Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.
Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).
2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.
Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.
Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.
Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.
Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya
JANGAN HIPOKRIT BILA INGINKAN SESUATU...JANGAN TUNJUK 'SOMETHING' YANG PALSU BILA INGINKAN SESUATU....JANGAN JADI SPERTI "LOOKS WHO TALKING"....JANGAN JADI "INCONSISTENCY"....TAPI,JADILAH DIRI SENDIRI,....JADILAH DIRI ANDA!!!!JANGAN JADI ORG LAIN!~~~
siapa aku?
Aku tidak suka digelar 'bunga' kerana bunga akan layu apabila disinggah kumbang perosak! Tapi,aku nak jadi seperti Matahari, yang memancar manusia dan kumbang pasti sukar untuk memandangku apatah lagi menyentuhku! # Semoga Allah redha.
about me~
Saya describe diri saya mengikut sahabat baik saya punya pandangan. Katanya, saya seorang yang 'unpredictable'. Itu sahaja yang dia pernah cakap mengenai saya. Alhamdulillah sejujurnya saya suka terhadap orang yang merendah diri dan sentiasa memandang ke bawah sekiranya dia seorang yang sudah mencapai tahap kejayaan yang sempurna. Dan ingatlah, setiap kelebihan kita semuanya datang daripada Allah, Robb al-Jalil.. *Peace With Imaan*
loving each other~
"..aku mencintaimu kerana semangat perjuangan agama yang ada padamu,jika hilang semangat perjuangan agama padamu,maka hilanglah cintaku padamu...."
Diriku selamanya~
Aku tidak akan sekali-kali bermain dengan api cinta manusia! Keredhaan Allah yang aku cari bukan keredhaan manusia! Cinta after NIKAH!
Tulislah perkara bermanfaat. Menulislah walaupun sedikit. Mulakanlah menulis walaupun orang menganggap awal penulisan anda seperti 'sampah'. Sampah pada permulaan, lama-lama pasti akan berkembang maju menjadi sebuah mutiara.
# Motivasi daripada Ustaz Hasrizal.
Penulisan awal seperti sampah itu lebih baik daripada yang tidak berani untuk menulis apa-apa.
i'll try to change~
"......ye...nak berubah mmg susah,bagi aku wlupon payah,akan menjadi mudah,sekiranya niat kerana Allah,dan untuk mngikut sunnah Rasulullah...."-insha-Allah- *peace with imaan*
cinta hakiki~
Sesungguhnya jika rindu itu dirasai rindulah pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Nya Jika rindu seseorang… moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah Jangan biarkan rindu itu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Nya
prinsip hidupku~
"...dlm hidup aku,ketegasan adlh slh satu prinsip aku,terutama trhadap kaum adam,..aku harap lepas ni aku dapat mnjaga diriku dari gngguan2 kaum lawanku utk menjaga prinsip hidupku....insha-Allah.... DAUN bermakna persaudaraan dan kasih sayang, BUNGA merupakan wawasan untuk hiasi alam dengan haruman akhlak, manakala DURI membawa erti ketegasan sebuah prinsip..”
analisa siapa kita~
".....brbicaralah dgn hati kita ttg iman,bncanglah dgn anggota ttg amalan,maka dgn itu dapatlah konklusi dan solusi untuk mnambah apa yg terkurang..." insha-Allah~
cinta~
“...Wanita lebih baik dan unggul dr lelaki dlm soal cinta. Wanita lbih mndlm cintanya dr lelaki, lbih ikhlas dlm cinta dn lbih bsar pngorbanannya demi cinta. Wanita juga byk menanggung pnderitaan dlm cnta brbnding llki...” "...Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka...."
kecantikan dalam dan luar~
“....Kecantikan batin boleh menambah kecantikan lahir, kecantikan lahir boleh mengurangkan kecantikan batin, kecantikan lahir tidak bererti tanpa kecantikan batin....” Wahai lelaki, janganlah kamu melirik muka seorang perempuan, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu benar2 ingin meminangnya. Jika perempuan itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik itu akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
Mutiara Hadith~
Diriwayatkan dairpada Zaid Bin Thabit R.A:
Allah menyerikan orang yang mendengar suatu hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada orang yang lebih memahami. Berkemungkinan juga orang yang membawa suatu kefahaman sebenarnya ia tidak memahaminya.
