tidak terbayang perasaan sayang yang makin membuak-buak pada sahabat-sahabatnya itu.

Hadiah dihulur tanda ingatan buat Wardatul Shaukah,mereka semua berkongsi duit membeli sebuah buku yang bertajuk ‘Keperibadian Muslimah’ dan membuat satu kad yang sederhana besar saiznya dan meninggalkan tandatangan serta ucapan yang ingin ditujukan pada Wardatul Shaukah.

Mereka tahu,Wardatul Shaukah cintakan buku,cintakan ilmu,kerana itu mereka sepakat membeli buku sebagai hadiah untuknya.

“Bersiap-siap ni nak pergi mana?,”tanya Jannah bila mana melihat Wardatul Shaukah anggun dengan jubah coklat dan tudung pitch labuh yang baru disarungnya.

“Nak pergi maktabah sekejap.Nak cek e-mail dan YM,sambil tu boleh cari maklumat untuk maqalah BTQ sekali.”balas Wardatul Shaukah.

“Tapi kenape bawak laptop?Bukan ke PC kat sana pun ader,?”

“Sebab…PC kat library dia block YM.Rindu sangat dengan kawan-kawan saya kat Mesir,selalunya kami chatting je,nak hantar mesej mahal.”

“Owh…ingat nak chatting ngan pak we…hehehe,”gurau Jannah sambil asyik melihat muslimah di hadapannya bersiap.

“Ish..Jannah ni..mana ada la…,”balas Wardatul Shaukah tidak suka dengan gurauan sebegitu.

“Sorry…sorry…heheh…Jannah tahu..Wardah bukan orang macam tu kan…,”pujuknya kembali.

“Ermm…Jannah tak keluar dengan Fatimah dan Zakiah ke hari ni?,”tanya Wardatul Shaukah pula.

“Wardah,kenape panggil macam tu?Pelik Jannah dengar.Fetty dan Zack la,diorang yang suruh panggil macam tu.Jannah dah tak berapa rapat dah dengan diorang,sebab hari tu,diorang ajak Jannah pergi teman diorang jumpa pak we-pak we diorang,terus Jannah tawar hati nak berkawan.Jannah takut nanti Jannah terjebak dengan gejala yang tak sihat tu...,”cerita Jannah jujur.Naluri cintakan kebaikannya semakin kuat ingin menjauhi dari perkara mungkar itu.

“Alhamdulillah,bagus lah.Tapi,apa salahnya saya nak panggil nama penuh mereka dengan niat mendoakan mereka kan.”

“Tapi bukan ke kita kena panggil nama yang disukainya?”

“Iye,betul tu,memang ada hadis menyebut ‘Panggillah seseorang dengan panggilan yang paling disukainya’,tapi tak salah jika kita mahu memanggil nama penuh mereka.Kalau panggilan Zack dan Fetty sudah jadi kebiasaan mereka,tak salah kita nak panggil mereka begitu,janji bukan berniat negatif.Memang tidak elok jika kita yakin dan kenal dia terpengaruh dengan budaya barat.Sifat orang Islam dan sahabat Rasulullah tak suka buat sesuatu yang sama dengan orang kafir.Jadi panggilan sebegitu sama dengan budaya orang kafir.Maka ia termasuk dalam kategori ‘panggilan tidak disukai’ sepatutnya.”

“So,apa yang Jannah boleh buat?”

“Jannah boleh menasihati mereka atau memanggil mereka dengan panggilan penuh dengan niat mendoakan mereka.”

“Tapi,kalau mereka marah?”

“Jannah jelaskan kepada mereka.Jannah nak doakan mereka,dan pujuk mereka dengan memberitahu maksud nama mereka.Zakiah maksudnya yang cerdik,dan Fatimah pula adalah nama salah seorang puteri kesayangan Rasulullah yang mana Rasulullah pernah berkata.”Aku merasa gembira sekiranya beliau gembira dan aku merasa susah sekiranya beliau derita.”Dan Fatimah juga adalah orang pertama dari kalangan keluarganya yang menyusuli kewafatan baginda.Tak nakkah mereka jadi seperti puteri Rasulullah ini?

Tapi kalau mereka tak boleh terima juga,hinggakan timbul pergaduhan,baik elakkan.Kita hanya mampu berdoa supaya Allah lapangkan hati-hati mereka menerima kebaikan.”terang Wardatul Shaukah tenang.

“InsyaAllah…”balas Jannah kembali.

***

Bila mana Wardatul Shaukah melihat di skrin laptop nya,dia beristighfar…
‘Astaghfirullah…’


Shah_UM:Tolonglah,Shah tak kuat…

Shah_UM:Shah harap awak dapat bimbing Shah.

Shah_UM:Shah nak kembali spt dulu.Rasa tenang macam dulu.

Shah_UM:Tolonglah Shah…

Tersentak Wardatul Shaukah melihat di skrin mesej offline yang keluar selepas dia sign in ke dalam Yahoo Messenger.Debaran makin terasa,orang yang dipercayai tidak akan menganggu lagi, masih juga menganggunya.

Wardatul Shaukah kesal atas kelalaian dan melayan nafsunya yang bosan sehingga berkenalan dengan lelaki yang menggunakan id Shah_UM setahun yang lalu.
Masih segar di ingatannya,semasa dia berada di kampung,cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.Wardatul Shaukah keseorangan di dalam bilik,dan terasa amat bosan.Dia mengambil peluang itu untuk berchatting dengan sesiapa saja.Tapi, untuk lelaki dia hadkan hanya untuk seorang sahaja.Dia tidak mahu,kerana ia akan menimbulkan fitnah.Dia lupa,dari seorang itulah juga akan membahayakan dirinya.Hatinya akan diselaputi titik-titik hitam,disaluti dengan zina hati.


Shah_UM:Salam…

Wardatul_Shaukah:Waalaikumsalam.

Shah_UM:Nama sape?

Wardatul_Shaukah:Wardatul Shaukah,panggil Wardah je.

Shah_UM:Owh..Wardah..sedp nm.Saya Shah.

Wardatul_Shaukah:Umur bp?

Shah_UM:19.awk?

Wardatul_Shaukah:19 jgk.

Shah_UM:Tak p raya ke?

Wardatul_Shaukah:Tak.Pukul 2 nnt baru p.Shah pulak?

(Wardatul Shaukah lebih selesa memanggil nama dari ‘awak’,geli fikirnya.)

Shah_UM:Shah pun tak,tolong mak kat rumah jer,sambil-sambil on9.Bljr lg ke?or
dah keje?

(Shah terikut dengan panggilan Wardatul Shaukah kepada dirinya,dia menggantikan dirinya dengan nama.Lebih mesra fikirnya.

Wardatul_Shaukah:UIA,Shah?UM ke?

Shah_UM:Yup!Kos pe?

Wardatul_Shaukah:Ilmu wahyu.Shah?

Shah_UM:Medik. UIA suasananya islamik kan?

Wardatul_Shaukah:A’ah,tapi tak semua pelajarnya yang ‘islamik’,sama jg dgn
UM,tak semua yg bermasalah kan.

Shah_UM :Erm… tp awak kat sana mesti ok je kan,sy kat sini banyak
ujian,dugaan…

Wardatul_Shaukah :Maksud Shah?

Shah_UM:Shah diuji dengan rupa,harta,dan jawatan.Ada beberapa perempuan kat
sini yang ajak keluar la,couple la.Call malam2,Shah tak tahu diorg ambk
kt mn no Shah.Shah bukan playboy.Shah tak suka diorg ni.Tp sbb kesian
kt diorg,Shah lyn je la.duh

Wardatul_Shaukah:Ye ker?MasyaAllah,malunya…

Shah_UM:Malu kenape?

Wardatul_Shaukah:Saya tak sangka kaum sejenis saya buat mcm tu.Sy malu
sangat.Shah jangan terpengaruh ye,jgn terikut dengan mereka.

Shah_UM:Erm,insyaAllah,tp yg paling Shah tak suka,ada yg menggedik-gedik,tolong
la…ish!rimas tau…!

Wardatul_Shaukah:Sebab tu Shah jgn layan sgt.Perempuan ni cepat lemah,lagi-lagi
depan lelaki.Sebab tu kena jaga pergaulan,jaga
pandangan.Walaupun sekali terpandang,hati masih teringat-
ingat.Dan perempuan ni jg cepat jatuh hati
bila seseorg lelaki ni terlalu baik dgn dia.Tak semua,tp
majoritinya begitulah.Kalau dah terjd,kena btul2 mujahadah
melwn kehendak nafsu tu!

Shah_UM:Ehem…ehem…so,awak dah jatuh hati ngan Shah ke?hehe

( Wardatul Shaukah terkejut dengan pertanyaan itu,hatinya berdegup kencang.Dia tidak membalas.Lama dia termenung.)

Shah_UM:Helllllllllloooooo….Sory,sory…Shah gurau je.Jgn ambk serius k..Erm…Awk
ni baik la…pakai tudung labuh ke?Majoriti Shah tgk kat sana pakai tdg
labuh kan.Tenang je tgk.Suka lah…

Wardatul_Shaukah:Macam mn thu sy baik,br kenl td…A’ah..tudung labuh..

(Malu datang bertamu,Wardatul Shaukah rasa serba salah kerana tidak menunjukkan contoh yg baik sebagai muslimah bertudung labuh,tapi dia tidak suka menipu.Dia mencari jalan mahu menamatkan perbualan itu secepat mungkin.Imannya mula memberontak)

Shah_UM:Dari background dan perbualan awk di sini,Shah dpt rasa awak ni baik
sangat.

Wardatul_Shaukah:Tak de la..sy biasa je.Erm...


(Wardatul Shaukah berfikir bagaimana memberitahu Shah supaya tidak berhubung dengannya lagi,dia rasa serba-salah kerana mengikut nafsu bosannya tadi.)

Wardatul_Shaukah:Shah,sy rasa sampai sini je ye kita kenal,saya minta
mf,sebenarnya sy xpernh berhubung dgn lelaki,dalam phone,dlm
internet scr private mcm ni,kecualilah kalau ia betul-betul
penting dan genting.Mf td sy terlalu ikut rs bosan,sekrg sy dpt
rskan iman sy memberontak.Sy minta mf sy harap Shah dapat
padam id sy dlm list Shah.Sy pun akan padam id Shah dr list
sy.Sy harap Shah faham.

(Itu saja cara yang Wardatul Shaukah tahu bagaimana untuk dia tidak lagi berhubung dengan Shah.)

Shah_UM:Tapi kenape?Shah mintak mf kalau Shah ada buat slh…

(Wardatul Shaukah kecewa kerana Shah tidak dapat memahami maksudnya. Nada mesejnya mula berubah)

Wardatul_Shaukah:Sy takut Allah.Walaupun kita xberhadapan,tapi hati kita yg
sakit.Sy nak lari dari zina hati ni.Dari sini akibatnya blh membw
kpd yg lebih buruk.Sy harap Shah padam id sy dr list
ye.

Shah_UM:Shah pun kuat agama jg.Tp..maafkan Shah kalau buat awk terasa.Sory
sgt.


(‘Ya Allah,kenapa dia tak faham lagi ni.Kuat agama tapi tak praktik,masalah juga.Aku mesti tegas!’,bisik hatinya lagi)

Wardatul_Shaukah:Tak,Shah tak buat slh ape2.Smpai sini je k,tlg pdm id sy dr list
Shah.Assalamualaikum.

Shah_UM:InsyaAllah,Waalaikumslm.

Walaupun jawapan Shah tidak meyakinkan,tapi dia merasa tenang kerana telah berterus-terang dengan Shah.Tapi ketenangannya tidak lama.

Beberapa bulan selepas itu,semasa Wardatul Shaukah di kampusnya…Sedang melayari internet…

Shah_UM:Salam…Maaf ganggu…

‘Astaghfirullah…’,hatinya beristighfar.

Wardatul Shaukah terus memadam mesej itu.Terkejut.Dan tidak sangka,Shah masih menyimpan id nya.Dia tidak tahu cara untuk menghalang terus Shah dari berhubung dengannya.Dia kurang arif mengenai Yahoo Messenger.

***


Beberapa minggu selepas itu…
Pada pagi yang tenang,sedang Wardatul Shaukah asyik berchatting dengan sahabat karibnya yang berada di Mesir,tiba-tiba…

Shah_UM:Salam…Awak solat hajat mintk ape?

(Wardatul Shaukah terkejut,dia mula berdebar-debar…Ini kali ke tiga Shah menghubunginya di laman itu.)

‘Patutkah aku balas ya Allah,’Wardatul Shaukah memohon petunjuk dari Allah.
‘Mungkin dia masih tak faham kehendakku,’fikirnya lagi.

(Dia bertekad,ini kali terakhir dia berhubung dengan Shah,lelaki ajnabi itu.
Hanya untuk kali ini,dengan niat menjawab segala persoalannya dan full stop!
Tekadnya dalam hati.)

Wardatul_Shaukah:Waalaikumussalam.Kalau saya,saya mohon ampun,minta diberi
kekuatan,dimurahkan rezeki,mati dalam iman,berjy dunia
akhirat,dijauhkan dari maksiat dan banyak lagi.

Shah_UM:Shah dulu baik.Shah tak pernah tggl solat.Shah tak pernah menipu.Tp
skrg Shah jahat,Shah sll tggl solat.Shah selalu menipu,Shah xpercy pd
semua org,kecuali kat mak ayh.Shah sedih sgt.


(Wardatul Shaukah berasa simpati terhadap Shah.Tetapi ditepisnya perasaan itu.'Aku mesti tegas!,'azamnya dalam hati.)

Wardatul_Shaukah:So,Shah xpercy la kt sy.Mcm mn sy nk tlg.

Shah_UM:Shah percy kt awk je.Plez…tlg lah,Shah xtahu mcm mn nk bt lg.

Wardatul_Shaukah:Lepas masuk U ke jd mcm ni?

Shah_UM:A’ah…mmg culture shock la…

Wardatul_Shaukah:Erm..pd pndpt sy la.Shah kena bergantung sglnya pd
Allah,xboleh nk ikut kwn.Cthnya,kat sek dl,Shah baik,sbb ade
kwn2 yg baik dskelilg…Tibe2 kat U,kwn2 Shah yg berada
diskeliling teruk2,Shah terikut-ikut jg dgn mreka.Jgn jd spt
lalang mengikut arah angin bertiup!

(Tegas Wardatul Shaukah,dia tidak mahu berlemah-lembut dengan lelaki yang tidak dia kenal hati budinya itu,yang akan menyebabkan hatinya juga terkena kesannya.)

Shah_UM: So,mcm mn Shah nk tangani semua ni?Kt sini xde yg dpt tlg Shah.Shah
rs nak nangis je ni.

Wardatul_Shaukah:Shah,menangislah,mengadulah pd Allah,sy xdpt bantu kecuali
Shah sendri bantu diri Shah.

Shah_UM:Sekrg sy tgh menangis ni.Sy nk kembli mcm dulu.

Wardatul_Shaukah:Shah,carilah usrah…ikut setiap program mreka,insyaAllah
mereka dpt mengingatkan Shah dan mghlg Shah dr bt perkr yg
xbaik ni!Cr kwn2 yg kaki masjid,yg sll pergi mjlis ilmu.Diri kita
kena sll diperingatkan.Sebab tu, waktu,pagi,tghr,ptg,mlm kita
diwajibkan mendirikan solat.Manusia ni cpt terleka,dan
lalai.Kalau tidak,50 waktu kita kena solat,ttp kerana thu
manusia xmampu nk laksanakan,Allah perintahkan 5 waktu
saja…!5waktu sahaja!Itupun ramai yg tgglkannya…5waktu tu pun
kita rs mcm berat dan xde ms nak buat.Mcm mn lah kalau Allah
mewajibkan kita umat Nabi Muhammad ni,solat 50 waktu
tu?Agaknya,setiap minit kita kena solat.Itu tndanya,amat pentg
skali peringatn buat kita!Amat pntg sekali kita ingat pd Allah
stiap ms..!

(Terang Wardatul Shaukah panjang lebar.Dia harap Shah faham betapa pentingnya solat itu sendiri dan ingatan kepada Allah setiap masa.)

Shah_UM:Tp kat sini xde sape2 pun dpt bntu Shah…

(Wardatul Shaukah kesal,dia kecewa dengan sikap seorang mujahid yang mengalah sebelum berjuang.Dia cuba memberi semangat kepada Shah agar bangkit.’Pemuda Islam harus bangkit!,’jeritnya dalam hati penuh keazaman.)

Wardatul_Shaukah:Shah ada Allah!Shah doa,mohon pd Allah mintk Allah kenalkan
Shah dengan org yg amat mencintaiNya sejantina,yg dpt
bimbing Shah,Shah boleh,bangkit Shah!

Shah_UM:Shah masih sedih ni.Shah menangis lg kat depan laptop ni.Shah buntu…!
Shah hrp awk dpt bantu Shah.

(Wardatul Shaukah merasakan jawapannya tidak memberikan kesan pada Shah,dia takut itu adalah permainan syaitan semata.)

Wardatul_Shaukah:Sy hnya blh bntu Shah setakat ini saja,Shah fikir-
fikirkanlah,ingat!Mengadu pd Allah!Mohon pd-Nya.Hnya Allah yg
dpt bntu Shah.Ini ujian untuk Shah,Allah itu Maha Adil,Dia
memberikan ujian kpd hamba-hambaNya mengikut kemampuan
msg2.Usah dipinta ‘kecilkn’ ujian,tp ‘pintalah dibesarkan iman’.Sy
harap lps ni Shah delete id sy dan jgn berhubung dgn sy lg!

(‘Ya Allah,apakah cara yang aku boleh buat supaya Shah tak dapat hubungi aku lagi?Adakah patut aku tukar id hanya kerana dia?Kasihan sahabat-sahabat ku.Ada kah cara lain yang aku tak tahu?Moga Engkau memelihara dia ya Allah.,’doanya dalam hati simpati.)

Shah_UM:Kalau itu yang awk nak,baik sy padam id awak.Terima kasih ats
bantuan.Doakan sy.Lepas ni kita xakan berhubung dah,kita jumpa di
syurga.

(Terkejut Wardatul Shaukah membaca apa yang ditulis oleh Shah.Dan yang pasti,Shah seperti terpaksa untuk memadam id nya.)

Wardatul_Shaukah:InsyaAllah.Bangkitlah pemuda Islam!Jgn hanyut kerana
dunia.Kerana dunia ini xabadi!Assalamualaikum.

Shah_UM:Terima kasih.Waalaikumslm.


***


Wardatul Shaukah terkejut dengan kehadiran mesej itu lagi sekali.Dia tidak menyangka Shah masih menyimpan id nya.

“Baik,kali ni,aku nak terangkan sesuatu padanya supaya dia tidak lagi menganggu aku.”,tekadnya sambil mengenggam tangan seperti hendak menumbuk.

Beberapa siswa dan siswi di dalam perpustakaan itu memandang sahaja kepadanya.
Wardatul Shaukah tidak ambil peduli.Dia meneruskan sahaja apa yang ingin dia lakukan.

Wardatul_Shaukah:Assalamualaikum,ini kali terakhir sy ingin memberitahu
saudara,lelaki yg ikhlas mencri kebaikan ialah lelaki yg
mencarinya diri lelaki/wanita yg xmenjadi fitnah bgnya.Seperti
mak cik2,ustazah2,dan lain2.Lelaki yang mencari kebaikan dr
wanita ajnabi mndapat setitik kebaikan tp turut mndpt selaut
fitnah pd hati kedua-duanya.Selamat beramal…!

(Wardatul Shaukah tegas.Dia harap sampai situ sahaja dia berkomunikasi dengan pengguna id Shah_UM itu.Dia tidak mahu menggunakan perkataan ‘Shah’ sebagai penghubung lagi.Terlalu mesra pula fikirnya.Dia harus tegas.Pertama kali dia berhadapan lelaki seperti itu.

‘Astaghfirullah,licik betul syaitan yang memperdaya!’,bisik hatinya.

***

Aslkm…
Wardah..sory ek,sy xp kels hr ni..
Kurg sihat la…,mcm nk demam jer…
Tak pe ke Wardah p sorg2?
Takut nnt ader plk org kacau..
Kesian kat Wardah...
~Mumtazah~

Waalaikumussalam sahabat…
Syafakillah…
Xper jgn risau,Allah ade…
Rehat-rehat tau,kalau ade ape2 nk kirim/nk
sy teman p klinik ke,bgtau yer…
~Wardatul Shaukah~


Wardatul Shaukah datang sendirian ke kelas.Semasa sedang mencari kelas,kedengaran suara memanggilnya di depan,di sebalik dinding…

“Mawar berduriiiiiiiiiiiiii………
Ooooooooo mawar berduri………,”panggil seorang lelaki dengan suara manja.

“Kau Mawarku…,hahahah,jiwangnya aku…!” sambung lelaki itu sambil menyanyi dan kemudian ketawa sendiri.

Lelaki itu keluar disebalik dinding bersama dua lagi rakannya.

Wardatul Shaukah terkejut,hatinya berdebar-debar,seperti ada sesuatu yang akan berlaku,lagi pula dia keseorangan ketika itu.

“Aik,mawar berduri keseorangan ya…mana singa tu???Dah mati???hahahaha”usik Fairul dan diikuti ketawa dua kawannya,Bob dan Acap.

Fairul,seorang lelaki samseng yang suka akan Wardatul Shaukah,bukan kerana peribadi Muslimah yang ada padanya,tapi kecantikan semata.Kerana tidak dapat memilikinya,Wardatul Shaukah selalu diganggunya.Mumtazahlah yang selalu menjadi pelindung dan penyelamat ketika Wardatul Shaukah diganggu.Tapi,tidak hari itu.
‘Ya Allah,tolong aku ya Allah’,Wardatul Shaukah mengharap sepenuhnya pada Allah.

Fairul dan kawan-kawannya mendekati Wardatul Shaukah.Makin didekati,makin dia mengundurkan diri.

“Astaghfirullah,enta boleh tolong ke tepi sikit,ana dah lambat nak ke kelas ni…!”,tegas Wardatul Shaukah.Dia tidak mahu nampak lemah di depan lelaki,pandangannya tetap di jaga.

“Apa?Tak dengar…Unta?”Acap mengusik.

“Dia panggil kau unta Irul…hahaha,”Bob menuduh,sengaja menaikkan kemarahan Fairul.

“Hei…Apa korang berdua ni,bodoh!Kau tak dengar ke dia kata enta..enta lah…,memang pekak badak betul la korang ni!Tak boleh diharap!”Fairul membela.

‘Ya Allah…bantulah hambamu yang lemah ini,’hatinya menangis,tetapi tidak dizahirkan saja.

Wardatul Shaukah melalui jalan lain dengan menuruni tangga,untuk terus masuk ke kelasnya.Tapi…

“Nak pergi mana wahai gadisku sayang…,”Fairul meletakkan meletakkan kedua-dua belah tangannya di muka pintu menuruni tangga,menghalang Wardatul Shaukah.Bob dan Acap pula berada di belakang Wardatul Shaukah.Wardatul Shaukah berada di tengah-tengah lelaki-lelaki itu.

“Ya Allah…tepi,jangan biadap.Jaga kelakuan tu!Takutlah Allah!!”Wardatul Shaukah meninggikan suara.Sambil dipeluknya erat al-Quran dan fail yang selalu dibawanya ke kelas.

“Korang dengar tak ape dia cakap?Jagalah kelakuaaaaan…”Fairul mengejek.

