Pesanan Untuk Lelaki




"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang
mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang
baraqah dan yang syadaqah."

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,"Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang
lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang
lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap
sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan
memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari
mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan
tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Dicatat oleh Imam Al-Ghazali....
info drpd REMAJA MASJID~~

Post a Comment

0 Comments