~Abu Daud dan Al-Tirmizi
Yang sangat berguna adalah seorang lelaki yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,kemudian dia bekerja menurut darjat dan ...batasnya. - Imam Syafie-
Carilah seribu sahabat dalam pergaulan, kerana seribu sahabat belumlah banyak. Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang seorang itu sudah lebih daripada ramai. – Lukman Hakim -
Tidak dihitung kaya yang banyak harta, tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa. – Bukhari dan Muslim –
Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab -
Berani menyatakan pendirian adalah sifat perwira,tetapi berani mengaku salah adalah lebih perwira. – Hamka -
.-Sesungguhnya seseorang itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seseorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia..
-SUFFIAN ATTHAURI-
Ibrah: Duhai srikandi islami, jangan kau risaukan zahiriahmu. Kau tetap menjadi pilihan Perindu Ilahi, selagimana kau menjaga agamamu. Kupinta kepadamu, genggamlah cinta hakikimu seeratnya. Nescaya akan dilimpahiNYA dikau dengan insan assoleh.
Duhai pahlawan deeni, kahwini bidadari yang solehah. Angkatlah mereka sebagai pemilik cinta, selepas Dia dan pesuruhNYA. Jangan kau terpedaya dengan rupa, kerana hanya agama yang boleh membuatmu bahagia.
Duhai kalian berdua, sungguh bahagianya percintaan yang dibina. Namun jangan alpa, DIAlah selayaknya dicintai menjulang tinggi. PesuruNYAlah juga wajar lebih dicintai, berbanding pasangan kalian. Bercintalah kalian di bawah lembayung kasih dan rahmatNYA.
Alhamdulillah Cinta!
KATA-KATA SAIDINA UMAR
*Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan menuturkan kata-kata lemah lembut.
*Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan prasangka maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.
*Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.
*Aku tidak pedulikan keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah di antara keduanya yang lebih baik dariku.
*Apabila kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat.
*Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya...
*"Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya, org yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina, orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan 0rang lain, pasti keh0rmatan dirinya akan terjaga."
kompilasi kata-kata Sayyidina Umar al-Khattab:-
1. Aku ini pedang Rasulullah saw. Sekiranya Rasulullah inginkan, baginda akan menggunakannya... Sekiranya Baginda tidak mahu menggunakannya, baginda sarongkannya...
2. Aku keras dan kasar kerana Rasulullah dan Abu bakar sangat lunak, jadi aku tidak boleh melihat orang2 Quraisy menindas baginda dan memperlekehkannya!
3. Apabila Sayyidina Umar menjadi khalifah, beliau berkata: "Ketahuilah, aku adalah orang yang paling lunak dalam kalangan kamu..."
-Khalifah 'Umar al Khattab-
kata-kata Tokoh~
Apabila kamu merasa letih berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal~Saidina Ali R.A
“ Biar sejuta ilmu kita dalami, yakinlah bahawa itu hanya setitis air dari seluas lautan, hadirkanlah dalam hati rasa keinsafan, moga ilmu itu jadi wadah mendekati Tuhan...” ~ moga dpt mmartabatkan ISLAM di muka bumi ALLAH ~
"Mereka yang memasang cita-cita yang tinggi (untuk melihat kemenangan Islam) tanpa membuat apa-apa persedian adalah merupakan mereka yang berjiwa kecil dan tidak mahu serta tidak mungkin sampai ke kemuncak perjuangan dan tidak akan berjaya menuju ke matlamatnya." _Dr. Abdullah Azzam
"Jika kamu ingin melihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah kepada remajanya sekarang."-Saidina Umar al-Khattab-
"..Setiap orang yang takut akan lari, setiap orang yang cinta akan mencari, dan setiap orang yang mencintai Allah akan merasa asing dengan sesama makhluk..."