Tangan Fairul mahu menyentuh dagu Wardatul Shaukah,pantas ditepisnya dengan fail.

”Eh,sombong kau ni yer..”,geram Fairul dengan kelakuan Wardatul Shaukah sejak mula lagi dia mengenali gadis itu.

“Ish..!ape ni!tolonglah jangan ganggu ana lagi…!Tepi…!,”Wardatul Shaukah menolak tangan-tangan kasar yang menghampirinya dengan fail yang dibawa.Tetapi,dibalasnya kembali.Wardatul Shaukah hampir terjatuh,tapi sempat diselamatkan.

“Ya Allah,”Wardatul Shaukah terkejut bila mana melihat seorang lelaki memegangnya untuk menyelamatkannya dari terjatuh.Tergesa-gesa dia bangun,debarannya makin memuncak.Mata mereka bertemu.

“Fairul,Bob,Acap,ape ni?Apa yang antum lakukan ni?Buli perempuan?”,tegas seorang lelaki berkopiah dan berjanggut sejemput itu.

“Alahai…hero datang la pulak…Adooooooooooooiiiiiiii gerammnya aku!!!,”jerit Fairul geram dengan lelaki yang mencampur urusannya sambil mengenggam penumbuk ingin menumbuk lelaki itu.Lelaki itu sempat mengelak.

“Ya Allah!Saudara-saudara seIslamku,kenape boleh jadi macam ni.Mana kekuatan antum sebagai lelaki Muslim?Mana semangat Saidina Umar dalam diri antum?Mana kewibawaan Salahuddin al-Ayubi?Mana perginya akhlak Rasulullah yang kita contohi?Mana perginya ukhwah sesama Islam?”Luah Wardatul Shaukah kecewa.Matanya digenangi air.

“A’aaaaaahhh….,jaga engkau..!”Fairul menunjukkan jarinya ke arah lelaki berkopiah itu.Kemudian berlalu dari situ,diikuti Bob dan Acap.

“Syukran ya akhi,ana pergi dulu.”ucap Wardatul Shaukah ringkas takut menimbulkan fitnah antara keduanya.Pandangannya dijaga, masih tidak dialih.

“La syukran a’la wajib.,’balas lelaki itu.Belum sempat dia memperkenalkan diri,Wardatul Shaukah sudah hilang dari pandangannya.

***


“Adalah orang tu kan…ber’dating’ kat hujung sana tadi…,”perli Ashraf.

“A’ah…nampak je baik…tapi…,”sambung Luqman pula.

Ashraf dan Luqman adalah dua kumbang yang sekelas dengan Wardatul Shaukah.Wardatul Shaukah tidak menyedari Ashraf dan Luqman melihat gelagat dia bersama dengan lelaki berkopiah,tetapi tidak mengetahui gangguan Fairul dan kawan-kawannya sebelum itu.

“Pijak semut pun tak mati…tu lah kau Ashraf..suka kat orang tu,tak cek dulu latar belakang dia,tengok luaran je memang la nampak baik,sopan…huh,”

“Korang ni cakap pasal siapa?Macam tak puas hati jer?,”tanya Kamilah.

“Ada la orang tu…,”Ashraf menjuihkan bibirnya menunjukkan kearah Wardatul Shaukah yang khusyuk membaca al-Quran mengumpul kekuatan,kerana masih trauma dengan peristiwa tadi.Ustaz Nahu mereka Ustaz Yunus,datang lewat pula hari itu.Wardatul Shaukah mengambil peluang itu membaca tafsir al-Quran yang sentiasa dibawa bersama.

“Ish korang ni,nak berahsia pulak ngan akak.”balas Kamilah,umurnya tua setahun dari mereka yang lain.Lebih selesa menggantikan diri dengan ‘akak’.

“Ni,Asyraf punye gewe,ingat baik,tak layan lelaki,rupanya ber’dating’ dengan orang lain.Duduk rapat-rapat pulak tu.,”ujar Luqman menuduh tanpa menyelidik.

“Eh..sape yang korang maksudkan ni,tak baik tau tuduh-tuduh,suruh Wardah bagi ayat nanti baru tahu..!,”gertak Kamilah.

“Sape kak?Wardah?Ha dialah…,”Luqman menekankan perkataan Wardah,sengaja ingin melihat reaksi Wardatul Shaukah.Wardatul Shaukah baru sahaja selesai membaca al-Quran dan tidak menyedari dia sedang diumpat oleh rakan sekelas sendiri.

“Kelas cancel,kelas cancel…Ustaz Yunus hantar mesej.”jerit Syafiqah.
“Ustaz kata ada hal.”sambungnya lagi.

“Alhamdulillah,akak balik duluuuuu…,”riang suara Kamilah mendengar berita yang baru diterima itu.Hingga lupa apa yang dibincangkan dengan Asyraf dan Luqman tadi.

“Alah!Ustaz ni…Tak bagi tahu awal-awal,penat je aku bangun awal,sejuk tau mandi pagi-pagi…”,rungut Luqman.

“Tapi tak pe la Luqman,kita dapat tangkap satu kes kan…,”sindir Ashraf.Geram bercampur cemburu kerana buah hati pilihannya ada skandal dengan lelaki lain.Kemudian Ashraf dan Luqman berlalu keluar.

Wardatul Shaukah masih tidak berganjak dari tempat duduknya.Dia mahu menghafal beberapa surah dari juzu’ 30 yang masih belum dia ingat sepenuhnya. Tafsir al-Qurannya dibuka semula.Dia keseorangan di dalam kelas ketika itu.

Tiba-tiba,pintu kelasnya diketuk.

“Tok..tok…tok…,”perlahan saja bunyinya.

Wardatul Shaukah berdebar,bimbang lelaki yang sama yang meminta izin untuk masuk ke kelas satu masa dulu dan yang menyelamatkannya tadi.Dia takut untuk melihat gerangan orang di balik pintu itu.Setiap kelas mempunyai dua pintu.Pintu utama kelas yang diketuk.

‘Tapi tak mungkin,waktu ni masa kelasku,ustaz yang tak datang,so,masa ni,masa pengajianku la,kelas lain tak berhak nak masuk.’,fikirnya dalam hati.

Wardatul Shaukah yakin bukan lelaki berkopiah itu,dia mula mendongak…
“Ya Allah…,”jerit Wardatul Shaukah ketakutan.

“Hai Mawar Berduri…kenapa,terkejut?Mana hero tadi?Huh!berani dia menganggu kemesraan kita!,”kata Fairul tidak malu mengaku sebegitu.

Wardatul Shaukah pantas bangun dan menuju ke salah satu pintu untuk keluar.
Tapi,Bob dan Acap menghalangnya.Wardatul Shaukah mengundurkan dirinya setapak demi setapak.Hingga dia berada di belakang sekali kelas itu.

‘Ya Allah,tolong aku Ya Allah.Aku tak kuat Ya Allah.Jauhi aku dari fitnah ya Allah’

“Antum nak apa dari ana sebenarnya?Kenapa buat macam ni?,”tanya Wardatul Shaukah,benci diperlakukan sebegitu.

“Aku nak kau lah..hahahaha…,”jawab Fairul selamba.Diikuti ketawa Bob dan Acap.

Wardatul Shaukah semakin ketakutan.
‘Tak pe Wardah,la takhaf,innallaha ma’ana’,pujuknya dalam hati.

Fairul,Bob dan Acap semakin menghampirinya.

“Stop!Berhenti!Jangan berani dekati ana…!,”jerit Wardatul Shaukah sambil dipeluknya erat al-Quran kesayangannya.

“Ana ada Allah,ana boleh mengadu pada Allah bila-bila masa saja,kalau tak takut dengan kejian manusia,takutlah dengan azab Allah…!”tegasnya tulus dari hati.

“Hahahahaha…,”Fairul dan kawan-kawannya ambil enteng segala percakapan yang keluar dari mulut Wardatul Shaukah.

Mereka makin menghampiri.Wardatul Shaukah terduduk ketakutan,tidak sanggup dirinya dipegang oleh lelaki-lelaki ajnabi itu.Dia menutup mukanya dengan al-Quran yang dipegang erat.Matanya berkaca,air mata memenuhi kelopak mata beningnya itu.

“Woi…!Apa korang buat tu haa…!"

“Woi…!Apa korang buat tu haa…!,”jerit Kamilah berani.Dia tertinggal sesuatu di kelas kerana tergopoh-gopoh untuk pulang sebentar tadi.

“Aku tak buat ape-ape,kami tak buat ape-ape pun.Saje nak tengok dengan lebih dekat mawar berduri idaman lelaki ni.Nak pegang tajam,berduri katakan…hahahaha..”

“Hahahahaha…,”diikuti Bob dan Acap,pengikut setianya.

“Keluar sekarang!Sebelum aku pergi lapor kat lecturer kelas sebelah!Keluar!”

“Alahai orang tua ni,nak ngadu-ngadu pulak…,”balas Fairul kurang ajar.

“Aku kata keluar-keluar je la..!Aku bilang sampai tiga kalau korang semua tak keluar,aku jerit!,”ugut Kamilah tidak takut dengan geng yang memang terkenal dengan ke’samseng’an mereka di kampus itu.

“Satu…Dua….,”

“Okey,okey,kami keluar,tapi jangan ingat korang berdua terlepas…!”balas Fairul dengan ugutan juga.

Kamilah berlari kearah Wardatul Shaukah yang ketakutan.

“Wardah…awak okey?Jangan takut, akak ada.”,pujuk Kamilah sebagai seorang kakak.

Wardatul Shaukah berdiri dan memeluk Kamilah seeratnya.Dia masih ketakutan,tidak pernah didekati lelaki sebegitu dekat sekali.Laju air matanya mengalir terjun.Tidak tertahan lagi.

“Syukran kak,syukran jiddan,tak tahu saya nak balas macam mana.Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa akak.Moga Allah memberkati hidupmu akak.”ucap Wardatul Shaukah terharu dengan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

‘Terima kasih ya Allah’,detik hatinya memuji Allah atas pertolongan itu.

“Sabar ye Wardah,Allah sedang mengujimu,akak yakin Wardah boleh hadapinya.”ujar Kamilah memberi kekuatan kepada Wardatul Shaukah.Kamilah tidak pernah melihat Wardatul Shaukah menangis sebegitu rupa,hatinya tersentuh,matanya mula digenangi air.Tanpa disedari air matanya membasahi pipi dan baju kurung yang dipakainya.

***

“Wardah tak datang ke?,”tanya Kamilah kerana melihat tempat duduknya kosong.

“Tak,dia pulak yang demam,ganti saya kot,hehehe.”jawab Mumtazah,tidak mengetahui apa yang terjadi semalam,Wardatul Shaukah langsung tidak memberitahunya.

“Demam?Kesian…,”tidak sempat Kamilah menghabiskan kata-katanya,Luqman menyampuk.

“Kesian?Huh!Nak kesian pe nyer,mesti pergi buat date bawah hujan tu,memang la demam…,”sampuk Luqman selamba.

“A’ah,macam tak de tempat lain nak buat date,dah tahu semalam hujan nak dating bawah hujan jugak ke…Owhhhhh,mungkin nak lebih romantik kot,”tambah Asyraf lagi sambil menunjukkan mimik muka sindiran.

”Stop it!Apa yang korang tak puas hati sangat dengan Wardah ni ha?Dia kawan saya,suka-suka hati je kutuk…!Dulu beria-ia sangat nak nombor phone la,alamat lah,sekarang?”luah Mumtazah,geram kawannya diejek.

“Itu dulu,nampak baik je,pendiam,jaga pergaulan,tapi semalam kami sendiri nampak dia dengan Wildan Econs.Duduk rapat pulak tu.Kan Luqman.,”ujar Asyraf berbaur cemburu .

“A’ah betul betul betul,”sokong Luqman.

“Tak mungkin,tentu ada sebabnya…!Saya kenal Wardah,dia takkan menghampiri lelaki,pergaulan sangat dijaganya.”balas Mumtazah menyokong sahabat kesayangannya.

“Korang ni tak baik tau tuduh-tuduh,korang nak tahu tak.Kesian Wardah kelmarin.,”semangat Kamilah memulakan cerita.

“Kelas Ustaz Yunus kan cancel kelmarin, akak excited sangat,nak balik nak sambung tengok disc two citer ‘My Girl’,hehehe.Dah sampai depan pagar blok D baru perasan tertinggal pencil box,ada handphone pulak tu.Dengan kecewanya akak pun berpatah balik.Sampai-sampai je kat kelas,terkejut akak…Wardatul Shaukah dikerumuni Fairul and the geng!Apa lagi,akak gertak diorang nak lapor kat lecturer sebelah kalau tak keluar dari kelas masa tu.Huhu,padahal kat sebelah mana ada orang,hehehe,”cerita Kamilah perkara sebenarnya.

Luqman dan Asyraf terlopong mendengar cerita Kamilah,tidak sangka Fairul dan kawan-kawannya berani menganggu Wardatul Shaukah.

“Kak Kamilah!Boleh caye ke citer akak ni?Or saje nak back up si Wardah tu?,”tanya Asyraf ragu-ragu.

“Hei..please..!Akak bukan macam korang berdua ni yang suka bawa mulut tanpa diperiksa tau!Akak sendiri yang tolong dia,mesti ar akak tahu.Dan cerita ni adalah cerite benar!,”ujar Kamilah sambil menunjukkan jarinya ke arah Asyraf dan Luqman.

“Astaghfirullah,betul ke ni Kak Kamilah?Saya macam tak percaya.Wardah tak citer apa-apa pun kat saya.Salah saya la,tak teman dia pergi kelas kelmarin.Kesian kat Wardah…,”ujar Mumtazah serba-salah atas apa yang berlaku.

“Mungkin,apa yang korang berdua nampak tu salah faham je.Cuba tanya sendiri dengan sape tadi yang korang cakap bersama Wardah?Korang kenal ke lelaki tu?,”tanya Mumtazah lagi.

“Wildan…kenal sangat sangat…!Dia Ketua Unit dakwah MARA,sape tak kenal.Dia la jugak selalu mengadu kat Ustaz Majid macam-macam.Student kesayangan Ustaz katakan…Huh,benci!,”ujar Luqman jujur.

“Wildan…sedap nama dia..hurm..mesti baik orangnya,sesuai la buat Wardah.W and W.Huhu..”,usik Kamilah menguji kesetiaan Asyraf.

“Apa yang sesuainya,langsung tak!A and W,baru best..Asyraf and Wardah,huh!Memang AW la…hahaha..”balas Asyraf sambil menggayakan tangan seperti mak nyah.

“Eeeee..perasan betul…,”kata Kamilah sambil bibirnya dicebik.

Satu kelas mengetahui Asyraf memang ada hati dengan Wardatul Shaukah,tapi tidak dilayan.Dari sem satu lagi dia sudah terpikat dengan kecantikan dan keperibadiannya.Bukan dia saja,tapi ada lagi beberapa orang lelaki yang berminat dengan Wardatul Shaukah.Sehinggakan Fairul dari geng samseng pun berkenan.Rasa tercabar untuk memilikinya.

“Elehhh..piiiraaah…tadi kata tak suka,benci lah..sekejap je dah suka balik,pe ar..”,ejek Luqman.

“Suka hati aku ar,aku rasa dia tak salah la..Wildan tu yang salah!”

“Ye la tu…,”malas Luqman melayan karenah sahabatnya itu.

***

“Woi,sini kau!’,jerit Fairul memanggil Wildan yang sedang ralit bersembang dengan kakaknya di telefon.Dalam bilik studinya.

“Erm,Kak Long,angah ade keje sikit,nanti angah call balik yer.”Wildan menamatkan perbualan,takut kakaknya bimbang jika terdengar suara jerkahan Fairul.

Wildan menoleh ke arah Fairul dan kawan-kawannya.

“Astaghfirullah..kenape ni?!Apa yang antum nak lagi?,”tanya Wildan geram.Geram dengan perangai dan sikap Fairul yang suka membuli dan menganggu orang.

“Ni aku bagi warning kat ko,ko jangan kacau Wardah lagi.Dia aku punya!,”tengking Fairul.

“MasyaAllah,ana tak pernah ganggu dia,hari tu ana cuma…,”percakapannya dipotong.

“Cuma nak tunjuk baik kan…! Biar Wardah sukat kat ko..!,”

‘Astaghfirullah haladhzim,’istighfar Wildan dalam hati terkejut dituduh sebegitu rupa.

“Ingat yer,jangan dekat dengan Wardah!Kalau tak, kau tahu lah akibatnya.,”ugut Fairul.Bob dan Acap mengangguk sambil menunjukkan genggaman penumbuk,menakutkan Wildan.

“A’aaaaah…ambik kau,ingat amaran aku!Jom balik,”Fairul menolak Wildan sehingga jatuh terjelepok di atas lantai,dan berlalu dari situ bersama dua pengikut setianya.

“Ya Allah!,”jeritnya kesakitan.

“Kenape ni enta?Apa yang dah jadi?,”tanya Iskandar yang kebetulan baru balik dari kelas,sebilik dengan Wildan.

“Tak de papelah Is,Fairul tu,tak puas hati dengan ana.”balasnya tenang.

“Fairul?Ya Allah,bahaya lah,kenape enta cari masalah dengan dia?Enta kan tahu macam-macam dia boleh buat kalau kita halang ape yang dia nak,”Iskandar mula bimbang keselamatan sahabatnya.

“Ana tak cari masalah,tapi hari tu dia ganggu salah sorang akhawat ni.Masalahnya ukhti tu pula berjubah dan bertudung labuh,bukan yang menggedik-gedik tu. Dia hampir terjatuh ditolak Fairul dan kawan-kawan dia tu.Ana sempat sambut dia.Kebetulan ana lalu di situ. Ana tak boleh biarkan.”ujar Wildan menceritakan hal sebenar.

“MasyaAllah…!Kesian kat ukhti tu,enta kenal?Sape dia?,”

“Wardatul Shaukah..,”seluruh tubuh Wildan menggeletar selepas menyebut nama tersebut.

‘Ya Allah,perasaan apakah ini...’,getus Wildan dalam hati.

***

“Tolong…tolong…,peragut!peragut!”jerit seorang perempuan tua berusia dalam lingkungan 50-an.

“Tolong…,”jeritnya lagi makin lemah.

Begnya pantas diragut ketika berjalan menuju ke blok B1,dari kereta yang diparking di tepi jalan itu.Tanpa rasa kasihan,dua peragut itu menarik kasar beg perempuan tua itu,sehingga dia terheret agak jauh dari situ.Perempuan tua itu sudah tidak dapat menahan pegangannya dan melepaskan saja.Dia terjatuh dan kepalanya terhentak sedikit ke jalan raya.

Orang ramai yang mendengar,pantas mengejar motor itu dan kedua-dua peragut itu sempat ditangkap,lagi pula jalan raya sesak waktu itu.Mereka berdua dihantar ke balai polis pada masa itu juga oleh orang ramai selepas dibelasah secukupnya.

“Ya Allah..!Mumtazah,jom kesana,kesian mak cik tu,dia menjadi mangsa ragut…,!”cemas Wardatul Shaukah melihat keadaan perempuan tua itu dan berlari ke arahnya.

Wardatul Shaukah dan Mumtazah dalam perjalanan ke kelas.Lantas beralih arah bila mana melihat seorang wanita tua terbaring di tepi jalan.

“MasyaAllah,darah?Dahi mak cik berdarah ni.Jom mak cik perlahan-lahan,kita duduk atas tu.”kata Wardatul Shaukah bimbang darah yang mengalir di dahi tua itu.

“A’ah,banyaknya darah,ya Allah..,”ujar Mumtazah simpati.

Wardatul Shaukah dan Mumtazah memapah perempuan tua itu duduk di kaki lima bangunan berdekatan.

“Ma…,”jerit Aman dan Amin serentak.Mereka berdua berlari-lari ke arah perempuan tua yang terbaring lemah,kepalanya ditumpangkan di atas peha Wardatul Shaukah.

Aman dan Amin kembar seiras berusia 5 tahun.Anak kepada perempuan tua itu.
Mereka duduk di kanan dan kiri ibu mereka.
Perempuan itu makin lemah,dia memejamkan mata keletihan.
“Ma…Ma…bangun Ma…Man janji,Man tak gaduh dah ngan Min,Ma bukaklah mata…”,Aman memanggil ibunya sambil menangis teresak-esak.Mungkin takut melihat darah merah yang mengalir di dahi ibunya.

“Ma…Min pun,Min tak nak degil dah,Ma bangunlah,Ma bangunlah,Min pergi ngaji esok ...Min janji…,”Amin teresak-esak melihat ibunya yang makin lemah.

“Adik,sabar ye dik,mama adik tak ape-ape,dia berehat kepenatan je,lepas ni okeylah.,”pujuk Wardatul Shaukah setia disamping perempuan tua itu sambil menunggu Mumtazah meminta bantuan.

‘Comelnya adik-adik ni,kalaulah jadi adik aku..,’bisik Wardatul Shaukah sendiri.Dia memang suka lihat kembar seiras,lagi pula kanak-kanak sekecil Aman dan Amin.

“Ma tak ape-ape Man,Min..Abah dan bang Ngah mana?,”tanya perempuan tua itu lemah.Risau melihat anak bongsu kembarnya menangis.

“Tak tahu,tadi abah naik kete ngan bang Ngah,Abah suruh datang sini,”jawab Aman tersekat-sekat menahan sedunya.

“Ni Ma,abah ngan bang Ngah hantar orang jahat kat balai polis..!,bang Ngah yang cakap tadi,”balas Amin pula.

“Adik ni sape nama?Terima kasih sudi tolong mak cik.,”ujar perempuan tua itu lemah.

“Owh tak de apelah mak cik,mak cik rehat yer,jangan banyak gerak.Panggil saya Wardah.”

Beberapa minit selepas itu,ambulans UIA tiba di tempat kejadian,dan mereka membawa perempuan tua itu ke Klinik UIA yang berada di Blok A,kerana kecederaannya tidak berapa parah.

***

“Mumtazah,jom pergi ziarah mak cik tadi kat klinik,”ajak Wardatul Shaukah,usai saja kelas Feqahnya bersama Ustaz Razak.

“Tapi,mak cik tu, ade lagi ke kat klinik ?”

“Ntahlah,saya pun tak pasti,tak pe kita pergi tengok dulu ye.”

“Assalamualaikum…,”ucap Wardatul Shaukah dan Mumtazah di depan pintu bilik pesakit yang ditempatkan perempuan tua tadi.

“Waalaikumussalam…,”jawab lelaki dan perempuan tua di dalam bilik itu.

“Wardah,masuklah..ajak kawan sekali…,”ramah perempuan tua itu.

“Macam mana keadaan mak cik,”tanya Wardatul Shaukah sambil menyalami tangan tua itu.Diikuti Mumtazah.

“Alhamdulillah,tambah bertenaga.Terima kasih tolong mak cik tadi.Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.”balas perempuan tua itu.

“Terima kasih ye anak berdua,tolong isteri pak cik tadi.Sape nama anak berdua ni tadi,?”tanya lelaki tua yang berada disamping perempuan tua itu.

“Saya Wardatul Shaukah,panggil Wardah je ,”jawab Wardatul Shaukah sopan.

“Saya Nur Mumtazah,boleh panggil Mumtazah.,”jawab Mumtazah pula.

