CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

mencari sinar~

Photobucket

aku dan sesuatu~

aku dan sesuatu~
something unexpected alwayz appears in our life,..is this fate or only a coincidence.....Allah knows everything.....

*i'm not a writer, i'm a mere volunteer missionary n storyteller*

"Inna Fatahnaa Laka FathanMubinaa"

Menarik di dalam~

Monday, September 6, 2010

Kisah Teladan: Hadiah Terbaik Dan Terburuk~


Bismilla-hir-rahmaa-nir-rahim Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.. yg menjadikan dan menciptakan makhluk seperti kita dimuka bumi ini.. Sesungguhnya pada Allah tempat kami mohon perlindungan dan pertolongan. ----------------------------------------
-------------------
Kisah Teladan: Hadiah Terbaik Dan Terburuk

Ada sebuah kisah menarik yg penuh tersirat dan bermakna dlm menyampaikan nasihat kpd kita...diceritakan.. Seorang ibu yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Luqman al-Hakim. Ibu itu berpesan, katanya “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.”

Setelah disembelih, Luqman mengirim HATI dan LIDAH kambing kepada ibu itu. Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing. Kali ini dia berpesan agar dikirimkan bahagian yang terbaik daripada kambing itu. Setelah kambing disembelih, Luqman mengirim HATI dan LIDAH juga kepada ibu yang dermawan itu.
“Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan dikirimkan bahagian yang sama ketika saya memesankan bahagian yang terbaik?” tanya ibu tersebut kepada Luqman.
Luqman menjawab, “HATI dan LIDAH amatlah BAIK ketika ia BAIK dan menjadi BURUK apabila keduanya BURUK.”

Mendengar jawapan tersebut, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman. HATI dan LIDAH itu adalah TUNJANG segala kebaikan dan juga IBU kejahatan serta keburukan.

Jagalah hati dan jagalah lidah kita, Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain. Sedangkan juga lidah itu ibarat pedang yg tajam..jika tersilap hayunan maka terhirislah ia, menjadi luka yg dalam, sakit yg berpanjangan serta buruklah perlakuan..

sekadar berkongsi...^^

p/s: percubaan kembali...

Sumber: Kisah seribu teladan

edit tambahan : MHI


2 comments :

ibnusina said...

salam..mari bermujahadah!!memelihara hati dan lidah daripada bermaksiat kepada-Nya..

dalila hanim said...

tob'an!!
sama2 kita mnjaganya...^^

KHAZINATUL ASRAR~

copy this to your blog
Photobucket

Semoga bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mari berbicara bersama...~