"..Everyone who fear will flee, each person who love will search, and everyone who loves God will be unfamiliar with other fellow creatures.."
"Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiaya sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya"...-Khalifah Umar al-Khattab-
"Sebesar2 dosa adlh dosa yg dilakukan ketika kita rasa brdosa melakukannya" -Imam Ghazali-
KEMEMPUAN MELUPAKAN HAL HAL YANG TIDAK DISENANGI ADALAH SUATU NIKMAT, MENGINGATI NIKMAT - NIKMAT ADALAH KEBAIKAN, DAN TIDAK MEMIKIRKAN KEKURANGAN ORANG LAIN ADALAH SUATU KEUTAMAAN- aL - qARNI
“Pemuda, dari dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, malahan angkatan pemudalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi perjuangan Islam.”
"..Lebih berwaspada dgn maksiat sebenarnya lebih baik daripada berhati-hati dengan musuh, ...Dosa adalah lebih aku takuti daripada musuh..."
-Umar al Khattab-
"..Aku tahu rezekiku tak dimakan orang,kerananya hatiku tenang..aku tahu amalan2ku tdk mungkin dilakukan oleh orang lain,maka aku sibukkan diriku utk beramal..aku tahu Allah selalu melihatku,kerana itu aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat...aku tahu kematian menantiku,maka aku persiapkan bekal utk bertemu Rabbku.."
-Hassan al Basri-
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”
- Ahli Sejarah Byzantine-
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah."
-As Syahid Imam Hassan Al Banna-
Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
- Saidina Ali bin Abi Thalib-
"Kalau kamu rasa diri kamu masih lagi Sultan, sila datang sini pimpin tenteramu untuk melawan musuh, tetapi jika kamu rasa diri aku adalah Sultan, maka aku perintahkan kamu untuk segera datang menghadap dan segera memimpin tentera-tenteraku berhadapan dengan musuh!"
-Kata kata Sultan Muhammad al-fateh terhadap bapanya Sultan Murad II ketika Sultan Muhammad berumur 12 tahun-
finding true love..~
Ia membawa kegembiraan dan kesedihan, namun ia masih diam membisu. Malah, tiada siapa yang betul2 boleh mempelajari dan mendapati apa yang hidup ini ingin katakan.. kadang2 ia seperti kita sendiri, kadang2 seperti orang asing, kadang2 seperti tangisan, kadang2 seperti tawa riang, kadang2 seperti sungai, kadang2 seperti dahaga, itulah yang kita Nampak... ia adalah bunyi lembut dalam keadaan yang senyap. Hidup ini adalah rahmat dari Tuhan, tiada siapa yang pernah menyentuh atau melihatnya, ia adalah wangian pengalaman, ia adalah angin yang mengharumkan. Berbicaralah dengan hati, dengarlah kata hati, pilihlah teman hidup dari dasar lubuk hati, dunia akan mengatakan apa saja, maka pedulikanlah apa yang dunia kata. Dandanilah dan hiasilah perkara2 tersebut pada bulu mata dan ciptalah impian2 yang gemilang..................
"..Sesungguhnya rasa cinta dan rasa ingin dicinta adalah dari ALLAH dan cinta itu tidak buta,Namun orang yang bercinta saban hari yang memperkotak-katikkan kurniaan itu sehingga anugerah "CINTA" itu menjadi buta sebutanya tanpa landasan SYARIAH!!!"