“Sedap-sedap nama anak-anak ni.Maaf,tadi pak cik nampak anak berdua ni tolong isteri pak cik,sebab tu pak cik tinggalkan isteri pak cik dekat anak berdua,pak cik nak ajar dua orang peragut tadi tu.Alhamdulillah,ramai membantu tadi,budak dua orang tu dah kena tahan pun.”,jelas lelaki tua itu.

“Owh begitu…ermm..anak Pak Cik dan Mak Cik yang kembar tu mana?,”tanya Wardatul Shaukah hairan anak kecil itu tiada di situ.

“Ooo..Aman dan Amin yer,teman bang Ngah dia pergi ambil Kak Long dekat Gombak.Anak berdua ni,belajar kat sini ke?,”tanya lelaki tua itu.

“Ye pak cik.”

“Jadi mesti kenal dengan anak pak cik.Wildan namanya.”tanya lelaki tua itu lagi.

“Owh..Wildan tu anak pak cik…,”ujar Mumtazah terkejut.
Nama itu yang telah difitnah Luqman dan Asyraf dengan sahabatnya.

‘Wildan?Bukan ke Wildan adik Kak Masyitah,’Wardatul Shaukah bermonolog sendiri.

“Erm..pak cik dan mak cik ada berapa anak semuanya?,”tanya Wardatul Shaukah inginkan kepastian.

“Alhamdulillah setakat ni,empat orang baru.,”jawab lelaki tua itu selamba.

“Eh..lain macam je bunyi tu,cukup-cukuplah tu abahnya,saya ni dah tua,patutnya dah dapat cucu tau,”perempuan tua itu membalas merendah diri.

“Hehehe,kalau tak bawah Wildan ada lagi tiga,tapi nak buat macam mana,Allah lebih sayangkan mereka.Alhamdulillah,lepas tu dapat pula Aman dan Amin,itu tandanya,mamanya masih kuat dan masih muda,”jelas lelaki itu berterus-terang.

“Ish,abahnyer,malu la kat Wardah ngan Mumtazah sikit,”ujar perempuan tua itu
tersipu malu.Itulah rahsia keutuhan rumah tangga mereka berpuluh tahun lamanya,iaitu selalu bergurau dan usik-mengusik sesama mereka.

Wardatul Shaukah dan Mumtazah tersenyum melihat gurauan suami isteri itu.

“Assalamualaikum…,”ucap Wildan dan Masyitah di muka pintu.

“Ma…abah…,”jerit Aman dan Amin berlari masuk ke bilik.

“Waalaikumussalam,”jawab mereka serentak.

“Kak Masyitah?,”ujar Wardatul Shaukah terkesima sebentar.Dia langsung tidak memandang lelaki di sebelah Kak Masyitah.Pandangan tetap dijaganya.

‘Ya Allah,memang benar apa yang aku fikirkan.Ini keluarga Kak Masyitah.’

“Wardah?Macam mana Wardah boleh tahu ni family akak?”tanya K.Masyitah hairan Wardatul Shaukah berada di situ.

“Sebenarnya,Wardah dan Mumtazah yang tolong Ma tadi Kak long.Mereka yang hantar Ma kat sini.”sampuk perempuan tua itu.

“Ye ke,syukran Wardah,Mumtazah,moga Allah memberkati ukhti berdua.”

“Macam mana keadaan ma?,”tanya Wildan bimbang.

Wardatul Shaukah mendongak sekilas ingin mengenal pasti wajah Wildan yang selalu didengari namanya saja.

Pantas dia menunduk,perasaan dia mula meracau,dia mula berdebar-debar,semakin lama,semakin memuncak.Teringat semasa Wildan memegangnya untuk menyelamatkannya dari terjatuh.Bukan itu saja,dia juga menolongnya dari terus diusik oleh geng Fairul.

‘Ya Allah,beri aku ketenangan ya Allah,tenang Wardah,tenang..tenang… subhanallah,walhamdulillah,walalilahaillallah,wallahuakbar..huh….!’Wardatul Shaukah menarik nafas dalam-dalam dan lepas.Dia cuba menenangkan perasaannya.Digenggam erat jari jemarinya.

***

“Ish,geramnya aku dengan budak Wildan tu…!”jerit Fairul melepaskan satu tumbukan di dinding.

“Rilek ar Irul,tenang-tenang,nanti dengar dek dia,mengadu lak kat Ustaz kesayangan dia tu.”kata Acap risau.

“A’ah.ko marah-marah,tapi dia happy je,rugi ar kita.Apa kata kita kenakan dia nak?!”tambah Bob pula.

“Korang nak wat pe?,”tanya Fairul berminat.

“Kita kenakan si Wildan,kita jatuhkan air muka dia nak?!,”balas Bob semangat.

“Huh,geliga jugak otak kau ek,ape rancangan kau,?”

Assalamualaikum…
Wardah,malam ni teman saya pergi kiosk kat blok B ye.Kiosk blok E tak de la benda yang saya nak tu.Tapi kita dua je la,segan dengan kawan Wardah yang lain.Ye…Boleh la,boleh la…plezzzzz..-Kamilah-

~019-544****~

‘Aik,Kak Kamilah?Bukan ke katanya nak balik rumah,mak sakit?Pakai nombor baru ke?Dan satu lagi,kenape guna ‘saya’?Betul ke Kak Kamilah ni?,’getus Wardatul Shaukah di dalam hati,hairan.

‘Wardah… tak baik su’udhzon…,’satu bisikan menerpa.

“Astaghfirullah haladhzim..”pantas dia beristighfar.

Waalaikumsalam…
InsyaAllah boleh,kat mana nak tunggu? Tadi kata nak balik kan,mak sakit?

~Wardah~

Ooo..tak jadi.Mak dah sihat.Tunggu kat belakang bangunan blok B ye,nanti saya datang.Okey,ni mesej last,kredit habis,jumpa malam ni…

~ 019544****~

“Ya Allah,belakang bangunan kan gelap,biar betul Kak Kamilah ni,nak call,kredit pun bersen-sen je lagi,tak cukup ni…,”ujar Wardatul Shaukah bimbang.

***

“Assalamualaikum…ukhti nak jumpa ana?Mana Ustazah Hani?,”tanya Wildan.

“Waalaikumsalam,eh..tak delah,ana tunggu kawan ana.Ustazah Hani?”jawab Wardatul Shaukah pelik,dan tidak selesa berdua di tempat gelap sebegitu.

“Bukan ke enti Wardatul Shaukah?,”

“Ye ana..,”jawab Wardatul Shaukah hairan.Pandangannya tetap di hadapan,langsung tidak berkalih ke belakang.

“Tadi bukan ke enti mesej ana,katanya bawa Ustazah Hani,nak beri sesuatu.Dan enti larang ana bawa kawan ana?,”tanya Wildan pelik.

“Ape?!,Ana…”tersentak Wardatul Shaukah.Baru dia tersedar ini adalah perangkap semata.Wardatul Shaukah melangkah untuk ke tempat lebih terbuka.

Tiba-tiba beberapa lampu suluh dihalakan pada mereka berdua.

“Kami dari Jabatan Agama Islam…,”

“Ya Allah…,”jerit Wildan dan Wardatul Shaukah serentak.
Tidak sempat Wardatul Shaukah bergerak ke depan,pihak berkuasa sudah sampai dan menangkap mereka berdua dari belakang.

“Eleh..nampak je alim…,berkopiah,berjubah,tudung labuh lagi..!”sindir Bob.

“Huh,buat malu U je,kena tangkap basah kat kawasan U pulak tu!,”perli Acap pula.

“Wildan,Wardah..ish ish ish,korang ni,memang sesuai la.Depan kami semua berlakon baik konon,belakang…,”ujar Fairul pula sambil mengeleng tidak menyangka.Lain pula dalam hatinya,riang tak terkata kerana rancangannya dan kawan-kawannya berjaya untuk kenakan mereka berdua.

“Kahwinkan mereka ustaz,kahwinkan!kahwinkan!,”jerit Bob semangat.

“Ish,ko ni,tak payah la,dia aku punya,kita nak malukan Wildan tu,tapi nak bagi pengajaran kat Wardah,buah hati aku,bukan nak suruh diorang nikahlah bodoh!…,”bisik Fairul menolak siku Bob tanda tidak setuju dengan rancangan itu.

‘Kenape mereka ada kat sini?Jangan..jangan…Astaghfirullah haladhzim…ape aku ni,ya Allah…’getus Wildan dalam hati rasa bersalah menuduh Fairul bukan-bukan.

“Ini fitnah encik!Fitnah!Kami tak tahu ape-ape pun..,”Wildan bersuara.

“Ye encik,demi Allah,ini semua fitnah…!,”ujar Wardatul Shaukah menyokong kata-kata Wildan.

Wardatul Shaukah bingung,pelbagai kemungkinan yang dia fikirkan akan berlaku selepas itu.

’Ummi,Abi,Iqah minta maaf,sungguh Iqah tak salah,ini semua fitnah!Ummi,Abi,maafkan Iqah kerana kemungkinan selepas ini,Iqah akan dibuang dari U ini.Maafkan Iqah menghabiskan duit ummi abi dengan cara sebegini.Ummi,Abi Iqah tidak mencontengkan arang di muka ummi dan abi,ini semua fitnah,ini fitnah…,”rintihnya dalam hati.Matanya digenangi air,tidak disangka difitnah sebegini rupa.Selama ini pergaulan sentiasa dijaganya.

Begitu juga Wildan,tidak disangka malam itu menjadi malam yang paling malang dalam hidupnya.

‘Bagaimana pandangan orang padaku sebagai Ketua unit dakwah?
Bagaimana anggapan adik-adik usrahku padaku nanti?
Bagaimana perasaan Ma dan Abah?
Bagaimana perasaan Kak Long?
Ya Allah,sungguh berat ujianMu ini…’,getus hatinya memikirkan kesannya selepas ini.

***

Wardatul Shaukah dan Wildan dibuang serta-merta dari pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu tanpa usul-periksa.Kerana bimbang mencemarkan nama baik universiti itu,rayuan mereka dipandang enteng oleh pihak atasan.Mereka bimbang,kerana nila setitik,habis susu sebelanga,itu saja alasan yang diberi.Satu kampus heboh tentang tangkapan pada malam itu.Lagi pula orang yang ditangkap orang yang tidak disangka-sangka.Bermulalah gosip terhangat tentang Wildan dan Wardatul Shaukah.

Kes mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.Mereka telah bersepakat bersama ahli keluarga masing-masing untuk tidak meneruskan dengan ikatan perkahwinan,dengan alasan masih menuntut. Mereka tidak mahu ibu bapa masing-masing dimalukan kerana perbuatan yang tidak mereka lakukan itu.Jika mereka meneruskan perkahwinan ketika itu,terbukti mereka bersalah.Mereka tiada bukti kukuh untuk menuduh sesiapa,mereka hanya berserah pada Tuhan pencipta alam ini.Mereka pasrah.

“Kami percaya dengan awak Wardah,awak jangan sedih ye,Allah tahu sape betul sape salah…,”pujuk Suhaila.

Semua ahli bilik A-3-2,berkumpul di katil Musyrifah mereka yang sedang ralit mengemas barang untuk di bawa pulang keesokannya oleh keluarga tersayang.

“Jangan risau Wardah,Allah akan dedahkan juga kebenaran satu hari nanti,”tambah Auni pula.

“Kak Wardah,Anis percaya dekat akak,Anis nak tolong akak,tapi Anis tak de bukti…”

“Ye akak,betul,Syikin pun percaya dekat akak,ada orang yang jeles ni,eeee…kalau Syikin dapat,siaplah orang tu..!,”

“Terima kasih semua,maafkan saya,saya tak mampu jadi Musyrifah terbaik untuk semua,saya redha dan pasrah apa saja yang Allah telah tentukan untuk saya.Saya tidak mahu berdendam dengan sesiapa,biarlah Allah saja yang menghukum mereka yang menfitnah.Saya akan jalankan hidup seperti biasa.Hajat doa semua.”ujar Wardatul Shaukah sebak.

“Wardah,terima kasih atas segalanya,Jannah bersyukur dapat sahabat seperti awak.Jannah minta maaf sekiranya ada Jannah terguris perasaan awak dalam sedar atau tak.Maafkan Jannah,Jannah harap kita akan berjumpa lagi nanti,jika tidak di dunia ini,kita jumpa di syurga nanti,insyaAllah…,”sayu Jannah tidak sanggup kehilangan sahabat baiknya itu.

“Akak…Anis,sedihlah…,”esak Anis tiba-tiba.

“Nanti…sape yang nak teka-teki dengan kami lagi?Sape yang nak kongsi cerita-cerita nabi dengan kami lagi…,sape nak jadi imam kami,sape nak nasihat kami,kami sayang akak…,jangan tinggalkan kami kak…”esakan Anis makin kuat kedengaran.

Semua di sekeliling turut sedih mengenangkan apa yang akan berlaku selepas Wardatul Shaukah meninggalkan mereka.

Wardatul Shaukah menghampiri Anis dan memeluknya erat.Dia juga rasa berat untuk meninggalkan sahabat-sahabatnya.

“Anis,akak pun sayang Anis,akak sayang semua sahabat-sahabat akak,akak minta maaf,akak kena pergi,akak perlu teruskan hidup akak.Anis jaga peribadi ye.Jadi wanita solehah.InsyaAllah nanti ada rezeki,pasti kita jumpa lagi.Anis jangan sedih ye.,”pujuk Wardatul Shaukah,turut menangis setelah agak lama menahan air mata suci itu dari terkeluar.Dia tidak mahu menangis kerana fitnah itu.Tapi apakan daya,dia juga manusia,akhirnya dia turut melepaskan segala kesedihan yang ditahan dari malam semalam pada malam itu.

***

Sebulan selepas itu…

Assalamualaikum…
Kaifa haluki?
Ukhti Masyitah,ana minta maaf tentang kejadian hari tu.
Sungguh,ana tidak tahu ape2 pasal pertemuan tu.
Maafkan ana kak.
~Wardah~

Waalaikumslm w.b.t..
Ya ukhti fillah,akak br saje nak hantr mesej kat Wardah td.Erm…Wardah jgn rasa bersalah,semua perkara yg terjd ini,tentu ada hikmah yg kita tidak thu.Akak faham Wardah,akak yakin Wardah dan Wildan tak bersalah,akak kenal Wardah,akak juga kenal Wildan adik akak.Dia terlalu menjaga pergaulannya.Akak yakin kamu berdua tak salah.Tapi,akak nasihatkan,janganlah berdendam dgn org yg menfitnah kamu,kerana jika adik berdendam,dosa adik same sahaja dengan dia.Ape perancangan Wardah sekarang?Studi or kerja?Erm,akak lupa nak bagi tahu akk dan family dah pindah ke Sitiawan,Perak.Abah akak kena tukar kat sini.Wardah tinggal dekat perak dekat mna?Mana thu,kita boleh jumpa kan.
~K.Masyitah~

Alhamdulillah,dekat je lah,ana tinggal kat Sri Manjung,memang dekat sangat.Tak sabar ana nak jumpa akak.InsyaAllah,nnt ana bg alamat ana.Ana rancang nak ambik STAM kat sekolah dulu,tapi lambat lagi,sekarang bulan Ogos,bulan Januari baru pergi sana,maybe tinggal kat asrama.Sekarang ni duduk rumah je,abi tak bagi kerja.Hajatnya lepas tu nak ke Mesir,teringin nak belajar dibumi anbiya’.InsyaAllah.
~Wardah~

Alhamdulillah,lambat lagi tu kan.Adikku Wardah..adik akak Wildan pun katanya nak sambung STAM,dia minat agama,dia tak kisah lagi kos Econs yg dia ambik dulu.Katanya nak mula kehidupan baru.Tapi tak tahu lagi sekolah mana,sebab kan tempat baru,so harap boleh Wardah tolong akak ye.Tak pun,dia sekolah sekali dengan Wardah,boleh?Erm..sebenarnya akak nak sampaikan hajat seseorang.
~K.Masyitah~


‘Wardatul Shaukah mula berdebar-debar tika membaca nama ‘Wildan’ didalam inbox mesejnya.Kenape K.Masyitah gembira lambat lagi aku masuk STAM?Hajat?Hajat siapa?,monolongnya sendiri.

InsyaAllah boleh,nanti ana bagi alamat sekolah yang ana nak daftar masuk tu.Ermm,hajat siapa?
~Wardah~

InsyaAllah boleh,nanti ana bagi alamat sekolah yang ana nak daftar masuk tu.Ermm,hajat siapa?

~Wardah~

Begini,akak mewakilkan adik akak,Wildan untuk merisik mawar berduri yang kembg mekar disana.Adik akak nak melamar Wardah menjadi sayap kiri perjuangannya.Akak faham,Wardah nak masuk STAM kan,tapi sebagai tanda ikatan sebelum dipetik org lain,Wildan dan kami sekeluarga sudah berbincang untuk mengikat dengan pertunangan dahulu.Sepanjang pertunangan itulah masa suai kenal korang berdua.Akak akan sampaikan apa saja yg Wardah ingin tahu.Wardah,Wardah istikharahlah dulu,fikir,dan bincang dengan ummi dan abi Wardah,jika sudah bersedia,inform dekat akak ye.Kirim salam dekat ummi dan abi Wardah dengan lafaz ‘Assalamualaikum.’Akak menantimu memanggil akak sebagai Kak Long bukan Kak Masyitah lagi.Assalamualaikum.Uhibbuki fillah.

~K.Masyitah~


‘Ya Allah,secepat inikah?Wildan?Sudah lama aku rasa terbuka untuk menerimanya selepas beristikharah semasa kali pertama bertentang mata dengannya.Ya Allah,Kau sebaik-baik perancang,Kak Masyitah seperti betul-betul mengharap… Alhamdulillah.’ungkap Wardatul Shaukah syukur.

***


“Alhamdulillah,jadi kedua-duanya dah setuju ye?,”tanya Pak Cik Wahab ayah kepada Wildan memastikan.

Wildan dan Wardatul Shaukah mengangguk tanda setuju untuk meneruskan ikatan pertunangan mereka.

“Alhamdulillah,”semua yang hadir mengungkap syukur kerana majlis berjalan lancar pada pagi itu seperti yang diharapkan.

***

“Ummi,Abi,Iqah minta maaf pasal kes…,”belum sempat kata-katanya ingin diluahkan,Mak Cik Naemah memotong.Dia sudah biasa menggunakan nama manjanya ‘Iqah’ sebagai pengganti diri di depan Ummi dan Abinya.

“Shh…Iqah,Iqahlah satu-satunya anak kami.Kami yang bela Iqah dari kecil sampai sekarang ni.Ummi bangga dapat anak solehah macam Iqah.Ummi kenal Iqah,kenal lebih dari pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam tu,mereka main serbu je tanpa usul periksa.Iqah,jangan ungkit lagi hal yang dah lalu ye,jangan minta-minta maaf lagi.Sekarang teruskan hidup Iqah,InsyaAllah Ummi lihat Wildan tu baik sekali adab dan penampilannya.Sejuk mata memandang. Iqah dah jadi tunang orang,Iqah kena bersedia dari sekarang,bersedia untuk menjadi isteri solehah,Iqah tak boleh sedih-sedih depan suami nanti ye,kita kena jaga hati suami.Lagi satu,sepanjang ikatan pertunangan ni,ummi harap Iqah menjaga pergaulan dan hati dari mengingati Wildan.Iqah kena mujahadah betul-betul,kalau ada ape-ape,gunalah orang tengah ye.Masyitah kakak Wildan pun ade kan.Tak lama pun,lepas exam STAM,Iqah dan Wildan akan disatukan.Ummi Cuma mengingatkan,ummi tahu Iqah faham semua ni.Iqah,pasal kes dulu,Iqah jangan lah fikir sangat,kita tahu Allah mengetahui segalanya,Allah tahu Iqah tak salah,so Iqah kena tenang,kita hidup untuk dapat keredhaan Allah kan..,”pujuk Mak Cik Naemah berbaur sebak,tidak sanggup melihat anak kesayangannya difitnah sebegitu rupa walaupun perkara itu sudah sebulan berlalu.

“Ye Iqah,betul cakap Ummi tu,Abi bersyukur sangat,walaupun abi dapat seorang saje anak,tapi yang seorang ni sangat bernilai bagi kami.Sangat berharga,Alhamdulillah.Abi bangga,Abi bangga Iqah,Abi bangga Iqah tabah mengharungi hidup ni,tidak mudah putus asa.Abi harap,dekat asrama nanti,Iqah tumpu betul-betul pelajaran,Iqah jangan rindu bakal suami Iqah lebih dari penciptanya ye,”Pak Cik Arif meluahkan segala yang terbuku di hatinya,dan memberi peringatan kepada anak kesayangannya.

Wardatul Shaukah berasa sangat terharu,air matanya mengalir laju menuruni pipinya sehingga membasahi telekung yang masih dipakainya selepas solat Maghrib berjemaah dengan Ummi dan Abinya.Pada keesokannya ,Wardatul Shaukah akan mendaftar untuk masuk ke tingkatan enam Sijil Tinggi Agama Malaysia di Maahad al-Tarbiah al-Islamiah yang berada di Trong.

“Terima kasih ummi,abi, Iqah juga bersyukur kerana mendapat ibu bapa yang betul-betul menjaga dan membesarkan Iqah dengan penuh kasih sayang dan dengan segala didikan agama.Iqah akan ingat segala nasihat dan pesanan ummi,abi.Iqah faham,sebagai hamba Allah,Iqah tidak boleh mencintai seseorang lebih dari Allah s.w.t.Terim kasih atas peringatan ummi dan abi. Iqah ingat lagi Ummi,Abi,masa Iqah darjah enam,semasa Kem Motivasi Pelajar,Iqah dan kawan-kawan menyanyikan sebuah lagu nasyid dari kumpulan Aeman,tajuk dia ‘Wahai ayah dan ibu’.Kami tujukan kepada semua ibu bapa kami,agar mendidik kami dengan didikan agama yang sebenar.Termasuk ummi dan abi Iqah,”suara Wardatul Shaukah makin tenggelam dalam esakan.Dia melantunkan bait-bait lirik lagu tersebut dalam keadaan teresak-esak memeluk ibu kesayangannya.

Dia mengenang kembali lagu yang paling menyentuh hati kedua ibu bapanya pada saat dia bersama kawan-kawan yang lain menyanyikannya untuk majlis penutup Kem Motivasi Pelajar itu.Rentaknya sungguh syahdu dan seperti sangat mengharapkan didikan seperti itu daripada kedua ibu bapa masing-masing.

Wahai ayah dan ibu...
Dengarlah rintihan anakmu
Pimpinlah diriku ini
Dijalan penuh berduri

Berilah ilmu mengenal Tuhan
Pencipta diri ini
Selamatkan dari tipuan dunia
Menuju alam yang abadi

Ilmu akhirat wajib dipelajari
Bekalan untuk bertemu Illahi
Ilmu duniawi boleh dicari
Panduan hidup untuk berbakti

Ayah dan Ibu ini impianku
Ingin menjadi anak yang soleh
Menolong ayah membantu ibu
Terus berbakti di negeri abadi

Oh Tuhan beri kekuatan iman
Pada kedua Ayah dan ibuku
Kau ampunkan segala kelemahan
Sentiasa dalam bimbingan-Mu

Setiap detik setiap saat
Berada dalam redha-Mu
Jalan yang lurus ditunjukki
Tuhan jadi sahabat sejati

Ketiga-tiga beranak itu hanyut dengan tangisan masing-masing,mereka semua berpelukan,kasih-sayang antara mereka makin mekar hanya kerana Allah.

