Ilmu yang betul2 bermanfaat...



Konsep: Forum

Ahli Panel: Ustaz Zahazan Mohamed

: Imam Muda Asyraf Redzuan

Di sini ana ingin berkongsi sedikit maklumat yg ana dapat dari forum yg membawa tilte ‘Muslim Step Forward’ ...

1. Sesungguhnya agama yg diredhai dan diterima oleh Allah ialah Islam... selain tu tidak diredhai dan ditolak oleh Allah... kerana Islam adalah agama yang benar...

Maksud firman Allah: Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali Imran:85)

‘sesungguhnya agama di sisi Allah ialah agama Islam’

dan masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya... kerana Islam itu agama yg syumul...

Soalannya... mengapa umat Islam tidak kuat pada hari ini??

Banyak dalam ayat Quran Allah menyebut ttg kemenangan Islam....tapi kenapa Islam tak menang2...

Dalam peristiwa di medan uhud,.. ulama’ menyatakan dalam terjemahannya;

“..Islam itu gagal bukan sebab Islam itu sendiri,tetapi sebab tidak ikut prinsip Islam yg sebenar....”

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata;-

“...Jika kita ambil selain daripada Islam, Allah akan menghina kita....”

Rujuk kitab ‘Riyadhus-Solihin’


2. Bagaimana nak menzahirkan Islam yg sebenar?


Sebenarnya ianya bermula daripada hati... keindahan hati itu...hati kita perlu kepada getaran-getaran yg perlu digerakkan, sebab iman kita tidak menentu...

Bercakap tentang keindahan, bagaimana kita nak memupuk keindahan...

Apa yg penting ialah kecantikan AKHLAK...

Kecantikan dan keindahan itu datangnya daripada hati...dan apabila kita ingin tunjukkan keindahan Islam itu hendaklah daripada hati kita yg cantik,kecantikan kalau tidak meletakkan pada hati,itu bukan cantik dan kalau kita ingin persembahkan Islam yang CANTIK itu,datang daripada hati dan kita kena cantik untuk kita mempersembahkan Islam itu supaya orang lihat cantik dan yg sebenar-benar cantik sebab Allah tahu kita sudah jadi cantik....=)

Banyak CANTIKnya....^__^


3. Faktor kejayaan umat terdahulu....


Rujuk kitab sirah yang terbaik ‘Ar-rahimul Makhtum’

Antaranya mereka mendidik anak-anak mereka dengan rasa berTuhan...bagaimana merasakan Allah sentiasa bersama kita...

Nabi mendidik orang-orang di sekelilingnya sebagai ‘leader’ (pemimpin)

Semua layak jadi pemimpin...

Apa yang Nabi lafaz, itu yg Nabi laksanakan

Abu al-Aswad pernah mnyatakan;-

“..wahai si fulan, kamu mengajak org berbuat kebaikan, tetapi kamu sendiri tidak melaksanakan kebaikan tersebut...”

Imam nawawi memasukkan satu hadith nabi yang menyatakan amaran berat kepada seseorang yg berkata sesuatu ttp tidak mengerjakan apa yg dikata, kita bertanggungjawab dgn apa yg kita perkatakan di dunia.. bagaimana peristiwa di akhirat nnt,

Brkumpulnya manusia, seorang lelaki , Allah ambil dia dan Allah lempar dia sehingga hancur tulang-tulang dan terkeluar isi perut... dan digiling seperti himar (keldai) ..

Kemudian semua penghuni neraka hairan dan bertanya kpd lelaki tersebut..

“..ya Fulan, ma haza??” “..wahai lelaki, kenapa ini??”

“..kenapa Allah mengazab kamu sgt teruk sehingga kami tidak sanggup melihatnya..? dan bukankah sewaktu di dunia , engkau mengajak kami melakukan kebaikan dan melarang kami melakukan kemungkaran..?”

Lelaki itu menjawab;-

“..Aku, sewaktu di dunia menyuruh org melakukan kebaikan dan melarang org melakukan kemungkaran,ttp hari ini aku diazab teruk krn disebabkan aku tidak melaksanakan apa yang aku lafazkan dan aku melaksanakan apa yg aku larang....” (na’uzubillahi min zalik)

Firman Allah yg bermaksud;-
“..Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3) Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh..” (4)


4. Bagaimana nak ubah spekulasi pandangan orang bukan muslim terhadap orang muslim?

Sebenarnya, spekulasi tidak boleh diubah tetapi kita yg perlu ubah krn bila kita berubah ke arah kebaikan, spekulasi itu tidak akan ada, kerana apabila kita melakukan seperti apa yg kita katakan, maka itu akan menjadikan orang tak akan mengatakan spekulasi terhadap kita. Orang melihat kita melalui AKHLAK...dan contoh AKHLAK terbaik ialah RASULULLAH s.a.w


p/s;- sampaikan walau satu ayat

___________________________________________________

Post a Comment

0 Comments