as long as you love me~
erkk...blank,blur gler when u said u loved me...what can i say,..i can't believe it...like hindi film when 'barsaat' turun dari langit...haha...somehow i feel very happy n lucky...b'cz of u, n u're always in my heart....*happy ending insha-Allah*
"..aku dlu dak shuffle,dak skate,hip hop,free hair,suka lepak2,lynlgu linkin park,bsb,west2 nyer la..msuk UIA,culture shock,dpt roomate
perghh,muslimah sejati..lyn IKIM,tdung labuh,and NOW..who am I?? Aku dh brtdung labuh(agak besar ye),solat x tinggal(Alhamdulillah) n dh brtukar dari linkin park ke MAHER ZAIN!!.." ... *program BICARA WANITA*
Allah knows......~
When you feel all alone in this world And there's nobody to count your tears Just remember, no matter where you are Allah knows Allah knows
When you carrying a monster load And you wonder how far you can go With every step on that road that you take Allah knows Allah knows
No matter what, inside or out There's one thing of which there's no doubt Allah knows Allah knows And whatever lies in the heavens and the earth Every star in this whole universe Allah knows Allah knows
When you find that special someone Feel your whole life has barely begun You can walk on the moon, shout it to everyone Allah knows Allah knows
When you gaze with love in your eyes Catch a glimpse of paradise And you see your child take the first breath of life Allah knows Allah knows When you lose someone close to your heart See your whole world fall apart And you try to go on but it seems so hard Allah knows Allah knows
You see we all have a path to choose Through the valleys and hills we go With the ups and the downs, never fret never frown Allah knows Allah knows
Every grain of sand, In every desert land, He knows. Every shade of palm, Every closed hand, He knows. Every sparkling tear, On every eyelash, He knows. Every thought I have, And every word I share, He knows. Allah knows ..........
Hidup ini adalah suatu perjuangan.. andai kita tidak pernah berjuang, maka kita tidak akan pernah berjaya...
About Me:
Pro-Active girl l I Have many BIG DREAMS| I'm Trying to achieve the BIG DREAMS| I'm trying to be a successful n inspirational Author| Trainer of this Ummah at Al-Fateh Company|
The Author of Motivational Books & Islamic Culture/Morality Novels, and May Become a Trainer of this Ummah at Al-Fateh Company, Insha-Allah~
" if you love someone,let them go..if they return to you,it was meant to be,if they don't,their love was never yours to begin with..."
i love you..~
ingat, hati perempuan lembut, apabila engkau sudah menyentuh hatiku, hargailah, jangan tinggalkan diriku sendirian~ jika mahu meninggalkan diriku, jangan kau berniat untuk menyentuh hatiku lagi dan perempuan2 lain~ pergi jauh2 dari hidupku dan jangan kau kembali lagi!~
how's life?!
-a cry out -a change.transition.turning point -ripped.conflict of interests -changing for good is not a crime but it costs hell as a manner of speaking-kita takkan faham dunia yang kita tak pernah jejak,tapi sekurangnya kita patut respect dan bukan sekadar buat judgement sendiri dengan apa yang kita tak tau.kena faham yg kita hanya org luar. -treasured experience =) -and I hate the soppy ending..*sheesh..*
ikhlas dariku...~
“......Padukan kecantikan rupa dan jiwa, maka kita akan mulia.....”
bina cinta suci~
"..... Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa......"
dunia versus akhirat...pilih dunia or akhirat!!
......bukan mudah untuk berubah dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan....."...kasih sayang.....ada di mana-mana......untuk semua......untuk sesiapa je yang mencari..."
adakah kau lupa??!
"...aku dalam gelap...dan salah siapa kalau aku tak nampak?...kenapa orang keliling hanya pandai bising...tapi tak pandai menghulur tangan?..." "...lontarkan..kalau tidak ia meracun..kongsikan...walau hanya pada awan-awan..."
aku bukan boneka~
" walau apa yg berlaku,akan aku cuba sedaya upaya utk perjuangkan agama Allah dan terus continue perjuangan Rasulullah s.a.w.."~ *أفلا أكون عبدا شكورا *
2 Comments
mengalir air mata saya bila membacanya, apakan lagi orang yg merasainya...