“Tengok tu,tuuuuuuu…,”kata Mona sambil menghala jari telunjuknya kearah Fana.

“Nape wei?Sape?,”balas Ella ingin tahu.

“Alah kau ni Ella,takkan tak nampak,kawan kita lagi sorang tu la,sejak abang presiden kita tu masuk,asyik termenung je tau.Ape lah kau ni,tak tahu perkembangan semasa langsung!,”jelas Fika pula.

“Owhhhh…pasal tu..aku tahulah..Fana tu,nampak je tomboi,tapi bila nampak laki hensem…ish ish ish kita pun tak dilayannya.Adoyai!,”ujar Ella sambil menepuk tangan ke dahi.

“Assalamualaikummm…amboi amboi ambai,eh,macam Azwan Ali la pulak.Huhu…,Amboiiii….mengumpat aku nampak?Sampai tak sedar aku datang…ade yang nak kena penerajangan aku ni…!,”sampuk Fana dari arah belakang mereka bertiga dengan mimik muka bengang dan mencekak pinggang.

“Woo woo wooo,relaks relaks…kami bukan ngumpat,kata je…,”ujar Mona gurau.

“Kata belakang orang kira mengumpat la tu,kau tahu tak,orang mengumpat ni,kat akhirat nanti,dia kena makan daging orang yang dia umpat tu.Korang bertiga nak makan daging aku ke?Sanggup?,”ugut Fana semangat.

“Ala tak nak la,kami gurau je.Tak de la,kau tu,asyik sangat tengok orang tua tu,dengan geng sendiri pun tak layan..pe ar punya kawan..,”kata Fika dengan nada merajuk.

“Eh..hello..correction…bukan orang tua k..Wildan..W.I.L.D.A.N,huhu,name pun hensem that’s why dia hensem…kalaulah aku dapat duduk sebelah dia…,hihihi,”senyum Fana sehingga ke telinga.

“Ish dia ni,berangan pulak dah…hei,dengar ni,dia tu form six,Presiden MPP sekolah kita,yang kau tu pulak,pelajar biasa,form five,form five k…beza tuu…lagi pula geng kita ni suka wat kes…macam polis dengan pencuri la…sedar ye kawanku..,”ujar Ella menepuk-nepuk pipi Fana.

“Eleh,jeles katalah jeles…aku Fana lah,semua laki suka kat aku punya,termasuk abang kesayanganku itu,aku dah tak buat kes macam dulu,aku dah jadi baik tau.”kata Fana bangga.

“Ooo..patutlah…baru aku perasan,dia bagi salam kan tadi,lagi pula bagi tazkirah pulak pasal mengumpat,a’ah la,Fana kita dah jadi baik..huyyo bravo bravo..,”ujar Fika sambil menepuk tangan.

Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnggggggggggggggg…..

Loceng berbunyi menandakan berakhirnya waktu rehat mereka.

“Jom masuk kelas,sat gi,Ustaz Am masuk,tak pasai pasai kena denda…jom ar..,”ajak Fika bimbang.

“Jap ar,aku nak tengok buah hatiku ni…erm,abangku,aku makan tak lena,tidur tak basah,mandi tak kenyang…ooohh..bila lagi dapat berjumpa…,”ujar Fana menggedik.

“Wei kau ni Fana,nak jiwang pun bertempatlah sikit,kat kantin pun boleh ke…dahlah ayat tonggang terbalik,dengaq di Ustaz Ramli,mesti kena piat telinga tu…,”kata Mona dengan menggayakan tangannya.

“Ok ok..jom…!,”ajak Fana selepas buah hatinya berlalu,hilang dari pandangannya.

***

“Alamak…Ustaz Am dah masuk…duh…abis la kita..,”kata Fika sebelum sampai di depan pintu kelas.Kedengaran suara Ustaz Am mengajar Sejarah di dalam kelas mereka berempat.

“A’ah la,macam mana ni,nak masuk tak?Takut la.Malu wei,asyik kena denda je,ni Fana ar punya pasal!,”balas Mona bengang.

“Nape aku pulak,sape suh tunggu,aku tak suruh pun…,”jawab Fana ego.

“Ish..kau ni..,dah buat tak ngaku pulak..,”balas Mona pula.

“Bukan salah aku..,”balas Fana pula dengan suara mengada.

“Wei korang ni,boleh tak jangan bertekak masa ni,kalau Ustaz Am dengar nanti…,”belum sempat Ella menghabiskan kata-katanya.

“Masuk..!Maaasuk!Ape korang berempat buat kat luar ni?Nak kena denda?,’’jerkah Ustaz Am tiba-tiba.Mungkin mendengar keriuhan sebentar tadi.

“Ambik meja dan kerusi masing-masing,susun beratur kat luar..pergi sekarang!,”arah Ustaz Am tegas.Sudah biasa mereka dengar jeritan dari Ustaz Am,alah bisa tegal biasa.Lagi pula Ustaz Am juga guru disiplin sekolah mereka.Mereka kerap berdepan dengan Ustaz Am kerana ponteng kelas,makan luar dari asrama,dan macam-macam lagi.

Semua guru di sekolah itu digelar ustaz dan ustazah,tidak kira apa yang diajar mereka,Sejarah,Bahasa Malaysia,Matematik,Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris juga.

“Baik ustaz,”serentak mereka menjawab.

“Alamak malunya,kau lah ni Fana,”geram Fika sambil mencucuk Fana yang berada dihadapannya.

Fana berada di bahagian depan sekali,diikuti Fika,Mona dan Ella.

“Alah.sorry sorry..lain kali kita masuk awal k..ampun…,”

“Ha macam tu la..ngaku dong..,”sampuk Mona pula.

“Ok..aku ngaku,maaf k,nanti aku belanja korang.”pujuk Fana.
Mereka semua bercakap antara satu sama lain,tapi mata melihat ke arah Ustaz Am yang sedang mengajar.Cover line.

“Wei,korang kat luar ni leh diam tak?,bagitahu ustaz nanti…,”Farhan mengugut,perhatiannya terganggu dengan kebisingan mereka berempat yang berada di sebelah luar tingkap Farhan.

“Okeh okeh,kami diam,”jawab Fana mewakilkan.

‘Alamak..nape dia lalu pulak kat sini,adoi..malunye,’bisik Fana sendiri bila mana melihat kekasih hatinya menuju ke arahnya.

‘Kelas diorang kan kat bawah,adoyai…sorok-sorok.’,sambungnya lagi sambil memegang tinggi buku teks Sejarah menutup mukanya.

Selepas lalu saja kekasih hatinya itu,perlahan-lahan Fana menurunkan bukunya.
‘Huh,lega,dia tak nampak aku kot.’getus hatinya.

“Mak nenek kau…!Ustaz…!terkejut saya...,”jerit Fana melatah.Tiba-tiba sahaja terpancul kepala Ustaz Am dibalik buku sejarahnya.

“Hahahahahaha …,”satu kelas ketawa melihat telatahnya dari awal lagi.

“Ooo terkejut…yang kamu tu berangan kenape?Tak dengar ape yang saya ajar…!Bermain je dari tadi.Ingat kamu tu SPM,SPM faham..!Kamu bertiga masuk!Biar dia sorang duduk kat luar ni.”arah Ustaz Am lagi.

Fana mencuka.

“Ta…Fana..hehehe…,”ujar Fika ketawa kecil melihat Fana ditinggalkan keseorangan diluar kelas sambil melambaikan tangannya.Begitu juga dengan Mona dan Ella.

‘Huh!Ustaz kejam!Tak adil!Benci!,’monolong Fana sendiri.

***

Sementara di dalam kelas tingkatan 6 STAM...

“Dan…ape ek nama penolong kau,maksud aku penolong MPP…,?”soal Azam buat-buat tidak tahu.

“Erm,Wardah…kenape?,”balas Wildan pelik.

‘Takkan dia tahu Wardah tunang aku?Tak mungkin,tak mungkin.,”bisiknya dalam hati.

Hal pertunangan mereka langsung tidak diketahui sahabat-sahabat mereka,kecuali Ustaz Halim dan Ustazah Hasyimah yang menjadi orang tengah mereka.Sepasang suami isteri itu dijadikan platform mereka bersuai kenal juga perbincangan mereka jika ada sebarang aktiviti.Mereka tidak pernah berjumpa berduaan kerana tugas,ikhtilat sangat dijaga.Mereka menggunakan tempoh pertunangan mereka itu sebaik mungkin mengenal sesama sendiri disamping tidak melupakan batasannya.

“Tak delah,dia tu nampak baik lah,sopan,pendiam,tengok tu rajin lagi,dia sorang je study,yang lain….bersembang je,mengumpat la tu,ermm kagum aku ngan dia tu.,”puji Azam ikhlas,matanya melirik kepada Wardatul Shaukah yang khusyuk menghafal sesuatu.

Wildan menarik nafas sedalam-dalamnya.Dan melepaskannya.Seperti terlalu sukar untuk membalas pengakuan Azam sebentar tadi.

Wildan menarik nafas sedalam-dalamnya.Dan melepaskannya.Seperti terlalu sukar untuk membalas pengakuan Azam sebentar tadi.

‘Ya Allah,tak pernah aku rasa secemburu ni.Ya Allah jauhilah hatiku dari cemburu buta ini.Perasaan ku ini hanya layak padamu ya Allah.Ya Allah berilah aku kekuatan…,’
Doanya dalam hati.

“Ye ker,Alhamdulillah,bagus kita kagum dengan seseorang,tapi kita ambil ape yang terbaik dari orang itu,jangan kita lalai kerana mengingati dia.Lagi pula dia bukan sejenis dengan kita.Dia wanita,wanita ni fitnah terbesar bagi lelaki pada akhir zaman ni.Ini Nabi sendiri yang cakap.Maksudnya ia sangat penting.,”jelas Wildan bimbang dengan sikap sahabatnya itu.

“Owh..tak de la sampai macam tu,tapi aku macam syok ar kat dia,nampak sempurna je dimata aku.Hehehe.Tapi syaitan ke yang buat macam tu?,”tanya Azam minta kepastian.

“Iye,tak dinafikan juga.Disebalik seorang perempuan ada syaitan menyerupai mereka.Syaitan itu yang menjadikannya kelihatan cantik dan sempurna pada mata lelaki,sebab itu kita kena jaga pandangan.Tapi ingat, bila kita tengok perempuan tu biasa-biasa je,kira bukan idaman kebiasaan lelaki la,jangan terlalu ego,kita kata kita takkan suka dia,sebab syaitan boleh buat dia sangat-sangat cantik di depan kita.Dengan izin Allah juga.Jadi betapa pentingnya perintah menundukkan pandangan,ye sahabat..!,”terang Wildan mengharapkan kefahaman Azam.

“Ooohh ye ke,astaghfirullah…sampai macam tu sekali,jahatnya syaitan..!,”ungkap Azam istighfar seperti baru tersedar akan kesilapannya tidak menjaga pandangan.Tetapi perasaan ingin mencintai tetap disimpan di dalam hati tanpa bermujahadah dari diselaputi zina hati.

***

Wardatul Shaukah dilantik sebagai ketua umum di Asrama Baitul Nur Aliah(ABNA)
kerana dia yang paling berusia di dalam asrama.Ketika mula dia memasuki asrama,banyak pertanyaan tentang dirinya dibangkitkan.

“K.Wardah kenape masuk lambat tingkatan 6?”

“Akak sebelum ni belajar mana?Kenape umur akak 21?”

“Akak tahfiz ke?”

Jawapan Wardatul Shaukah senang sahaja.

“Akak peralihan…peralihan dari matrik ke STAM,”perlahan saja Wardatul Shaukah menyebut ‘peralihan dari matrik ke STAM’.

Wardatul Shaukah tidak menipu,tetapi membuat helah.Dia tidak mahu jika memberitahu perkara sebenar keadaan menjadi kacau-bilau.

Wardatul Shaukah membuat helah,kerana Rasulullah s.a.w juga pernah berbuat begitu.

Tika mana satu hari Rasulullah berjalan-jalan,tiba-tiba seorang pemuda lari ketakutan melepasi beliau.Tidak lama selepas itu,ada seorang lelaki bertanya,
“Masa awak duduk kat sini tadi,ada nampak orang lari tak?”

Rasulullah bergerak sikit kebelakang dan menjawab,
“Ketika saya di sini,saya tidak nampak.”

Begitulah bijaknya Rasulullah,beliau tidak mahu terlibat menolong orang lelaki itu kerana takut pemuda tadi dicederakan.Beliau tidak menipu,tetapi menggunakan helah.
Wardatul Shaukah membuat banyak pembaharuan di asrama yang mempunyai tiga blok itu.Blok A,B, dan C,semuanya bersambung panjang.Di awal bilik,ada sebuah bilik kecil untuk Ketua dan beberapa Ajk asrama.Dan di hujung sekali bilik,bilik air serta tandas ditempatkan.Manakala di bahagian luar,dinding bercantum dengan blok,disediakan tempat untuk solat,panjang hingga ke pintu keluar.

Wardatul Shaukah telah memutuskan banyak perkara setelah berbincang dengan penolong dan semua ajk-ajk yang lain.

1- Setiap waktu solat mesti berjemaah,kecuali keuzuran.
2- Baca al-Ma’thurat berjemaah setiap kali selepas Subuh dan Asar,termasuk yang
ma’zurah.
3- Setiap minggu bergotong-royong di kawasan asrama.
4- Berpuasa sunat Isnin dan Khamis.
5- Membaca surah al-Mulk sebelum tidur dan meminta maaf kepada sahabat-sahabat
terdekat.
6- Qiamullail.
7- Solat sunat dhuha.
8- Tazkirah selepas Subuh dari wakil setiap blok pada pagi Subuh dan Ahad.
9- Menghormati sahabat-sahabat yang lain ketika waktu apa pun.
10- Hafal 5 surah-surah lazim yang akan ditasmi’ semasa halaqah.
11- Riadhah selepas aktiviti ibadah pada pagi sabtu.
12- Muhasabah diri pada setiap minggu akhir sebelum balik ke rumah.
13- Berzikir,ketika masa terluang.
14- Memakai kain batik di siang hari dan seluar panjang di malam hari.
15- Bersopan dan berakhlak dimana saja berada.
16- Tidak dibenarkan bergelak ketawa secara melampau,lebih-lebih lagi di waktu senja.

*Peraturan ini terbuka pada semua penghuni-penghuni ABNA.
*Dilakukan dengan niat hanya kerana Allah s.w.t.
*Jika rasa terpaksa,tidak perlulah anda semua mengikutinya.
*Buat sekadar termampu.

“DUNIA MENYEDIAKAN JALAN KEPADA ORANG YANG PUNYA TUJUAN.BILA TUJUAN SEORANG HAMBA MENUJU ALLAH,PASTI AKAN DITUNJUKKAN-NYA MENERUSI SUNNAH!”


Begitulah helaian kertas yang telah ditampal di dinding setiap blok di ABNA.

Wardatul Shaukah tidak mahu memaksa perkara-perkara sebegitu untuk dilakukan,kerana bimbang menimbulkan pergaduhan dan rasa tidak puas hati segelintir pelajar.

Pada mulanya,penyertaan ahli-ahli ABNA amatlah sedikit,hanya dua tiga orang sahaja.Wardatul Shaukah hanya mampu mengadu dan berdoa kepada Rabbnya agar Allah melapangkan hati-hati adik-adiknya yang lain menerima kebenaran.Dia tidak marah,tetapi kerap didekati ahli-ahli asramanya itu,bertanya tentang ahli keluarga dan masalah-masalah lain agar ukhwah yang terjalin kerana Allah itu akan berkekalan hingga akhirnya.Itu membuatkan penghuni-penghuni ABNA selesa dengannya.Kerap dia menjadi kaunselor bagi adik-adiknya itu.Sehingga sekarang boleh dikatakan hampir semua penghuni-penghuni ABNA mengikuti peraturan serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Hanya Mona,Fana,Fika dan Ella sahaja masih belum terbuka untuk menyertainya.Bagi mereka itu tidak penting.

Wardatul Shaukah tidak lupa untuk merancang sesuatu yang boleh menarik perhatian penghuni ABNA mematuhi segala peraturan dan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.

Dia mengarahkan setiap ketua blok membuat satu jadual,ditulis nama setiap ahli blok,peraturan dan aktiviti-aktiviti,dan akhir sekali ruang untuk gambar bintang dilekatkan setiap hari oleh Ketua blok masing-masing sebagai anugerah kerana menyempurnakan segala aktiviti-aktiviti tadi.

Setiap akhir bulan,bintang-bintang yang memenuhi ruangannya,akan diberikan ganjaran oleh Wardatul Shaukah.Selalunya dia akan membuat nama yang dililit benang di atas batang aiskrim khas buat adik-adiknya itu.

***

“Kak Wardah,ceritalah dekat kami tentang hati.Esya rasa tak tenang la sejak kebelakangan ni.Macam mana nak bagi semangat balik?Hati ni macam tengah sakit je,” tanya Aleesya mengharap.

Beberapa penghuni asrama itu mengerumuni Wardatul Shaukah di musolla ABNA ketika dia baru usai membaca al-Quran selepas solat Maghrib.

“Ha?!Hati pun sakit ke?,”tanya Khadijah pelik,tidak pernah didengarnya pula.

“Baik adik-adik.Sebelum tu,akak nak bagi tahu yang hati ni diibaratkan seperti raja yang memerintah semua bala tenteranya iaitu pancaindera.Seluruh pancaindera adalah dibawah arahan dan kuasanya.Ia boleh membawa pancaindera berjalan di atas jalan yang lurus atau menyimpang ke jalan yang bengkok.Hati juga dipertanggungjawab sepertimana pancaindera yang lain.Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud:

“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota ini tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada jasad itu ada segumpal darah,jika ianya baik,maka baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak,maka rosaklah keseluruhannya.Sesungguhnya ia adalah hati.” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Semakin lama semakin ramai yang berminat mendengar tazkirah yang tidak dirancang itu.Mereka semua khusyuk mendengar dan bertanya sekiranya ada soalan.

“Sebelum akak menjawab pertanyaan Aleesya dan Khadijah,akak nak bagi tahu jenis-jenis hati.Siapa tahu?,”

“Erm,hati lembu?,”jawab Solehah selamba.

“Hati batu kot.”jawab Nurin pula.

“Eh,bukanlah,hatiku milikmu,hehehe,”ujar Khaliesah pula turut membuat orang disekeliling ketawa kecil.

“Apa yang adik-adik cakap itu betul,tapi bukanlah jenis yang akak ingin cakapkan sekarang.Sebahagian ulamak telah membahagikan hati kepada tiga jenis.Pertama,hati yang sejahtera,kedua,hati yang mati,dan yang ketiga hati yang sakit.”

“Owhh..baru tahu,ada juga ek macam tu,macam kehidupan seharian kita juga.Kita sihat,sakit dan mati.,”kata Khadijah membuat kesimpulan apa yang difahaminya.

“Macam mana nak tahu hati kita sakit atau sihat kak?,”tanya Khadijah ingin tahu.

“Alamat atau petanda hati yang sakit ialah,tuannya tidak terasa sakit dengan turihan-turihan maksiat,tidak terasa sakit tentang kejahilannya terhadap hak dan kebenaran.Sebaliknya hati yang sejahtera akan terasa sakit dengan adanya keburukan dan kejahatan.Di antara petanda-petanda hati yang sakit ialah penolakannya terhadap ‘makanan-makanan hati’ yang manfaat,sebaliknya sedia menerima makanan-makanan hati’ yang memudaratkan.Tiada makanan ynag lebih bermanfaaat daripada iman dan ubat yang paling mujarab daripada al-Quran.

Petanda-petanda hati yang sihat pula ialah dia meninggalkan alam dunia,seolah-olah berada di alam akhirat,cintanya hanya kepada Allah SWT mengatasi segala kecintaannya kepada yang lain,apabila berada dalam solat,hilang segala kerungsingan terhadap runtunan-runtunan keduniaan,tidak tenang kalau tidak menyebut nama Allah SWT .Dan banyak lagi sebenarnya.”

“Erm..akak,Kinah kelirulah,apa maksud akak yang meninggalkan alam dunia,seolah-olah berada di dalam akhirat?Maksudnya dia tak keluar rumah ke?Asyik solat je.Macam tu?,”tanya Sakinah keliru.

“Bukan begitu,maksud di sini,manusia datang ke dunia ini sebagai ‘pendatang’ atau penumpang lalu sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dari ‘Abdullah ibn ‘Umar yang bermaksud:

“Jadikan dirimu di dunia ini seolah-olah kamu hanya pendatang atau penumpang lalu sahaja”.Riwayat al-Bukhari.

Jadi maksudnya kita jangan terlalu leka di dunia ni,di sini bukan tempat sebenar kita,kita kena menyediakan bekal untuk akhirat sana,iaitu tempat kita yang sebenar dan kekal.Contohnya,kita ni ibarat orang Malaysia belajar di Mesir.Mesir tempat sementara je untuk kita,kita asing di situ…,”belum habis kata-katanya dipotong.

“Ooowh..akak,akak Kinah faham.Maksudnya,Mesir tu ibarat dunia kan.Dan Malaysia pula akhirat,begitu?,”jawab Sakinah semangat dan tersenyum bangga dengan jawapan yang diberinya.

“Na’am ya ukhti Sakinah…Alhamdulillah.Semangat beginilah yang kita mahu.”

Sakinah tersenyum malu di atas pujian yang diberikan.

“Hehehe,syukran kak.Biasa-biasa je.,”

“Adik-adik semua tahu tak apa dia racun-racun yang merosakkan hati?Ermm…,”uji Wardatul Shaukah kepada penghuni ABNA yang makin ramai mengelilinginya.

“Entah kak,tak tahu.Apa dia kak?Macam bahaya je.,”tanya Solehah sambil merenung tepat kearah Wardatul Shaukah.

“Ya,memang bahaya.Jika tidak dijaga sakitlah hati dan boleh jadi matinya hati-hati kita ni.Racun-racun tersebut mengikut al-Quran dan as-Sunnah ialah,cakap yang berlebih-lebihan,memandang secara berlebih-lebihan,makan minum secara berlebih-lebihan,dan bergaul secara berlebih-lebihan.Jadi semua tentu faham kenapa kita kena sederhana dalam setiap keadaan kan.Dan ingat,jangan bayak ketawa,tapi banyakkanlah menangis.Kerana ape?Kerana bila kita banyak ketawa,matilah hati.”lancar Wardatul Shaukah menerangkan satu persatu ilmu yang telah dibacanya mengenai hati.

“Ooo faham-faham kak.Patutla.Rasa tak tenang je.Semuanya Esya berlebih-lebihan.Terutamanaya ketawa kak. Pastu macam mana nak hidupkan hati ni semula kak?,”tanya Aleesya lagi.

“Akak ringkaskan ye,hampir masuk waktu Isyak ni.Baiklah,kita hidup perlukan makanan,nak hidupkan hati juga perlukan makanan.Apakah makanan-makanan itu?,”pertanyaannya yang tidak mengharapkan jawapan.

“Makanan-makanan yang akak maksudkan di sini ialah,zikrullah,membaca al-Quran,istighfar,berdoa,selawat,qiamullail,bezuhud di dunia dan banyak lagi.”

“Zuhud macam mana Kak Wardah?,”tanya Nurin.

“Zuhud yang benar ialah memahami hakikat dunia, lalu meletakkan dunia di tangan, bukan di hati, agar kita tidak sedih ketika gagal mendapatkan sesuatu di dunia ini. Zuhud tidak semestinya kita kaya mahupun miskin. Tapi berpada dengan apa yang ada. Walaupun kita berharta, kita tidak nampak macam orang kaya. Kita boleh menjadi kaya, tapi hakikatnya, di hati kita, akhirat adalah fokus kita yang utama dan yang sebenarnya. Dalam dunia yang materialistik hari ini, tidak mudah untuk kita menjadi manusia yang zuhud. Toleh kanan toleh kiri, manusia berlumba-lumba mengejar dunia sehingga sanggup merasuah dan diberi rasuah. Yang miskin pula, rela mencuri dan merompak demi meraih kesenangan hidup di dunia. Semoga Allah memelihara diri kita agar dunia ini jauh untuk kita letak di hati. Wallahu’alam,”terang Wardatul Shaukah makna sebenar ‘Zuhud’ mengakhiri perkongsian ilmu pada malam itu.

Azan mula berkumandang menandakan sudah masuk waktu Isyak.Wardatul Shaukah mengimamkan solat pada malam itu.

“Wei cepat-cepat masuk.Diorang tengah solat tu.,”bisik Mona menolak Ella yang berada di depannya masuk ke blok mereka.

Mereka menyelinap masuk bagaikan pencuri kerana baru sahaja keluar tanpa minta kebenaran dari Ketua Umum,warden apatah lagi.

“Ye la ye la,kejap…,”Ella pula bersuara.

“Korang masuk je,jangan cakap leh?Rilek ar nak takut pe?,”Fana pula menyampuk selamba.

“Aku bukan takut,tapi tahu je lah mulut si Aqilah tu,mentang-mentang la Ajk Disiplin,berlagak giler.Kak Wardah pun tak macam tu.Huh!,”keluh Mona.

“Woi!Korang berempat di sana…!Mari sini..!,”jerkah Aqilah sambil mencekak pinggang dengan muka yang merah menahan marah.Aqilah,pelajar tingkatan 5 sains yang cukup tegas dan garang muak melihat muka yang sama membuat kesalahan.

“Ha..kaulah sebut nama dia sangat, kan dah datang..aduh!,”kata Fika pula menyalahkan Mona.

Malam itu Wardatul Shaukah tidak membiarkan 4 sekawan itu terlepas begitu sahaja.Dia sengaja mahu melihat mereka berempat berbuat apa yang mereka mahu terlebih dahulu.Pada malam itu,Wardatul Shaukah memanggil empat sekawan itu masuk ke biliknya.

Lampu ditutup,hanya sinaran bulan yang menerangi bilik itu.Suasana sunyi sepi.Jauh dari keriuhan suara-suara penghuni yang lain kerana waktu itu adalah waktu prep di kelas.Di Asrama Baitul Nur Aliah hanya tinggal mereka berlima.Wardatul Shaukah sengaja memilih waktu itu untuk muhasabah diri.

Sunyi sepi.Cuma kedengaran bunyi cengkerik dan katak berselang-seli.Hujan makin lebat membasahi bumi.Suasana sejuk dan nyaman dirasai.Tenang sekali.Subhanallah!

“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…,”

“Waalaikumussalam Kak Wardah.,”jawab mereka serentak.

“Adik-adik tahu kenape akak panggil ke sini malam ni?,”

“Tahu kak,kami kuar tanpa kebenaran.Tapi kenape akak baru panggil kami malam ni?Mesti budak becok tu yang mengadu kan…,”tuduh Fana ditujukan kepada Aqilah.

“Tidak Fana,tidak sama sekali.Malam ni,akak sendiri yang memanggil kalian semua.Tiada kaitan dengan yang lain.”

“Akak,hukum je kami kak,kami sanggup terima hukuman dari akak dari si mulut becok tu,”ujar Fana ikhlas.

“A’ah kak,betul betul betul,”sokong Mona,Fika dan Ella.Mereka berempat lebih selesa dengan Wardatul Shaukah,walaupun mereka tidak melakukan segala aktiviti yang ditetapkan,mereka sangat menghormati beliau sebagai Ketua Umum di situ.

“Baiklah,sebagai hukumannya,akak nak adik-adik semua pejamkan mata.,”

“Eh,akak macam nak bagi hadiah je ni,hehe romantiknya rasa.Dahla gelap,pejam-pejam mata pulak,hihi,”Ella bersuara.

“Ish kau ni,leh diam tak.Kita tengah kena hukuman ni,mana boleh happy happy.Shhh…,”bisik Fana menolak bahu Ella yang berada di sebelahnya.

“Dan semua kena diam,tidak dibenarkan bercakap.Ikut saja apa yang akak cakap k..,”arah Wardatul Shaukah sopan berbaur ketegasan.

“Pejamkan mata…
Kosongkan fikiran…
Hilangkan segala masalah yang membelenggu di dalam kepala…
Bayangkan wajah yang paling anda semua sayang…
Terutama emak dan ayah kalian…
Bayangkan kasih sayang yang telah mereka curahkan..
Hilangkan segala kebenciaan dari dalam diri kepada mereka…
Kenang segala pengorbanan mereka buat adik-adik…
Renungkan,ketika mana ibu bapa adik-adik memanggil,

Fana…
Fana…
dimana kamu Fana…
mak rindukan Fana…

Ella…
di mana kamu nak…
abah nak jumpa kamu…
belajar betul-betul nak…

Fika…
mak dan ayah sangat-sangat sayang pada Fika…
Belajar sungguh-sungguh nak…
Jadi orang berguna…

Mona…
ayah nak kamu berjaya nak…
Jangan kecewakan ayah..
Monalah harapan ayah…
Bantulah keluarga kita nak…,”Wardatul Shaukah bernada sayu.Dia tahu Ella dan Mona kehilangan seorang ibu ketika masih kecil.Manakala Fana pula kehilangan ayah.Cuma Fika sahaja yang masih mempunyai kedua-duanya.

“Bayangkan adik-adik,saat ini,ibu bapa adik-adik sangat rindukan adik-adik…mereka memanggil nama adik-adik,mereka sentiasa berdoa kebaikan adik-adik…
Dalam fikiran mereka,mereka hantar adik-adik ke sini,untuk berubah menjadi anak yang solehah,remaja beradab,hamba yang patuh kepada Tuhannya…

Pernah tak Fana buat dosa dekat ibu?
Pernah tak Ella menengking abah?
Pernah tak Fika memarahi ibu dan ayah Fika?
Dan pernah tak Mona menderhakai ayah?

Renungkan adik-adik,ingat balik apa dosa yang telah adik-adik lakukan pada ibu bapa adik-adik,adakah sempat kita meminta maaf pada mereka?Adakah sempat?…,”suara Wardatul Shaukah berbaur tangisan.

Esakan adik-adik di depannya mula memecah kesunyian,semakin lama semakin kuat.Seperti melawan bunyi guruh yang berdentum saat itu.

Fana,Fika,Ella dan Mona menghayati segala yang ditutur oleh Wardatul Shaukah satu persatu.

“Fana,Fika,Ella,Mona,bila?Bila adik-adik nak mohon maaf pada mereka semua?Macam mana kalau Allah tarik nyawa mereka sebelum adik-adik balik hujung minggu ni?Macam mana?SPM tidak lama lagi.Apa harapan mak ayah adik-adik?Mereka semua mengharapkan yang terbaik dari adik-adik semua.
Fana jawab soalan akak ye.

Fana ada buat salah dengan mak tak?”,

“Ada kak…ba..banyak…isk isk isk…,”tersekat-sekat Fana menjawab,esakannya semakin memuncak.

“Bila Fana nak minta maaf pada mak Fana,?”

“Cuti hu…jung minggu ni kak…,”

“Fana…tika mana Fana bertekad,hujung minggu ni,Fana nak mintak maaf pada mak.Fana sayang mak.Fana cinta mak.Sampai saja Fana di depan pintu pagar rumah.

Eh,kenape ramai sangat orang ni?kenape banyak sangat kereta ni?Mak…mak…!
Fana berlari masuk ke dalam rumah.Sekujur tubuh dibaluti kain putih terbaring di atas hamparan tikar mengkuang.Dikelilingi jiran-jiran membaca Yassin untuk si mati.

Perlahan-lahan Fana mendekati tubuh itu,perlahan-lahan menyelak kain putih itu ingin mengecam siapakah dia…tiba-tiba…,”Wardatul Shaukah melakonkan watak Fana pada saat itu dengan penuh penghayatan.Tiba-tiba kalamnya dipotong.

“Tak nak kak..tak nak…!Akak…Fana tak sanggup kak,Fana dah kehilangan ayah,Fana tak sanggup kehilangan mak pula.Fana sayang mak walaupun Fana selalu marah mak sebab tak ikut kemahuan Fana.Fana tak nak mak mati,Fana tak nak jadi yatim piatu kak,Fana nak minta maaf kat mak,Fana nak minta maaf sekarang kak,Fana nak belajar sungguh-sungguh,Fana tak nak main-main dah,Fana nak buktikan kat mak,Fana boleh,Fana nak bantu mak,tapi jangan ambil nyawa mak Fana,Fana sayang mak….,”jerit Fana teresak-esak dan tersedu-sedan menahan tangisan.Betul-betul menyesal atas perbuatannya.

Wardatul Shaukah,Mona,Fika dan Ella,terharu mendengar pengakuan Fana.Tidak pernah dilihat dia menangis sebegitu rupa.

“Fana…pergilah..pergilah telefon mak Fana sekarang,selagi belum terlambat.”lembut Wardatul Shaukah mencadangkan kepada Fana.Telefon awam memang telah disediakan di sebelah luar asrama mereka,iaitu di tempat solat mereka.

Pantas Fana bangun dan berlari ke bloknya mengambil syiling untuk menelefon ibunya di rumah.

“Mak…,mak…Fana minta maaf mak..,”

“Fana?Kenape ni?Fana tak buat salah pun dengan mak.Kenape nangis macam ni?”

“Mak,maafkan Fana..maafkan Fana mak.Fana banyak kali buat mak sakit hati,Fana selalu marah-marah mak.Fana akan belajar betul-betul.Fana akan bantu keluarga kita.”

“Ye Fana,ye,mak tak simpan dalam hati nak,mak sayang semua anak-anak mak.Mak maafkan segala kesalahan Fana,Mak pun sayang Fana…”,Mak Cik Salmi juga terkesan dengan tangisan anaknya.Tidak sanggup dia mendengar anaknya menangis sebegitu.Akhirnya mereka berdua tenggelam dek tangisan kasih-sayang.

Habis sahaja Fana bercakap dengan ibunya,Fika,Ella,dan Mona menyusul.Masing-masing meminta maaf dan menyesal atas kelalaian mereka selama ini.Mereka baru sedar bahawa,hidup bukan sahaja ada kawan-kawan,bukan sahaja untuk bergembira,tapi harapan mak dan ayah adalah sangat penting untuk ditunaikan.

***

Sejak kejadian pada malam itu,Fana,Fika,Ella dan Mona betul-betul berubah.Mereka mengikuti segala program dan aktiviti yang dijalankan di ABNA.Mereka makin bersungguh-sungguh untuk menghadapi SPM beberapa bulan lagi.Akhlak serta percakapan mereka juga makin berubah,sedikit demi sedikit.Mereka terpengaruh dengan ilmu-ilmu yang telah dikongsi di dalam aktiviti-aktiviti di dalam asrama itu.

Cuma Wildan masih melekat di dalam hati.Fana memendam sahaja perasaannya itu.Dia tidak tahu bagaimana mahu menyingkirkan perasaan sebegitu di dalam hatinya.Kerana ketiadaan ayah sejak kecil,dia tidak pernah merasai kasih-sayang seorang lelaki dewasa lain.Perasaan itu membuak-buak tika melihat Wildan.
Cuba dilawan rasa sayang itu...tetapi itu fitrah,susah dielakkan.Hanya mujahadah saja yang boleh dilakukannya.

“Kak Wardah,nanti lepas habis gotong-royong ni,Fana nak jumpa akak ye.Fana ada sesuatu nak tanya.”ujar Fana ketika aktiviti gotong-royong diadakan.

“InsyaAllah dik.Boleh.Nanti kita cakap kat musolla ye.,”balas Wardatul Shaukah sopan.

“Thanks kak…,”

***

“Akak,salah ke kalau Fana suka kat seorang lelaki ajnabi sebagai abang?”

“Tak salah,itu fitrah.Cuma cara kita menghadapi fitrah itu kenalah mengikut syariaat dalam Islam.”

“Erm…tapi kak,Fana bukan nak kawin,cuma nak rasa kasih-sayang seorang abang.Fana tak pernah dapat rasa kasih-sayang ayah.Fana tak de abang.Fana ada jumpa abang yang Fana kagum kat sini.Fana dapat rasa kalau dia jadi abang Fana kan best.Tapi Fana tak pernah cakap kat dia.Fana tahu,Fana dan dia macam langit dan bumi kak.Dia terlalu baik dan dihormati.Sesuai dengan akak.Fana seronok dapat rasa kasih-sayang akak kat sini.Terima kasih kak,sebab sedarkan Fana dan kawan-kawan.
Tapi Fana nak sangat rasa kasih-sayang dari seorang lelaki,”luah Fana jujur.Selama ini walaupun dia seorang yang nakal,tidak pernah dia bercinta dengan lelaki.Hanya dipandang dari jauh dan diceritakan pada kawan-kawannya.

Wardatul Shaukah tersenyum sendiri.Dia cuba mencari jawapan yang sesuai dengan pertanyaan Fana.

“Fana,Fana nak kawin tak?,”

“Mestilah nak kak.Tapi bukanlah sekarang.”

“Fana nak rasai kasih-sayang seorang lelaki,seorang abang kan.Bersabarlah sekarang adikku,tahanlah perasaan itu dulu.Jangan Fana rasa sayang yang membuak-buak pada lelaki ajnabi yang belum tentu menjadi suami Fana.Bukankah membuang masa namanya.Bila tiba saat Fana berumah tangga,masa itulah Fana luahkan segala kasih-sayang yang dipendam selama ni.Baru best,dia halal untuk kita sayangi,halal untuk kita rindui dan halal juga untuk kita bersentuhan…best kan..,”

“Ye kak,betul,tapi macam mana nak elak kak,Fana dah lama perhatikan dia,,dari dunia jahiliyyah Fana kak…,”

“Dengan sebab itulah Fana kena bermujahadah.Maksudnya,Fana kena berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhi dari perkara mungkar itu.Fana sibukkan diri Fana dengan aktiviti-aktiviti,ceramah-ceramah agama,banyakkan beribadah.InsyaAllah Fana akan rasa kelainannya.Sikit-sikit sayang itu akan hilang.InsyaAllah.Fana,sekarang dan sampai bila-bila pun,cinta kepada Allah kita patut dahulukan.Selepas itu barulah Rasulullah,agama,ilmu,ibu bapa dan lain-lain.
Apa-apa yang kita buat niat mestilah hanya kerana Allah.Kita cintai seorang lelaki,kita kata kerana Allah,tapi adakah kita mengikut syariaat yang telah digariskan?Akak sarankan disini adikku,belajarlah dulu,ilmu lagi penting dari lelaki itu k.Adik bersabarlah sekarang ni sahaja,tidak rugi.Bila adik tahan dari sekarang,rasa kasihkan suami nanti sangat-sangat indah.Kasih ayah,abang bercampur sekali.Sungguh nikmat dik.”

“Subhanallah,terima kasih kak.Fana tak terfikir pulak sampai macam tu.Ye,Fana akan bermujahadah sungguh-sungguh.Fana nak cintakan Allah sebab Dia yang buat hati Fana tenang sekarang.Dia yang ketemukan Fana dengan akak,dengan lelaki yang Fana suka tu.Baik kak,thanks a lot.Fana pergi mandi dulu ye,Fana nak solat sunat Dhuha.Fana nak mengadap kekasih Fana.Sayang akak.,”

Fana bangun dan terus ke bloknya.Wardatul Shaukah bersyukur atas perubahan itu.Dia tidak menyangka perasaan untuk berubahnya terlalu tinggi.Maha suci Allah.

‘Siapa lelaki yang terlalu Fana kagumkan itu?Erm..tak pe tak penting itu semua.,’getusnya dalam hati.

Wardatul Shaukah berlalu meninggalkan musolla dan bersiap untuk mendirikan solat sunat Dhuha.

***

“Ummi,abi buat ape ni?,”tanya Wardatul Shaukah tika mana melihat ibu bapanya sibuk mengira sesuatu.Dia baru saja sampai kerumah menaiki bas dari asramanya sempena cuti pertengahan tahun.

“Iqah..ni bajet untuk hantaran Iqah nanti.Ummi dan Abi nak asingkan,takut terguna pula.,”jawab ibunya tenang.

“Ye ummi,abi,terima kasih sangat,Iqah tak sangka secepat ni Iqah akan kawin.Iqah tak sanggup berpisah dengan Ummi dan Abi.”

“Tapi Iqah,selepas Iqah kawin,Iqah lebih berhak ke atas suami Iqah.Masa tu syurga di bawah keredhaan suami nak…,”ujar ayahnya pula.

“Ye,Iqah faham.Erm...ummi,abi,doakan Iqah ye,STAM makin dekat,ada beberapa bulan lagi.Iqah harap Iqah dapat sambung ke Mesir.”

“InsyaAllah,Abi dan Ummi sentiasa doakan Iqah.Lega hati kami,masa tu Iqah dah ade suami disisi,jadi kami tak perlu bimbang lagi tika Iqah di Negara orang,”usik ayah Wardatul Shaukah.

“Ape lah abi ni.,”mukanya kemerahan menahan malu.Tidak dapat membayangkan akan berkahwin beberapa bulan lagi.

“Semua persiapan kami dah siapkan,saudara-mara pun banyak membantu,Iqah jangan risau ye,Iqah belajar betul-betul,kejar apa yang Iqah nak.Kami sentiasa menyokong dan mendoakanmu nak.”

“MasyaAllah,Iqah bersyukur,Iqah bangga Ummi dan Abi jadi ibubapa Iqah.Terima kasih ya Allah,terima kasih.,”

Wardatul Shaukah memeluk erat kedua ibu bapanya yang tersayang.Dia terharu atas segala pengorbanan mereka buatnya.

***

“Ustaz,Fana nak jawab.”

Semua pelajar kelas 5 Jauhar berpaling kearah Fana yang berdiri di mejanya.Mereka semua sangat pelik dengan perubahan ketara Fana.Begitu juga Ustaz Am.Sejak Fana dan kawan-kawannya berubah,Ustaz Am selalu memuji mereka kerana keberanian mereka dan kepantasan mereka menjawab soalan darinya.Juga kesungguhan mereka untuk memahami subjek itu.

“Bagus Fana.Kamu semua ni,patut contohi Fana ni.Dia betul-betul belajar.Dia dan kawan-kawan dia selalu datang bilik saya.Bertanya apa yang tak faham.Bukan diam membisu je kalau tak faham.Jangan jadi bodoh sombong!.Kamu semua dengar tak?Apa yang kamu semua patut lakukan?!,”

“Jadi macam Fana…,!”serentak pelajar-pelajar lain menjawab.

“Ye lah…kena buat ape?,”

“Kena buat macam Fana ustaz…,”

“Ya Allah..!Kamu semua ni ingat,mambang tanah mambang air ke?pastu cobaan,hai mambang tanah,cobaan…gi tu?Jawab dengan semangat!,”tengking Ustaz Am

“Tanya ustaz kalau tak faham..,”selamba pelajar-pelajar 5 Jauhar menjawab seperti tidak takut lagi dengan jerkahan Ustaz Am.

“Haih…kamu semua ni..macam bertukar personaliti dengan Fana dan geng-geng dia pulak..Macam-macam la kelas kamu ni.Baik,ustaz keluar dulu.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam Ustaz Am.,”

“Fana..Fana…,”bisik Mona.

“Ape?,”

“Tengok tu,abang kau.Dia tengah solat la.”beritahu Mona apa yang dilihatnya dari kantin tempat mereka rehat,kearah musolla yang terbuka pintunya di tepi pagar sekolah.

“Abang Wildan?Solat sunat Dhuha kot.Jangan panggil abang Fana lagi.Fana tak nak,kalau Fana suka kat dia,harap dia jadi abang Fana,Fana sendiri yang akan sengsara nanti.Fana nak tumpu pada pelajaran dan Fana nak kejar cinta Allah,Fana tak nak fikir lagi pasal cinta sesama lelaki ajnabi ni.Walaupun sebagai abang.”matang Fana berbicara.

“Maaf,maaf terlupa pulak pendirian baru Fana.Baik saya tak buat dah.Jom,saya belanja,nak makan ape?,”pandai Mona mengubah topik perbualan.

“It’s ok.Laksa je lah.Ella dan Fika mana?,”

“Dalam library,tak nak makan,diorang buat kerja Math yang Ustazah Robiah bagi tadi.,”

“Owh..alhamdulillah.Ya Allah aku bersyukur ya Allah.Tak sangka kan Mona,kita-kita semua jadi macam ni.Sungguh,Fana macam tak caye Fana boleh berubah sebegini.Dan hati Fana rasa tenang sangat Mona.Ya Allah terima kasih atas nikmat ini.,”

***

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia baru sahaja berlalu.Semua penghuni-penghuni Asrama Baitul Nur Aliah masih tidak berganjak pulang.Ada kejutan yang ingin dirancang.

“Assalamualaikum Kak Wardah,macam mana imtihan tadi?,”tanya Fana yang baru pulang dari menduduki kertas terakhir SPM di sekolah.

“Waalaikumussalam warahmatullah,alhamdulillah,Allah permudahkan.Fana macam mana?,”tanya Wardatul Shaukah pula.

“Alhamdulillah juga kak,akak doakan Fana ye.”

“InsyaAllah sama-sama kita doakan.”

“Erm…akak balik bila?”

“Jumaat ni.Lagi tiga hari.Fana bila?,”

‘Alhamdulillah,masih sempat.’bisik Fana dalam hati.

“Sama kak.Jumaat.Ok akak,Fana nak masuk dulu ye.Fana nak rehat jap.,”

“Ok,rehat ye.Nanti kita solat Zohor sekali.,”

“Baik kak.,”

***

“Kak Wardah,jom pergi musolla.”ajak Fana sambil menarik tangan Wardatul Shaukah.

“Ada ape ye?,”tanya Wardatul Shaukah sambil menanggalkan telekungnya,baru saja usai membaca al-Quran selepas solat Isyak berjemaah bersama adik-adiknya tadi.
“Jom la.Akak akan tahu sendiri nanti.,”ujar Fana berahsia.

“Ooo ada rahsia ye.Jom.,”

Tiba-tiba kedengaran sajak dideklamasikan oleh Nurin yang memang berbakat.
Setiap bait dilontar dengan penuh penghayatan.Kelihatan semua penghuni ABNA bekumpul di situ.Mereka semua memandang ke arah Wardatul Shaukah dengan wajah yang sayu.

Nurin semakin mendekati Wardatul Shaukah.Dia masih berdiri di muka pintu musolla.Dia tergamam.Fana sudah mengambil tempat.

“Wardatul Shaukah,
Nama yang cukup indah,
Seindah peribadi orangnya,

Wardatul Shaukah,
Ketua kami di ABNA,
Ketua yang memahami hati-hati kami,
Seorang yang sabar dan berbudi pekerti,

Wardatul Shaukah,
Sentiasa menjaga kami,
Menjaga segala amalan kami di sini,
Tidak pernah mengamuk lagi pula membenci.

Ya Allah…
Kami sayang dia,
Kami cinta dia,
Eratkan ukhwah kami ya Allah,
Kukuhkanlah ikatan antara kami,

Ya Allah,
Berikan dia kejayaan,
Kurniakan dia suami dan anak-anak yang soleh.
Jauhilah kami dari membencinya,
Kami mahu dia bahagia.


Habis sahaja sajak itu,Semua yang berada di situ menyanyikan lagu ‘Doa Perpisahan’ dari kumpulan Brothers.Lagu itu membuatkan bulu roma Wardatul Shaukah meremang.Amat tersentuh dengan nyanyian yang tulus dari hati adik-adiknya itu.
Wardatul Shaukah dibawa ke tengah,mereka semua ,mengelilinginya.

Pertemuan kita di suatu hari,
Menitipkan ukhuwah yang sejati,
Bersyukurku kehadrat Illahi,
Di atas jalinan yang suci.

Namun kini,
Perpisahan yang terjadi,
Dugaan yang menimpa diri,
Bersabarlah di atas suratan,
Ku tetap pergi jua.

Kan ku utuskan salam ingatanku,
Dalam doa kuduskan sepanjang waktu,
Ya Allah,bantulah hambamu.

Mencari hidayah daripadamu,
Dalam mendidikkan kesabaranku,
Ya Allah tabahkan hati hambamu,
Di atas perpisahan ini.

Kini Fana pula ke hadapan mendeklamasikan sajak di dalam lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehingga menitis air matanya.

Teman…
Betapa pilunya hati ini…
Menghadapi perpisahan ini…
Pahit manis perjuangan,
Telah kita rasa bersama,
Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini.
Teruskan perjuangan.

Kan ku utuskan salam ingatanku,
Dalam doa kuduskan sepanjang waktu,
Ya Allah,bantulah hambamu.

Senyuman yang tersirat dibibirmu,
Menjadi ingatan setiap waktu,
Tanda kemesraan bersimpul padu,
Kenangku di dalam doamu,
Semoga…
Tuhan berkatimu…

Wardatul Shaukah sebak,dia juga mengikuti adik-adiknya itu menyanyi.Matanya mula berair.Akhirnya tumpah juga kebumi.Mereka semua saling berpelukan.Lagu itu amat terkesan dihatinya.Esok adalah hari yang amat menyedihkan buat mereka semua.Mereka akan berpisah dengan kakak dan adik-adik kesayangan mereka di asrama itu.Ukhwah mereka indah,kembang mekar,sungguh erat,kerana, ukhwah itu fillah.

***

“Ummi,Iqah takutlah,Iqah rasa tak sedia.Iqah macam tak percaya esok hari bersejarah untuk Iqah.”ngadu Wardatul Shaukah pada ibunya ketika dia melihat cetakan kad perkahwinannya yang telah siap diedarkan.

“Iqah,jangan takut ye.Mula-mula memang macam ni.Sebelum Ummi kawin dengan Abi Iqah,Ummi pun takut sangat.Malam nak akad tu,Ummi tak boleh tidur,sebab takut punya pasal.Tapi Iqah,lepas akad dilafazkan,setelah tinggal bersama Abi Iqah,Ummi rasa nikmat tu,masyaAllah.Tak pernah Ummi rasa semasa Ummi anak dara.Sehinggakan nak berpisah sekejap pun,Ummi tak sanggup.,”luah ibu Wardatul Shaukah memberi kekuatan pada anak tersayang.

“Sampai macam tu Ummi?Tapi tak mustahil kan Ummi,jika kita bercinta selepas berkahwin,rasa rindu,angau,masa bercinta tu,akan rasa lagi indah selepas berkahwin.,”sokong Wardatul Shaukah.

“Ye betul tu.Cuba kita fikir,orang muda sekarang ni,hangat bercinta,setiap hari berjumpa,setiap saat dengar suara,setiap minit melafazkan cinta,bersentuhan sa-sama suka,aurat terdedah sini-sana.Jadi,apa beza selepas kahwin dengan sebelumnya?Sama sahaja.Tapi,kasihan,selepas kahwin makin pudarlah semua nikmat yang dirasai masa bercinta dahulu.Tiada lagi rindu hendak berjumpa,rindu mendengar suara,rindu mengadap muka,sebabnya,semua itu sudah diluahkan masa bercinta dulu.,” jelas ibu Wardatul Shaukah tentang beza bercinta selepas dan sebelum berkahwin.

“Ya Ummi,Iqah sokong cakap Ummi 200 peratus.,”ujar Wardatul Shaukah tersenyum rasa terpujuk dan terus memeluk ibunya yang tercinta.

“Tahniah Wardah,cantik awak hari ni…,”ucap Suhana ketika datang ke walimah di rumah pengantin perempuan bersama-sama sahabat-sahabat lain dari Pusat Asasi Universiti Islam Malaysia,Nilai dengan menempah sebuah bas.

Wardatul Shaukah mengenakan jubah ala-ala moden bersama tudung labuhnya yang berwarna biru lembut dihiasi kain lapisan sedondon warna dengan suaminya. Mereka berdua amat padan sekali,berkulit cerah menyerlahkan lagi keanggunan mereka di hari yang bahagia itu.

“Ye Wardah,tahniah,akhirnya awak berkahwin dulu.Bilalah pulak Jannah ye.Wardah,tak payahlah risau pasal kes khalwat dulu ye.Sebab,segalanya dah terbukti,awak tak bersalah Wardah.Satu kampus dah tahu,semua ni perancangan Fairul dan kawan-kawan dia.”ulas Jannah sambil memegang lembut kedua-dua belah tangan Wardatul Shaukah.

“Ape?Fairul?Macam mana Jannah tahu?Betul ke Fairul ade kena mengena?,”tanya Wardatul Shaukah bertalu-talu.Terkejut dengan berita yang sudah lama cuba dilupakan dibangkitkan semula.

“Sebenarnya,baru-baru ni,kalau Jannah tak silap dua bulan lepas,ibu Fairul meninggal sebab kanser.Seminggu lepas tu,ayah dia pula pergi menghadap Ilahi kerana serangan jantung.Ada orang cakap,ayah dia terkejut sebab syarikat diorang muflis.Bankrap.So,sekarang dia anak yatim piatu,lagi pula dia ni anak tunggal.Semua rumah,kereta mak ayah dia kena sita.Nak harap saudara-mara,sorang pun tak tunjukkan muka.Alhamdulillah,ada Iskandar.Dia yang offer Fairul tinggal bersama dia kat banglo mewah dia tu.Lagi pula,ayah dan ibu Iskandar ni pemurah,mereka yang tanggung segala pembelajaran dan makan minum Fairul.Mereka tak nak terlepas dari membantu anak yatim,pahala besar tu.Bob dan Acap pula langsung tak layan Fairul dah lepas dia jatuh miskin.Diorang dah cari geng lain pula.Beberapa minggu selepas itulah,Fairul mengumumkan pasal rancangan diorang dulu kenakan awak dan Wildan.Semua terkejut,dia buat announcement kat post guard.Suasana yang bising giler,jadi sunyi sepi tau.Dia menangis-nangis masa tu,kami semua terharu jugak.Ye lah kan,bagai jatuh ditimpa tangga.Satu-satu terjadi pada dia.Mungkin Allah nak bagi kesedaran dekat dia atas segala perbuatan dia.Dia pun datang ni.Mungkin pergi jumpa Wildan.”

“MasyaAllah…sampai begitu sekali.Innalillahi wainnailaihi raji’un.Kesiannya dekat Fairul.Alhamdulillah ada juga yang sebaik Iskandar ye.Tapi siapa dia?”

“Orang panggil dia Is,sebilik dengan Wildan.Kalau tak silap kawan baik dia.,”

“Ye ke,Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah atas pertolongan-Mu.”

“Allah itu Maha Adil.Kebenaran akan menang juga akhirnya.Moga awak bahagia Wardah.Awak telah memilih jodoh yang terbaik bagi diri awak.”ucap Jannah lantas memeluk Wardatul Shaukah dengan air mata yang ditahan terharu dengan kesabaran sahabatnya selama ini.

“Kak Wardah…,”laju Anis dan Syikin berlari ke arah Wardatul Shaukah tanpa segan silu.Wardatul Shaukah masih setia berdiri di depan pagar rumah menyambut tetamu yang hadir.Manakala Wildan pula berada di bawah khemah Muslimin bersama ahli-ahli usrahnya dan sahabat yang lain.

“Jannah pergi makan dulu ye.”ujar Jannah mengundur diri.

“Baik.Silakan sahabat.Syukran sudi datang.”

“Afwan Wardah.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam warahmatullah.”

“Cantiknya akak…tahniah kak.Rindunya kat akak.,”puji Anis dan terus memeluknya.

“A’ah kak,akak cantik sangat.Akak,kami rindu pantun akak.”luah Syikin.

“Iye?Baiklah kalau macam tu,akak bagi pantun khas buat adik-adik akak ni ye.Tapi bukan teka-teki.”

“Nak kak,nak..asalkan pantun kak.,”balas Anis bersemangat.

Ada yang melihat gelagat mereka bertiga terharu dengan keakraban dan ukhwah yang terjalin di antara mereka.

“Sebuah bas parking di tepi lori,
Rupanya mereka kawanku di CFS yang tak dapat diganti,
Terima kasih kerana hadirkan diri,
Kirim salam dekat semua sekali nanti.

Raja sehari rasa bahagia tidak terperi,
Dengan kehadiran sahabat-sahabat yang berbudi,
Sungguh akak amat terharu sekali,
Moga ukhwah kita akan sentiasa kekal abadi.

Makan nasi dalam loyang,
Makan pula bersama kari,
Syikin dan Anis adik yang akak sayang,
Jaga peribadi jagalah diri.”penuh penghayatan dilontarkan satu persatu tiap bait pantun itu sambil mengenggam erat tangan Anis dan Syikin.

“Akak dengar kami pula ye.Syikin dulu.

Wardatul Shaukah nama diberi,
Kami panggil dia Kak Wardah,
Hari ini dia jadi raja sehari,
Cantik,anggun dan sangat indah.

Kak Wardah memang cantik,
Walaupun dia tidak didandan,
Hari ini kita makan betik,
Sebab Kak Wardah kahwin dengan Abang Wildan.

Haram perempuan menampakkan rambut,
Ketika diluar rumah juga bersukan.
Salam dikirim kami menyambut,
InsyaAllah kami akan sampaikan.
”Syikin tersenyum sendiri dengan pantun yang diberikan.

’Macam tak jadi je..hehehe,’fikirnya sendiri.

“Alhamdulillah,segala puji bagi Allah,jazakillah ukhti”ucap Wardatul Shaukah.

“Anis pulak…
Wahai kakakku yang ku hormati,
Terima kasih atas nasihat yang diberi,
Doakanlah kami dan sematkanlah dihati,
InsyaAllah kami akan menjaga diri dan peribadi

Anis berlari sehingga terluka,
Syikin datang sapukan cuka,
Kita bersama ketika suka,
Begitu juga ketika duka.

Anis dan Syikin hanya mewakilkan,
Kerana kami serasi berdua,
Sepanjang perkenalan melakukan kesalahan,
Maaf dipinta dari kami bilik A-3-2. .”balas Anis lancar.Mereka bertiga berpelukan.

Semua yang berada disekeliling menepuk tangan.Gemuruh.Semua terharu melihat persahabatan mereka.

Wardatul Shaukah,Anis dan Syikin terkejut dan memandang sesama sendiri.Mereka tidak menyangka ramai yang melihat gelagat mereka bertiga dari mula lagi.Mereka tersenyum sendiri dan memeluk kembali,air mata mula jatuh membasahi bumi.Persahabatan itu sangat indah sekali.

***

Wardatul Shaukah dan Wildan membuka satu-persatu hadiah-hadiah yang telah diberikan siang tadi di depan ahli keluarga mereka.

Tit…tit..tit..
Menandakan mesej baru telah masuk.

Assalamualaikum..
Akak, Fana minta maaf tak dapat hadir walimah akak,
Fana tak de transport.Akak tahniah tau.Akak,ingat lagi tak pasal abang yang Fana kagum tu?Fana pernah citer kat akk.Dia lah abg Wildan.Suami akak.Allah Maha Adil.Memang akak amat sesuai dengan abg Wildan kak.Semoga akak dan suami bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.Amin.

~Fana~

Waalaikumussalam warahmatullah…
La ba’sa adikku…
Jazakillah atas ucapan dan doa Fana.Moga Fana juga mendapat suami yang soleh dan berkekalan hingga akhirnya.Bila berkesempatan jemput ziarah rumah ye.

~Kak Wardah~

Masa terus berlalu.Wardatul Shaukah berdebar-debar,makin lama makin kencang.Dia malu untuk berhadapan dengan suami tercinta berdua sahaja nanti.

***

“Erm…abang…,”Wardatul Shaukah mula bersuara setelah sekian lama menyepi di dalam bilik sendiri.

“Ye sayang…,”balas Wildan berani.Dia baru sahaja selesai membersihkan diri.

‘Ya Allah,terlalu cepat dia melontar kata seperti itu.,’monolog Wardatul Shaukah sendiri.Mukanya merona merah malu dipanggil begitu.

“Erm..tak de ape-ape.”balas Wardatul Shaukah.Malu masih bersarang di dalam hatinya.Diam seribu bahasa.

Wildan memahami situasi isteri tercinta,dibiarkan isterinya melayan perasaan sendiri untuk menyesuaikan diri.

Hari berganti hari,cinta mereka mula berputik,berkembang dan makin mekar mengharum. Mereka sudah merancang tidak mahu menerima cahaya mata dalam waktu terdekat kerana ingin belajar dahulu.Lagipun umur mereka masih muda remaja.

Hari dinanti sudah pun tiba.
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia telah pun diumumkan.
Wardatul Shaukah dan Wildan telah dipilih dari sepuluh orang lagi yang mendapat Mumtaz kesemuanya menjadi pelajar contoh di sekolah itu.

“Mabruk ‘alaiki sayang.”ucap Wildan dan mengucup lembut dahi isterinya.

“Jazakallah ya habibi,mabruk ‘alaika aidhan.”balas Wardatul Shaukah melemparkan senyuman yang paling menawan pada suaminya.

***

Selama empat tahun di Mesir,Wardatul Shaukah dan Wildan tidak berjumpa.Hanya telefon dan internet penghubung mereka.Mereka mengambil jurusan berlainan dan ditempatkan di tempat berlainan juga.Masing-masing mengambil jurusan Syari’ah Islamiah dan Usuluddin.

Masa cuti mereka dimanfaatkan untuk bertalaqqi bersama sheikh-sheikh yang tidak dapat mereka jumpa di Malaysia nanti.Mereka menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

Assalamualaikum ya habibati…
Keifa halik?Abg rinduuu sgt nak jumpa syg.Syg buat pe ni?
~Wildan~


Waalaikumussalam warahmatullah ya habibi..
Alhamdulillah ana bikhair.Syg pun rindu sgt kat abg.Bru usai solat Isyak.Esok kita jumpa kan.Tak sabar nak balik,nak jumpa parents kita.
~Wardah~

A’ah,masa cepat berlalu kan syg,dah 4 tahun kita duduk sini.Dan 4 tahun juga kita xberjumpa kan.Abg pun xsbr nak jumpa ma dan abah.Tak lupa juga ummi dan abi syg.
Ok lah,kita jumpa esok.Jgn lupe spt biasa,kita sama2 berdating dgn Allah pencipta kita ye syg.Assalamualaikum.
~Wildan~

Ye abg,jazakallah ats ingatan..Pasti kita kena mengadap Allah,Tuhan kita,Dia yg memberi ketenangan dan kebahagiaan kpd kita. Syg mungkin tidur lambt sikit mlm ni,ade kerja perlu disiapkan.Abg kejutkan syg melalui doamu ye.Lailatun Sa’idah.Waalaikumussalam warahmatullah.
~Wardah~

***

“Ya Allah,abang?Kenape ni?Abang sakit ke?,”ujar Wardatul Shaukah terkejut dengan perubahan fizikal suaminya.Badannya makin susut,mata cengkung dan mukanya tidak setenang dahulu.

“Mana ade sakit.Abang biasa je.Maybe terlalu penat.Itu saja.Sayang tak perlu risau ye.”balas Wildan dengan senyuman seperti dibuat-buat.

“Tapi bang,abang nampak kurus sangat ni.”

“Sayang salah tengok kot dulu.Abang memang kecik ni je.Mungkin sebab dah lama kita tak jumpa kan.”

“Tapi…,”

“Tak de tapi tapi lagi...dah jomlah flight dah sampai tu.”

‘Ya Allah,kenape dengan suamiku ni.Ya Allah,kenapa perubahan fizikalnya terlalu ketara,tak mungkin aku salah tengok.Dan…kelakuan suamiku juga berubah.Ye!Adakah orang lain menyamar jadi suamiku?,”getusnya sendiri.

“Astaghfirullah haladhzim…apa aku ni,su’udhzon pada suami sendiri.”ujar Wardatul Shaukah tersedar atas kekhilafannya sebagai isteri.

“Sayang jom…,”Wildan menarik tangan Wardatul Shaukah kasar.Beg yang digalasnya hampir saja terjatuh.Wildan tidak mempedulikannya langsung.

‘Ya Allah.Kenape ni?Apa yang terjadi dengan suamiku ini ya Allah.’,ngadu Wardatul Shaukah terkilan dengan perubahan sikap suaminya itu.

Wildan dan Wardatul Shaukah duduk bersebelahan di dalam kapal terbang.Mereka diam seribu bahasa.Wildan memejamkan mata dan mengangguk-ngangguk melayan lagu dari telefon bimbitnya.Langsung tidak dilayan Wardatul Shaukah disebelah.

Dia mengintai lagu yang dimainkan suaminya pada telefon bimbit yang dipegangnya kemas.

‘Mungkin nasyid ataupun kalamullah.,’fikirnya.

“Ya Allah.Abang…!,”jerit Wardatul Shaukah terkejut sambil menutup mulut tidak percaya dengan perubahan suaminya.Langsung tidak menyangka.Lagu yang dimainkan suaminya adalah lagu dari barat,’yang bertajuk Umbrella’ dinyanyikan Rihanna.

‘Padahal abang Wildan amat benci dengan lagu barat,lagi pula dari orang kafir.Mereka mempunyai banyak maksud tersirat yang kita orang Islam terutamanya melayu tidak memahami.Begitulah yang pernah abang cakap dulu.Tapi sekarang…,’Wardatul Shaukah bermonolog sendiri.

“Abang…,abang…,”panggil Wardatul Shaukah lembut,menepuk-nepuk jari-jemari suaminya.Dia mahu menyedarkan suaminya.

Tiada respon yang diberi.Wildan seperti tidak sedarkan diri.Asyik melayan muzik tersebut.

“Abang…,”panggil Wardatul Shaukah lagi.

“Ape?!Jangan ganggu akulah.,”jerkah Wildan kuat.Semua penumpang mengalih perhatian pada mereka berdua.Wildan menyambung semula aktivitinya sebentar tadi,benci diganggu.

“Abang?!,”Wardatul Shaukah tersentak dengan perubahan drastik suaminya itu setelah empat tahun mereka tidak bersama.

Mukanya merah menahan malu,matanya mula digenangi air.

‘Ya Allah,ujian apakah ini?Kenape dengan abang Wildan.Ya Allah,peliharalah dia ya Allah.,’rintih hati seorang isteri.

“Assalamualaikum Ummi,Abi,Iqah rindu sangat dengan Ummi dan Abi.,”ungkap Wardatul Shaukah memeluk Ummi dan Abinya yang hadir menjemputnya dari Perak ke Kuala Lumpur setibanya mereka di KLIA.

“Kami pun rindu sangat kat Iqah.Empat tahun kami tak beraya dengan anak kesayangan kami ni.”luah ibu Wardatul Shaukah sebak bercampur gembira,tiga beranak itu berpelukan melepaskan rindu yang terpendam.

Wildan juga menyalami mentuanya.Mama dan abahnya tidak menghadirkan diri kerana kereta mereka rosak,hanya salam yang telah dikirimkan.

“Abang,sayang naik atas dulu ye.Sayang nak rehat sekejap,rasa penat sangat ni.,”ujar Wardatul Shaukah sopan meminta izin dari suami tercinta.Mereka baru sahaja sampai ke rumah banglo mereka.Wardatul Shaukah sendiri tidak tahu bila suaminya membeli rumah itu untuk mereka berdua.

Ummi dan Abi Wardatul Shaukah telah dihantar pulang kerumah sebelum itu.

“Tak boleh!Awak pergi dapur sekarang,masak untuk abang,se..ka…rang…!,”tengking Wildan memberi arahan.

Tersentak Wardatul Shaukah.Panggilan dari ‘sayang’ sudah bertukar.Dia menurut sahaja kehendak suaminya itu walaupun dalam keletihan yang amat.

“Erm..Maaf bang.Baik,sayang pergi dapur dulu.,”patuh Wardatul Shaukah bergegas ke arah dapur.

Hatinya menangis,doa tidak putus-putus dari hati suci itu.Wardatul Shaukah menerima keadaan itu secara terbuka sebagai ujian buat dirinya.

“Ish…masin!Apa ni ha…pandai masak ke tak?!,”tengking Wildan,menolak pinggan yang berisi nasi itu ke lantai.Pecah.

“Au,ya Allah!,”Wardatul Shaukah terjerit kecil.Serpihan kaca pinggan yang pecah itu terkena kakinya,berdarah.

“Huh,aku nak keluar,makan kat luar lagi bagus…!,”jerkah Wildan dan berlalu keluar.Langsung tidak dilayan isterinya yang cedera itu.Tiada belas kasihan.

“Abang…,”sayu suara Wardatul Shaukah memanggil suami tersayang.Rasa bersalah bersarang di hati.

“Sayang minta maaf…,”rintihnya sendiri.

Wardatul Shaukah mula bergegas mendirikan solat Asar sendirian.Sebelum ini,suaminyalah menjadi peneman.Luka pada kakinya tidak lagi dilayan,yang penting perasaan suaminya.

Wardatul Shaukah setia menanti suaminya sehingga tengah malam.Wildan tidak juga pulang.Wardatul Shaukah bangun mendirikan solat sunat taubat dan solat sunat hajat.Dia mengadu segalanya pada Allah.Dia rasa amat berdosa pada suami tercinta.Segala kesedihan dilepaskan ketika itu.Habis lenjun telekung yang dipakainya.

Wardatul Shaukah terlelap di atas sejadahnya kerana terlalu letih dari siang tadi lagi.Air matanya masih tersisa.

Tiba-tiba…
Terdengar satu suara memanggilnya…

Tiba-tiba…
Terdengar satu suara memanggilnya…

“Sayang,bangun sayang.Sayang…,” tenang sahaja suara yang terdengar di telinganya.

Wardatul Shaukah tersedar.Bergegas dia bangun takut dimarahi lagi.

“Ye bang…,”jawabnya ketakutan.Disapunya air mata yang memenuhi kelopak mata dengan jari-jemarinya,lembut.

“Abang…,”Wardatul Shaukah menggosok-gosok matanya.
Keadaan di dalam bilik itu tidak sama seperti di dalam bilik rumah banglonya semalam.

“Astaghfirullah haladhzim…,”lantas Wardatul Shaukah meludah tiga kali disebelah kirinya.

Rupanya ia mimpi semata.Wardatul Shaukah menoleh jam ditangannya.Tepat jam tiga pagi.Rupa-rupanya suara yang tenang mengejutkannya tadi adalah suara Wildan suaminya yang sekarang,bukan seperti dalam mimpi.

‘Mungkin doa abang Wildan yang tulus itu hadir mengejutku,terima kasih ya Allah kerana menyampaikan doa suamiku.,’fikirnya dalam hati.

Wardatul Shaukah bangun dan bersiap untuk mengadap pencipta Agungnya.Dia bersyukur semua yang terjadi tadi hanya mimpi semata.Dia menangis sepuas-puasnya di dalam solatnya pagi itu.

***

“Assalamualaikum,sayang abang.Ape khabar?,”sapa Wildan dari arah belakang Wardatul Shaukah.

“Waalaikumussalam warahmatullah,owh abang...alhamdulillah baik-baik saja.Abang macam mana?,”balas Wardatul Shaukah sopan.Dia menyalami suaminya tanda hormat.

“Alhamdulillah,abang sihat.Sayang makin cantiklah abang tengok.Ada orang ngorat tak ni?,”usik Wildan membuatkan Wardatul Shaukah tersipu malu.

“Segala puji bagi Allah abang.Kalau ade pun,abang saje di hati sayang bang.Abang yang berhak ke atas sayang.Abang terbaik buat sayang,tak mungkin sayang pilih yang lain.,”balas Wardatul Shaukah,mengeratkan lagi kasih-sayang antara mereka suami isteri.

Mereka menggunakan masa menunggu untuk berlepas ke Malaysia sebaik mungkin dengan bertanya perkembangan sesama sendiri sepanjang empat tahun mereka tidak bertemu.

***

‘Alhamdulillah,apa yang aku mimpi hari tu tidak terjadi di alam realiti.Malah sebaliknya,segala keadaan amat baik sekali.’bisik Wardatul Shaukah di dalam hati.

Wardatul Shaukah dan Wildan baru sahaja tiba dirumah mama dan abah Wildan.Mereka baru pulang dari menziarah Ummi dan Abi Wardatul Shaukah.Walaupun masih keletihan,tetapi rindu menyebabkan semua rasa letih hilang sekelip mata.

“Bang Ngah…Kak Ngah…,”jerit Aman dan Amin berlari laju ke arah Wildan dan Wardatul Shaukah.

“Bang Ngah dan Kak Ngah takut tak naik tinggi-tinggi?Ma cakap Bang Ngah ngan Kak Ngah terbang pegi belajar.Tak takut ke…?,”tanya Amin ingin tahu.

“Apelah Min ni,pengecut.Mesti la tak takut,dapat terbang tinggi,boleh tengok pemandangan dari atas.Kan Bang Ngah,Kak Ngah,”kata Aman tidak setuju dengan pertanyaan Amin sebentar tadi.

Masa cepat berlalu,sekarang umur mereka sudah mencecah 10tahun.

“Iye betul cakap Man tu,tak takutlah Min.Sebagai seorang lelaki,kita tak boleh rasa takut dengan benda-benda macam ni.Kalau kita takut,macam mana nak berperang nanti?Macam mana nak selamatkan dunia?Macam mana nak tegakkan Islam?Nabi kita sungguh berani orangnya.Mesti kita semua nak jadikan beliau contoh kan.Betul tak?”tanya Wildan.

Wardatul Shaukah berlalu memberi ruang kepada Wildan untuk menyedarkan adik kembarnya itu.

“Betul,erm..nabi kita berani,macam mana tu Bang Ngah?Bang Ngah ceritelah lama tak dengar Bang Ngah cerita kan Man kan?,”tanya Amin berkobar-kobar.Mata kedua adik kembarnya itu langsung tidak beralih dari tadi memandang Wildan.

“A’ah,Bang Ngah citelah..,”rayu Aman pula.

“Baiklah,seperti yang telah diceritakan oleh Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu tentang keberanian Rasulullah S.A.W,beliau mengatakan,apabila dua pasukan sudah saling bertemu dan peperangan sudah demikian sengit, kami pun berlindung di belakang Rasulullah S.A.W, tidak ada seorang pun yang paling dekat kepada musuh daripada beliau.”,cerita Wildan dengan penuh semangat.

“Wahh..beraninya.Kalau Min,Min mesti duduk belakang sekali.Min tengok dalam tv yang ramai-ramai darah tu,kena bom,takuttt sangat…kesian kat diorang kan Bang Ngah.Macam mana Rasulullah terlalu berani ye Bang..erm..Min nak berani macam Rasulullah juga.,”sayu Amin meluahkan perasaan sebenarnya.

“Erm..itu baru sedikit adikku,semasa perang Uhud, disitulah terjadi peristiwa besar yang menunjukkan keperkasaan Rasulullah S.A.W dan keteguhan serta kesabaran beliau atas luka yang diderita pada peperangan tersebut.

Sahal bin Sa’ad telah menceritakan kepada kita tentang luka yang diderita beliau . Ia berkata: “Demi Allah, aku benar-benar mengetahui siapakah yang mencuci luka Rasulullah S.A.W, siapakah yang menyiramkan airnya dan dengan apa luka itu diubati.Katanya lagi, “Fathimah radhiyallahu ‘anha putri beliaulah yang mencuci luka tersebut, sementara Ali bin Abi Thalib Radhiallahu’anhu menyiramkan airnya dengan perisai. Namun ketika Fathimah radhiyallahu ‘anha melihat siraman air tersebut hanya menambah deras darah yang mengucur dari luka beliau, ia segera mengambil secarik tikar lalu membakarnya kemudian membungkus luka tersebut hingga darah berhenti mengucur. Pada peristiwa itu gigi beliau patah, wajah beliau terluka dan kepala beliau terkoyak lebar.”cerita Wildan dengan nada dan gaya yang sesuai agar adik-adiknya dapat memahami dan merasai sendiri perasaan itu.

“A’aaaaa…sakitnya Bang Ngah.Kesian Rasulullah…isk isk isk..,”luah Aman tiba-tiba dengan tangisan.Dia sungguh menghayati penceritaan Wildan.Lantas dia memeluk Wildan.

“Ye Man,Rasulullah berani,berani kehadapan,walaupun tahu akibatnya,demi Allah,demi memperjuangkan agama Islam tercinta,beliau sanggup,biarlah dirinya dihina,disakiti,tetapi jangan Allah dihina,jangan agama Islam dikotori.,”Wildan menyimpulkan semula ceritanya,dan membalas pelukan Aman yang masih terdengar bunyi esakannya.Dia mengusap lembut kepala adiknya itu.Tangisannya makin berkurang.Amin melihat abang kembarnya dengan wajah yang sayu.Matanya mula berkaca.

“Man,Min,dah jangan kacau Bang Ngah.Bang Ngah kan baru sampai…,”kata mama Wildan tiba-tiba dari arah dapur.Dia sudah biasa bila melihat tiga beradik itu bersama,tentu Wildan menceritakan sirah Nabi memberi pengajaran dan contoh pada adik-adiknya.Segala tangisan,gelak ketawa,selalu didengarinya.

Lantas Wildan menyalami ibunya.Baru dia tersedar,agak lama dia bercerita pada adik kembarnya itu,sehingga lupa untuk bertemu dengan Mama dan Abahnya sejurus pulang tadi.Aman dan Amin beralih menonton rancangan kegemaran mereka yang ditinggalkan tadi.

“Tak kacaulah Ma,Man dan Min dah baik sekarang.Tak nakal dah.Erm..abah mana Ma?,”tanya Wildan hairan.

“Abah pergi masjid.Ada program katanya.Kejap lagi balik lah tu.Pergilah mandi dulu ye,tukar baju tu.”arah mama Wildan sebagai seorang ibu.

“Ye Ma.Man,Min,jangan nakal-nakal ye.Bang Ngah naik dulu.,”

“Baik Bang Ngah.,”jawab Aman dan Amin serentak.

***

Kring Kring…
Kring Kring…

“Assalamualaikum…
“Apa?!...”jerit mama Wildan sejurus menjawab panggilan.

“Ma kenape?,”tanya Aman pelik dengan sikap mamanya itu.
“Ma,sape tepon Ma?,”tanya Amin pula.

“Abah..abah accident…,”tergagap-gagap mama Wildan memberitahu perkara sebenar.

“Man,Min,panggil Bang Ngah dan Kak Ngah,kita pergi hospital sekarang,cepat…!,”kalut mama Wildan,hatinya mula resah,segala kemungkinan boleh berlaku.Air mata mula berjuraian dipipi.

***

“Alhamdulillah,Encik Wahab dalam keadaan stabil sekarang.,“ujar doktor muda itu.

“Alhamdulillah,”serentak ahli keluarga Wildan termasuk Wardah bertahmid,bersyukur insan tersayang selamat.

“Terima kasih doktor,”ucap Wildan dan menyalami doktor muda tersebut.

“Boleh kami masuk?,”tanya mama Wildan.

“Erm,sebaiknya,saya sarankan sorang saja yang masuk.Bagi pesakit rehat dulu.,”ujar doktor muda itu.

“Ma masuk ye.Bang Ngah dan Wardah teman Man dan Min kat luar ni.,”ujar Wildan lembut di telinga mamanya yang masih terdengar esak tangisnya.Dia membiarkan mamanya masuk melihat abahnya yang terlantar di dalam sambil matanya melirik pada kedua-dua adik kembarnya yang terlena di atas kerusi semasa menunggu tadi.

“Doktor Shah,apa sebenarnya terjadi pada abah kami?,”tanya Wildan dengan menyebut nama sebenar doktor yang dilihatnya pada tag nama baju doktor muda itu.

Wardatul Shaukah mula berdebar.Dia terkejut mendengar nama tersebut.Tapi dia cuba menenangkan dirinya.

”Shah bukan seorang,”hatinya menenangkan.

Dia duduk bersebelahan adik-adik iparnya itu.Telinganya masih menangkap segala perbualan doktor muda itu dengan suaminya.

“Semasa Encik Wahab dibawa kesini oleh orang awam,seluruh badannya dipenuhi darah.Katanya accident dengan dua buah kereta di pembahagi jalan.Kepala Encik Wahab terhentak di atas jalan raya,Alhamdulillah tidak terlalu kuat kerana topi keledar yang dipakainya.Kakinya pula penuh luka,mujurlah tiada yang patah.Semuanya selamat.Subhanallah,selalunya kejadian seperti ini,penunggang motorsikal akan maut,itulah kekuasaan Allah kan.,”cerita Doktor Shah segala yang diketahuinya.

“Subhanallah,Alhamdulillah,”ucap Wardatul Shaukah sambil mengusap kedua-dua tapak tangannya ke muka.

Doktor Shah dan Wildan berpaling ke arah Wardatul Shaukah.
“Ini isteri saya,dan dua lagi tu adik kembar saya.,”ramah Wildan mempekenalkan ahli keluarganya.Dia semakin selesa bersama Doktor Shah yang baru dikenalinya itu.

Wardatul Shaukah terkejut,tidak sedar suaranya menganggu percakapan mereka berdua.

“Owh,Cik…,”
“Panggil Wardah je,”Wardatul Shaukah tunduk memperkenalkan dirinya.

‘Wardah?Ya Allah..adakah ini Wardah yang aku cari selama ini?Tak mungkin,tak mungkin,dia dah bersuami.,’monolog Doktor Shah di dalam hati.

“Owh Wardah,saudara nama siapa ye.Dari tadi kita berbual lupa pulak nak tanya nama.,”ujar Doktor Shah pula bersuara,risau lamunannya membuat orang lain berfikir negatif padanya.

“Wildan,panggil Wildan saja.A’ah kan,tak sangka pula kita boleh berkenalan disini.,”

“Betul tu cik Wildan..,”

“Ha..jangan bercik-cik ,panggil saja Wildan.,”

“Owh maaf,cik..eh,Wildan,Wardah.Saya pergi dulu ye,ada kerja sikit.Assalamualaikum.,”ujar Doktor Shah menamatkan perbualan.

Doktor Shah membuat helah.Hatinya tiba-tiba rasa cemburu terhadap Wildan.Hatinya mula memikirkan Wardah yang dikenalinya tadi.Sudah sekian lama dia mencari perempuan yang bernama Wardah,kawan alam mayanya yang mengubah hidupnya sehingga berjaya menjadi doktor dan imam muda juga.Dia pernah pergi ke tempat belajar yang diberitahu Wardah pada mulanya,tetapi dia tiada lagi disitu kerana telah dibuang.Sudah lama dia melupakan perkara itu,tetapi pada hari itu,kejadian tadi mengembalikan segala ingatannya pada perempuan yang dikaguminya,Wardah.

***

“Cik Wardah…,”panggil Doktor Shah ketika melihat Wardatul Shaukah keseorangan didalam bilik pesakit menjaga bapa mertuanya.

“Ye?!,”Wardatul Shaukah tersentak,dibalasnya dengan pertanyaan.Hatinya tidak tenang berdua sahaja dengan doktor muda itu.Bapa mertuanya masih koma sejak tadi lagi,belum sedarkan diri.Wildan pula menghantar mama dan adik-adik kembarnya pulang ke rumah untuk berehat dan akan datang kembali selepas itu.

“Erm..saya ade satu soalan.,”luah Doktor Shah,lupa tugasnya sebagai doktor disitu.

“Apa nama penuh awak?,”tanya Shah ingin memastikan kenalan mayanya atau tidak.Dia sentiasa mengingati nama yang indah itu kerana tidak pernah didengari nama sebegitu sebelum ini.Hatinya tidak keruan sedari tadi kerana memikirkan hal itu.Harapannya yang didepannya bukanlah Wardah yang dia tercari-cari selama ini kerana Wardah ini telah berkahwin,tidak sanggup dia menerimanya.

Setiap gadis yang mendampinginya ditolak satu persatu kerana mahu sekuntum mawar berduri itu.Mummy dan daddynya berkali-kali menasihatinya,langsung tidak dipeduli.

“Erm..Wardatul…,”belum sempat Wardah menghabiskan ayat itu.

“Assalamualaikum…,”ujar Wildan memasuki bilik itu.Dia langsung tidak mengesyaki apa-apa bila melihat isterinya bersama doktor muda yang baru dikenalinya tadi di dalam bilik itu.

“Waalaikumsalam warahmatullah,”jawab Wardatul Shaukah dan Doktor Shah serentak.

“Erm..saya keluar dulu ye.,”Doktor Shah meminta izin keluar,persoalannya masih juga tidak terjawab.Hatinya mula resah.

“Baiklah,terima kasih banyak doktor.,”Wildan menyambut.

Wildan dan Wardatul Shaukah tidur di sebelah kanan dan kiri katil menjaga abah mereka.Tanpa mereka sedari,jari-jemari Pak Wahab mula bergerak-gerak.

“Ya Allah,terima kasih kerana selamatkan aku,terima kasih juga ya Allah kerana Engkau memberikanku anak dan menantu yang baik ini.,”ucap Pak Wahab sayu sambil mengusap kepala Wildan dan Wardah perlahan-lahan terharu.

Beberapa hari selepas itu…

“Shah,bila abah saya boleh balik?,”tanya Wildan kepada Doktor Shah di pejabatnya setelah melihat abahnya makin sihat dan cergas semula.

‘Kalau aku bagi keluar awal,bila lagi aku nak jumpa Wardah,bila lagi aku nak tahu sape dia sebenarnya?Ye,aku patut tahan Encik Wahab dulu sebagai umpan.,”bisik Doktor Shah dalam hati.

“Erm..insyaAllah minggu depan.,”balas Doktor Shah agak lambat.

“Tapi,bukankah abah saya dah sihat?,”tanya Wildan lagi agak pelik.

“Ye,tapi,Encik Wahab perlu tinggal di sini dulu,kerana ada rawatan khas untuknya.Supaya lukanya cepat sembuh.,”jelas Doktor Shah tanpa rasa malu menipu.

“Oh,baiklah,terima kasih Shah.Saya pergi dulu.”

“Sama-sama.,”

Wildan berlalu ke bilik abahnya ditempatkan dengan rasa kesal.Tidak sanggup membiarkan isteri tersayang menjaga abahnya sendirian.Dia terpaksa bekerja kerana tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak patut diketepikan.

***

“Sayang,abang minta maaf tak dapat temankan sayang melawat abah.”

“Tak pe,sayang faham abang,abang ada tanggungjawab lain,sebagai isteri,sayang bertanggungjawab menjaga abah kita.Lagipun tak lama lagi abah dah boleh keluar kan.,”pujuk Wardatul Shaukah menghilangkan rasa bersalah suaminya.

“Sayang pergi dengan ape nanti?”

“InsyaAllah,sayang dah bincang dengan Ma,mungkin dengan teksi atau bas.,”

“Tak pe ke sayang,abang risaulah.”

“Abang,la takhaf,innallaha ma’ana.Jangan risau ye bang,Allah sentiasa ada untuk kita berharap di mana saje kita berada.,”

“Ye betul tu,ape pun hati-hati ye.Abang dah mula kerja esok.Ada ape-ape call abang ye.,”

“Ye abang,selamat malam.”

“Selamat malam sayang.,”

***

“Koh koh,Koh Koh…aduh,sakitnya tekak ni.Koh koh,”keluh Mama Wildan sendiri.

“Kenape Ma?Ma tak sihat ke?,”tanya Wardatul Shaukah menyedari ibu mertuanya itu terbatuk-batuk sedari tadi.

“Entah la Wardah,tiba-tiba je pagi ni macam nak demam je.Sejuk,sakit tekak pulak.,”

“Nanti kita pergi hospital kita minta ubat sekali ye.,”

“Eh,tak pelah,Ma tak makan ubat hospital tu.Pahit sangat.Tak pe nanti baik la tu.,”

“Oh ye ke,kalau macam tu,Ma rehat jelah kat rumah ye.Wardah boleh pergi sendiri melawat abah.”

“Tak pe,tak pe,Ma kuat lagi nak melawat abah.Koh..koh..,”balas Mama Wildan terbatuk-batuk tidak mahu mengalah.

“Ma,esoklah ye,Ma tak sihat tu.Esok,kita pergi sekali dengan abang Wildan.Esok abang janji nak hantarkan sebelum dia pergi kerja.”

“Erm..baiklah,Wardah kirim salam Ma kat abah ye.Jangan cakap Ma sakit,nanti risau pulak dia.,”pesan Mama Wildan lemah.

“Baik Ma.Ma jangan risau ye.Wardah naik bersiap dulu.,”

***

“Wardatul Shaukah…!Adakah awak?,”suara itu tiba-tiba kedengaran dari arah belakang Wardatul Shaukah ketika dia baru mula menjejak kaki masuk ke bilik bapa mertuanya ditempatkan.

“Iye…saya.Macam mana doktor tahu?,”

“Jadi betullah awak Wardatul Shaukah?Saya Shah.Shah UM.Ingat lagi tak,kita pernah chatting dulu.,”

‘Astaghfirullah haladhzim,’istighfar Wardatul Shaukah di dalam hati.Tidak disangka perkara ditakuti berlaku selama ini berlaku juga pada hari itu.

“Ermm..erm..saya ingat.Doktor lupakan saja perkara itu ye.Saya masuk dulu.,”balas Wardatul Shaukah ingin mengelak.Hatinya tidak keruan,takut menimbulkan fitnah kerana berduaan saja di situ.

“Kejap!,”jerit Doktor Shah.Dia tidak sanggup lagi menyimpan segala yang terpendam selama ini.

Wardatul Shaukah berhenti menghadap pintu bilik abahnya ditempatkan..Tidak sanggup melihat muka sahabat mayanya yang beberapa tahun dahulu ketika dia melayan nafsu bosannya itu.Rasa berdosa menerjah kembali.

“Wardah…saya suka awak.”luah Doktor Shah tanpa segan silu.

“Ma kenape?,”tanya Aman pelik dengan sikap mamanya itu.
“Ma,sape tepon Ma?,”tanya Amin pula.

“Abah..abah accident…,”tergagap-gagap mama Wildan memberitahu perkara sebenar.

“Man,Min,panggil Bang Ngah dan Kak Ngah,kita pergi hospital sekarang,cepat…!,”kalut mama Wildan,hatinya mula resah,segala kemungkinan boleh berlaku.Air mata mula berjuraian dipipi.

***

“Alhamdulillah,Encik Wahab dalam keadaan stabil sekarang.,“ujar doktor muda itu.

“Alhamdulillah,”serentak ahli keluarga Wildan termasuk Wardah bertahmid,bersyukur insan tersayang selamat.

“Terima kasih doktor,”ucap Wildan dan menyalami doktor muda tersebut.

“Boleh kami masuk?,”tanya mama Wildan.

“Erm,sebaiknya,saya sarankan sorang saja yang masuk.Bagi pesakit rehat dulu.,”ujar doktor muda itu.

“Ma masuk ye.Bang Ngah dan Wardah teman Man dan Min kat luar ni.,”ujar Wildan lembut di telinga mamanya yang masih terdengar esak tangisnya.Dia membiarkan mamanya masuk melihat abahnya yang terlantar di dalam sambil matanya melirik pada kedua-dua adik kembarnya yang terlena di atas kerusi semasa menunggu tadi.

“Doktor Shah,apa sebenarnya terjadi pada abah kami?,”tanya Wildan dengan menyebut nama sebenar doktor yang dilihatnya pada tag nama baju doktor muda itu.

Wardatul Shaukah mula berdebar.Dia terkejut mendengar nama tersebut.Tapi dia cuba menenangkan dirinya.

”Shah bukan seorang,”hatinya menenangkan.

Dia duduk bersebelahan adik-adik iparnya itu.Telinganya masih menangkap segala perbualan doktor muda itu dengan suaminya.

“Semasa Encik Wahab dibawa kesini oleh orang awam,seluruh badannya dipenuhi darah.Katanya accident dengan dua buah kereta di pembahagi jalan.Kepala Encik Wahab terhentak di atas jalan raya,Alhamdulillah tidak terlalu kuat kerana topi keledar yang dipakainya.Kakinya pula penuh luka,mujurlah tiada yang patah.Semuanya selamat.Subhanallah,selalunya kejadian seperti ini,penunggang motorsikal akan maut,itulah kekuasaan Allah kan.,”cerita Doktor Shah segala yang diketahuinya.

“Subhanallah,Alhamdulillah,”ucap Wardatul Shaukah sambil mengusap kedua-dua tapak tangannya ke muka.

Doktor Shah dan Wildan berpaling ke arah Wardatul Shaukah.
“Ini isteri saya,dan dua lagi tu adik kembar saya.,”ramah Wildan mempekenalkan ahli keluarganya.Dia semakin selesa bersama Doktor Shah yang baru dikenalinya itu.

Wardatul Shaukah terkejut,tidak sedar suaranya menganggu percakapan mereka berdua.

“Owh,Cik…,”
“Panggil Wardah je,”Wardatul Shaukah tunduk memperkenalkan dirinya.

‘Wardah?Ya Allah..adakah ini Wardah yang aku cari selama ini?Tak mungkin,tak mungkin,dia dah bersuami.,’monolog Doktor Shah di dalam hati.

“Owh Wardah,saudara nama siapa ye.Dari tadi kita berbual lupa pulak nak tanya nama.,”ujar Doktor Shah pula bersuara,risau lamunannya membuat orang lain berfikir negatif padanya.

“Wildan,panggil Wildan saja.A’ah kan,tak sangka pula kita boleh berkenalan disini.,”

“Betul tu cik Wildan..,”

“Ha..jangan bercik-cik ,panggil saja Wildan.,”

“Owh maaf,cik..eh,Wildan,Wardah.Saya pergi dulu ye,ada kerja sikit.Assalamualaikum.,”ujar Doktor Shah menamatkan perbualan.

Doktor Shah membuat helah.Hatinya tiba-tiba rasa cemburu terhadap Wildan.Hatinya mula memikirkan Wardah yang dikenalinya tadi.Sudah sekian lama dia mencari perempuan yang bernama Wardah,kawan alam mayanya yang mengubah hidupnya sehingga berjaya menjadi doktor dan imam muda juga.Dia pernah pergi ke tempat belajar yang diberitahu Wardah pada mulanya,tetapi dia tiada lagi disitu kerana telah dibuang.Sudah lama dia melupakan perkara itu,tetapi pada hari itu,kejadian tadi mengembalikan segala ingatannya pada perempuan yang dikaguminya,Wardah.

***

“Cik Wardah…,”panggil Doktor Shah ketika melihat Wardatul Shaukah keseorangan didalam bilik pesakit menjaga bapa mertuanya.

“Ye?!,”Wardatul Shaukah tersentak,dibalasnya dengan pertanyaan.Hatinya tidak tenang berdua sahaja dengan doktor muda itu.Bapa mertuanya masih koma sejak tadi lagi,belum sedarkan diri.Wildan pula menghantar mama dan adik-adik kembarnya pulang ke rumah untuk berehat dan akan datang kembali selepas itu.

“Erm..saya ade satu soalan.,”luah Doktor Shah,lupa tugasnya sebagai doktor disitu.

“Apa nama penuh awak?,”tanya Shah ingin memastikan kenalan mayanya atau tidak.Dia sentiasa mengingati nama yang indah itu kerana tidak pernah didengari nama sebegitu sebelum ini.Hatinya tidak keruan sedari tadi kerana memikirkan hal itu.Harapannya yang didepannya bukanlah Wardah yang dia tercari-cari selama ini kerana Wardah ini telah berkahwin,tidak sanggup dia menerimanya.

Setiap gadis yang mendampinginya ditolak satu persatu kerana mahu sekuntum mawar berduri itu.Mummy dan daddynya berkali-kali menasihatinya,langsung tidak dipeduli.

“Erm..Wardatul…,”belum sempat Wardah menghabiskan ayat itu.

“Assalamualaikum…,”ujar Wildan memasuki bilik itu.Dia langsung tidak mengesyaki apa-apa bila melihat isterinya bersama doktor muda yang baru dikenalinya tadi di dalam bilik itu.

“Waalaikumsalam warahmatullah,”jawab Wardatul Shaukah dan Doktor Shah serentak.

“Erm..saya keluar dulu ye.,”Doktor Shah meminta izin keluar,persoalannya masih juga tidak terjawab.Hatinya mula resah.

“Baiklah,terima kasih banyak doktor.,”Wildan menyambut.

Wildan dan Wardatul Shaukah tidur di sebelah kanan dan kiri katil menjaga abah mereka.Tanpa mereka sedari,jari-jemari Pak Wahab mula bergerak-gerak.

“Ya Allah,terima kasih kerana selamatkan aku,terima kasih juga ya Allah kerana Engkau memberikanku anak dan menantu yang baik ini.,”ucap Pak Wahab sayu sambil mengusap kepala Wildan dan Wardah perlahan-lahan terharu.

Beberapa hari selepas itu…

“Shah,bila abah saya boleh balik?,”tanya Wildan kepada Doktor Shah di pejabatnya setelah melihat abahnya makin sihat dan cergas semula.

‘Kalau aku bagi keluar awal,bila lagi aku nak jumpa Wardah,bila lagi aku nak tahu sape dia sebenarnya?Ye,aku patut tahan Encik Wahab dulu sebagai umpan.,”bisik Doktor Shah dalam hati.

“Erm..insyaAllah minggu depan.,”balas Doktor Shah agak lambat.

“Tapi,bukankah abah saya dah sihat?,”tanya Wildan lagi agak pelik.

“Ye,tapi,Encik Wahab perlu tinggal di sini dulu,kerana ada rawatan khas untuknya.Supaya lukanya cepat sembuh.,”jelas Doktor Shah tanpa rasa malu menipu.

“Oh,baiklah,terima kasih Shah.Saya pergi dulu.”

“Sama-sama.,”

Wildan berlalu ke bilik abahnya ditempatkan dengan rasa kesal.Tidak sanggup membiarkan isteri tersayang menjaga abahnya sendirian.Dia terpaksa bekerja kerana tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak patut diketepikan.

***

“Sayang,abang minta maaf tak dapat temankan sayang melawat abah.”

“Tak pe,sayang faham abang,abang ada tanggungjawab lain,sebagai isteri,sayang bertanggungjawab menjaga abah kita.Lagipun tak lama lagi abah dah boleh keluar kan.,”pujuk Wardatul Shaukah menghilangkan rasa bersalah suaminya.

“Sayang pergi dengan ape nanti?”

“InsyaAllah,sayang dah bincang dengan Ma,mungkin dengan teksi atau bas.,”

“Tak pe ke sayang,abang risaulah.”

“Abang,la takhaf,innallaha ma’ana.Jangan risau ye bang,Allah sentiasa ada untuk kita berharap di mana saje kita berada.,”

“Ye betul tu,ape pun hati-hati ye.Abang dah mula kerja esok.Ada ape-ape call abang ye.,”

“Ye abang,selamat malam.”

“Selamat malam sayang.,”

***

“Koh koh,Koh Koh…aduh,sakitnya tekak ni.Koh koh,”keluh Mama Wildan sendiri.

“Kenape Ma?Ma tak sihat ke?,”tanya Wardatul Shaukah menyedari ibu mertuanya itu terbatuk-batuk sedari tadi.

“Entah la Wardah,tiba-tiba je pagi ni macam nak demam je.Sejuk,sakit tekak pulak.,”

“Nanti kita pergi hospital kita minta ubat sekali ye.,”

“Eh,tak pelah,Ma tak makan ubat hospital tu.Pahit sangat.Tak pe nanti baik la tu.,”

“Oh ye ke,kalau macam tu,Ma rehat jelah kat rumah ye.Wardah boleh pergi sendiri melawat abah.”

“Tak pe,tak pe,Ma kuat lagi nak melawat abah.Koh..koh..,”balas Mama Wildan terbatuk-batuk tidak mahu mengalah.

“Ma,esoklah ye,Ma tak sihat tu.Esok,kita pergi sekali dengan abang Wildan.Esok abang janji nak hantarkan sebelum dia pergi kerja.”

“Erm..baiklah,Wardah kirim salam Ma kat abah ye.Jangan cakap Ma sakit,nanti risau pulak dia.,”pesan Mama Wildan lemah.

“Baik Ma.Ma jangan risau ye.Wardah naik bersiap dulu.,”

***

“Wardatul Shaukah…!Adakah awak?,”suara itu tiba-tiba kedengaran dari arah belakang Wardatul Shaukah ketika dia baru mula menjejak kaki masuk ke bilik bapa mertuanya ditempatkan.

“Iye…saya.Macam mana doktor tahu?,”

“Jadi betullah awak Wardatul Shaukah?Saya Shah.Shah UM.Ingat lagi tak,kita pernah chatting dulu.,”

‘Astaghfirullah haladhzim,’istighfar Wardatul Shaukah di dalam hati.Tidak disangka perkara ditakuti berlaku selama ini berlaku juga pada hari itu.

“Ermm..erm..saya ingat.Doktor lupakan saja perkara itu ye.Saya masuk dulu.,”balas Wardatul Shaukah ingin mengelak.Hatinya tidak keruan,takut menimbulkan fitnah kerana berduaan saja di situ.

“Kejap!,”jerit Doktor Shah.Dia tidak sanggup lagi menyimpan segala yang terpendam selama ini.

Wardatul Shaukah berhenti menghadap pintu bilik abahnya ditempatkan..Tidak sanggup melihat muka sahabat mayanya yang beberapa tahun dahulu ketika dia melayan nafsu bosannya itu.Rasa berdosa menerjah kembali.

“Wardah…saya suka awak.”luah Doktor Shah tanpa segan silu.

Kring…kring…
Kring…kring…

“Assalamualaikum…,”

“Waalaikumussalam,Iqah,ape khabar?Macam mana dengan cucu ummi sihat ke?”

“Ummi…!Alhamdulillah,Iqah sihat,cucu ummi pun sihat.Iqah rindu sangat dekat Ummi.Ummi sihat?Bila Ummi nak datang Perlis ni?,”

“Alhamdulillah,ummi sihat,batuk sikit je.Ummi pun rindu kat Iqah,tak tahu lah bila ummi dapat pergi sana,ni abi Iqah ni sibuk sikit.Peperiksaan dah dekat,sibuk lah buat soalan untuk murid-murid dia tu.Dah lama Iqah tinggal kat Perlis ye,berapa bulan dah cucu Ummi tu?Ni,Wildan ade tak kat rumah?”

“Oh macam tu,tak pe lah.Nanti bila abang Wildan dapat cuti,Iqah ajak balik rumah ye.Wildan tak de,pergi kerja,petang baru balik.Cucu ummi ni baru 8 bulan.Dia suka tendang la Ummi.Macam mana la masa Iqah duduk dalam perut Ummi ye,sian kat Ummi.”ujar Wardatul Shaukah tenang sambil mengusap perutnya yang makin membesar.

“Nak dekat dah tu.MasyaAllah,cepatnya waktu berlalu ye.Tendang,gerak-gerak tu biasalah Iqah,masa mengandung ni lah pengalaman yang tak dapat kita lupakan.
Tak sangka kita bawa satu lagi nyawa dalam perut kita bersama kita sentiasa.Subhanallah kuasa Allah.Jaga baik-baik ye cucu Ummi tu.Ummi doakan anak Iqah ni sihat dan menjadi seorang yang beriman serta tabah menghadapi liku-liku kehidupan di dunia ni macam mak dia jugak.Amin.”

Wardatul Shaukah terharu dengan doa yang dilafazkan Umminya.Dia tidak menyangka banyak hikmah disebalik apa yang telah terjadi dahulu.Sehingga dia rasa bahagia bersama suaminya sekarang.

‘Syukur Alhamdulillah.Maha suci Engkau ya Allah.Engkau sebaik-baik perancang.’,doanya dalam hati.

“Amin,terima kasih ummi atas doa ummi.Ummi,Iqah bersyukur sangat,Ummi sentiasa memberi semangat pada Iqah tak kira susah atau senang.,”ucap Wardatul Shaukah,matanya mula berkaca.

“Memang tanggungjawab Ummi anakku.Nanti Iqah jadi mak,Iqah tahulah.Dah,jangan sedih sedih,nanti cucu Ummi pun sedih.Ok lah Iqah,Ummi nak masak dulu,nanti abi Iqah balik.Kirim salam Ummi kat Wildan dengan lafaz Assalamualaikum.Jaga diri baik-baik.Kalau ade ape-ape,telefon je Ummi ye.”

“InsyaAllah Ummi,kirim salam Iqah pada abi juga ye.Iqah sayang Ummi.Assalamualaikum.”

“InsyaAllah Iqah,Ummi sayang Iqah juga.Waalaikumussalam warahmatullah.”

Tit…tit...
Tit…tit…

1 Message received

Wardatul Shaukah membuka mesej yang baru sahaja masuk dalam telefon bimbitnya setelah dia meletakkan ganggang telefonnya.

Assalamualaikum…
Sahabatku Wardatul Shaukah,Jannah rindu sangat kat awak.Awak ape khabar?Kat Perlis kan?Kenape pindah sana?Dengar kata dah pregnant ye?
~Jannah~

Waalaikumussalam warahmatullah,Alhamdulillah ya ukhti fillah,saya sihat.A’ah kat Perlis,abang Wildan kena tukar kerja kat sini.Alhamdulillah,kandungan saya baru sahaja masuk 8 bulan.Macam mana kehidupan Jannah sekarang?
~Wardah~

Ye ker,Alhamdulillah,mesti comel baby tu nanti macam mak dia jugak kan.Dah dekat tu,nanti jangan lupa bagi tahu ye.Sebenarnya,Jannah nak jemput awak dan suami ke walimah Jannah dua minggu lagi.4 Julai ni.Jemput datang ye.Jannah ade pos kad kahwin,minta alamat kat Ummi awak hari tu.InsyaAllah tak lama lagi sampai la tu.
~Jannah~

Alhamdulillah...Tahniah Jannah,beruntung lelaki tu.InsyaAllah,kalau tak de aral melintang,saya dan suami mesti pergi.Rindunya kat Jannah,harap sangat dapat pergi nanti.
~Wardah~

Jazakillah.Jannah tunggu awak dan suami serta baby ye.Ok lah Wardah,jg diri,Assalamualaikum.
~Jannah~

InsyaAllah,syukran Jannah,Waalaikumussalam warahmatullah.
~Wardah~

***

“Jannah,abang kenal kan.Classmate abang dulu.Dia jemput kita ke walimah dia,4 Julai ni.Abang free tak masa tu?,”tanya Wardatul Shaukah sopan.

“Oh,Jannah,ni kad dia ye.Abang ambil kat luar tadi.Rajin dia pos kat kita ye.Tak sangka dia dah nak kawin.InsyaAllah abang tak de kerja hari tu,boleh la kita pergi.”balas Wildan penuh kasih-sayang.
“Alhamdulillah.Oh,kad dia dah sampai rupanya,Shahrul Nidhzom.Erm..ni bakal suami Jannah ye.Nice name.”puji Wardatul Shaukah jujur.

“Tapi,sayang kena jaga diri tau,due date dah dekat.Anak abi,duduk diam-diam ye.Jangan tendang-tendang ummi,sian dekat ummi.Nanti kita pergi walimah mak cik Jannah ye.,”kata Wildan perlahan sambil mengusap perut isteri tersayang.

Wardatul Shaukah tersenyum manja melihat telatah suaminya,mata mereka bertembung.Cinta mereka makin mekar akan kehadiran orang baru di dalam keluarga mereka.

***

“Uwekk uwekk…”kedengaran tangisan bayi yang baru lahir dari bilik pembedahan dijalankan.

“Alhamdulillah.,”ucap seluruh ahli keluarga Wildan dan Wardatul Shaukah yang menunggu dari semalam lagi sesampai saja dari kampung di hospital sejurus menerima perkhabaran dari Wildan.Selepas empat jam,baru kedengaran suara tangisan bayi yang mereka nanti-nantikan.

Manakala Wildan menemani Wardatul Shaukah di dalam bilik pembedahan memberi semangat pada isteri tercinta untuk terus berjuang,bertarung nyawa selama beberapa jam tadi.

“Doktor,macam mana dengan dua nyawa di dalam?,”tanya Masyitah sementelah seorang doktor dan dua jururawat keluar dari bilik pembedahan itu.Semua berdiri tidak sabar mendengar perkhabaran baik yang keluar dari mulut doktor itu.

Doktor serta dua lagi jururawat itu tunduk dan menampakkan keseriusan di wajah mereka.

“Kenape doktor?Macam mana dengan anak saya?,”tanya Ummi Wardatul Shaukah mendesak,tidak sanggup menunggu lebih lama.

Doktor mula tersenyum.

“Bukan sahaja dua nyawa,malah,lima nyawa selamat.Tahniah,Puan Wardah baru sahaja melahirkan kembar empat.Dua lelaki dan dua perempuan.”ujar doktor itu.Senyumannya masih berbaki dan memandang ke arah Aman dan Amin yang nyenyak tidur di atas kerusi panjang berhampiran.

Pujian kehadrat Illahi tidak putus-putus dilafazkan.Mereka semua solat Subuh di surau yang telah disediakan di hospital itu.Sujud syukur tidak dilupakan.

“Iqah…,”panggil Ummi Wardatul Shaukah sejurus menjejak kaki masuk ke bilik yang ditempatkan anaknya itu.Wildan tiada disisi Wardatul Shaukah ketika itu.
Semua ahli keluarga yang lain turut masuk melawat Wardatul Shaukah.

“Ummi,Abi,Ma,Abah,Kak Masyitah…rindunya.Eh,Aman dan Amin pun ade.Terima kasih sudi datang.,”lemah suara Wardatul Shaukah.

Mereka berpelukan melepaskan rindu.

“Kak Ngah,mana baby?Kak Long cakap ade empat baby.Aman nak dua orang.”tanya Aman sambil menoleh kanan dan kiri mencari sesuatu.

“A’ah,Amin pun nak dua orang.,”

Wardatul Shaukah tersenyum mendengar keinginan adik iparnya itu.

“Assalamualaikum…,”ucap Wildan dari pintu masuk dengan memangku dua bayi di kedua-dua belah tangannya.Dan dua lagi dipangku oleh dua orang jururawat dibelakang Wildan.

“Baby…!,”jerit Aman dan Amin dan berlari ke arah Wildan.

“Eh,Aman,Amin,mari sini.Nanti la,biar Bang Ngah pegang dulu.Nanti kita main dengan baby tu ye.,”larang Mama Wildan berhikmah.

“Baik Ma..!,”pantas mereka menjawab.Mereka sudah diajar supaya patuh dan hormat cakap orang yang lebih tua.

Dua jururawat tadi memberi dua bayi itu kepada Wardatul Shaukah yang bersandar di atas katil.Kedua-duanya dipegang dengan penuh rasa syukur.Hatinya tidak henti-henti mengungkap syukur dan hamdalah pada yang Esa.Wildan pula berdiri disamping isteri tercinta.

“Dah bagi nama ke?,”tanya Abah Wildan pula yang duduk di atas kerusi di sebelah katil Wardatul Shaukah.

“Alhamdulillah.Dah.”jawab Wildan melemparkan senyuman pada isteri kesayangannya.

“Ni Mohamad Wahiduddin dan Mohamad Wafiuddin,.”beritahu Wardatul Shaukah sambil menunjukkan bayi di kanan dan kiri yang dipegangnya.

“Dan ni pula,Nurul Wajihah dan Nurul Wasimah.,”beritahu Wildan pula menunjukkan bayi yang dipangkunya.

“MasyaAllah,sedap-sedap namanya.”puji Abi Wardatul Shaukah sambil menyambut Nurul Wajihah yang diberi Wildan padanya.

“Meh,nenek nak pegang cucu nenek ni.,”pelawa Mama Wildan menghulurkan tangannya menyambut Mohamad Wahiduddin dari Wardatul Shaukah.

Mohamad Wafiuddin dan Nurul Wasimah pula diberi pada Abah Wildan dan Ummi Wardatul Shaukah.

Kegembiraan terpancar pada setiap wajah di dalam bilik itu.Wardatul Shaukah dan Wildan berpandangan dan tersenyum kesyukuran.

“Assalamualaikum…,”satu suara memberi salam dari arah luar pintu.

“Waalaikumussalam warahmatullah.Jannah?Jannah…,”jerit Wardatul Shaukah sedikit tinggi terkejut dengan kehadiran pengantin baru itu tidak disangka-sangka.

Jannah terus masuk dan memeluk sahabat kesayangannya itu.

“Maaf Jannah,saya tak dapat datang walimah Jannah.,”

“Tak pe,Jannah faham.Awak perlu bertarung di sini.Tahniah,empat sekali dapat.Subhanallah.,”ucap Jannah terharu.Amat pemurahnya Allah.

“Tu,suami Jannah.,”beritahu Jannah sambil menunjukkan ke arah suaminya yang baru sahaja masuk ke bilik itu.

“Doktor Shah?,”kata Wildan dan Wardatul Shaukah serentak.

“Awak kenal?,”tanya Jannah hairan.

“Ye,kami dah kenal Doktor Shah,dia yang merawat abah Wildan satu masa dulu.,”terang Wardatul Shaukah tenang.Tiada lagi rasa takut,kerana dia yakin Doktor Shah sudah berubah dan telah bertemu dengan pilihan yang tepat iaitu Jannah yang mula mengenakan pakaian sunnah yang sopan lagi menutup aurat itu.

“Alhamdulillah.Sungguh rapi perancangan Allah.Dipertemukan kita kembali tanpa disangka.Pelbagai cabaran,fitnah yang terpaksa awak hadapi,Jannah bangga dengan awak,tahniah mujahidah solehah…!Sungguh adil Allah,Dia memberikan apa yang patut pada setiap hamba-Nya.Perjuangan ibarat tiram dilaut,dihiris pepasir tercalarlah ia,sungguhpun terluka tetapi dipendam,sungguhpun pedih tapi disimpan,namun akhirnya dibalas mutiara.Selamat berjuang sahabat.Perjalanan kita masih jauh.,”lancar Jannah menunturkan kata yang dihafalnya dari penanda buku yang pernah dihadiahkan oleh Wardatul Shaukah ketika dapat menjawab teka-teki satu masa dulu.

“Alhamdulillah sahabat,terima kasih.Yang penting keyakinan pada Allah.Keyakinan pada Allah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering menjadikan seorang muslim tetap tegar disaat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan.Biar rebah jangan berubah,biar terbuang terus berjuang.Ujian adalah tarbiah dari Allah,semakin dekat bahtera kita kepada-Nya,semakin hebat taufan melanda.Semalam adalah kenangan,hari ini adalah peluang,esok adalah harapan,genggam jadi kejayaan.,”tutur Wardatul Shaukah lancar.Air matanya mula keluar dari tubir matanya itu.Lantas memeluk Jannah,dilupakan rasa sakitnya ketika itu mengenang kembali perkara-perkara yang terpaksa ditempuhi sebelum ini.

Semua yang berada di dalam bilik itu juga turut terkena impaknya.
Kegembiraan tadi diganti dengan tangisan kerana bangga dengan seorang mujahidah yang bermujahadah untuk menetapkan dirinya atas jalan yang diredhai pencipta dirinya itu.

Ingatlah orang yang bermujahadah, tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan, cukup sekadar engkau telah menempuh jalan.Justeru ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya ada di hujung jalan,tetapi ada di sepanjang jalan.Genggamlah Al-Quran,ingat mati dan berangkatlah.Jalan mujahadah itu susah tetapi indah.

~~~TAMAT~~~


"Perjuangan ibarat tiram dilaut,dihiris pepasir tercalarlah ia,sungguhpun terluka tapi dipendam, sungguhpun pedih tapi disimpan,namun akhirnya dibalas mutiara.."



7 comments :

sEindAh mAwAr bErdUri_bidAdAri syUrgA_ said...

yeyeah!!i like this one!!wardatulshauqah..nama blog ana 2..^_^...Ila..ana minta share bleh??hehee..ana nak simpan bleh??hehe

dalila hanim said...

"...wsslm...boleh2...tafadhalii..
blh je share2 dgn kengkawan len...^__^"

ajer said...

SubhanAllah.. indah karya ni.. :) syukranLillah. syukran krn berkongsi.. terukan mnulis

dr.adilahhebat :) said...

subhanaallah , bestnya karya ukhti ini . alhamdulillah byk pengajaran dan ilmu yang boleh ana peroleh dr cerpen ini . syukran ukhti <3 uhibbuki fillah

Delisha Haseena said...

dr.adilah: shukron:) uhibbuki fillah aidhon^^

Anonymous said...

salam perjuangan...sweet story,byk pngajarannya...tenkiu krana anda mampu membuka minda dan jiwa2 kosong yg ketandusan iman...^__^

Anonymous said...

Hi. Wow menarik artikel ni... tahniah admin.

Also visit my blog Tips Pemasaran Facebook

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~