Luahan Hatiku....~



“Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.” Itulah yang sering kita dengar walau di mana jua sekalipun. Namun, dalam hati ini pernah terdetik ‘mengapa manusia diciptakan? Dan mengapa manusia hidup di dunia? Adakah layak aku menjadi khalifah di muka bumi ini? Sedangkan akhlak aku tidak sehebat para anbiya’. Tidak sesempurna serikandi Islam. Alangkah kagumnya aku terhadap mereka. Tetapi, kenapa aku tidak mampu untuk menjadi seperti mereka? Adakah aku lemah? Adakah aku tidak mampu? Jawapannya masih belum ku temui.....

****

Dalam diam aku memendam rasa. Dalam diam aku terasa pedih. Dalam hatiku menjerit menyebut asmaMu ya Rabb. Untuk meluahkan segala kepedihan, kesakitan, kelukaan yang telah lama tercorak di hatiku ini. Alangkah bahagianya hati ini apabila mengingatiMu. Allah....Allah......Allah.
...mengapa masih ramai yang tidak sedar akan kehadiranku. Kadang2 pernah aku terfikir, kenapa aku hidup dalam suasana seperti ini? Yang tidak pernah faham isi hatiku ini. Ttp, aku masih mampu untuk berhadapan dengan semua ini, kerana aku masih tahu ada yang menyayangiku, iaitu yang Maha Pengasih dn Penyayang.....shukron ya Rabb...shukron Allah....<3

****
Menjadi fitrah manusia, ada yang menangis, gembira, bergurau. Tapi, adakah kita pernah terfikir mengapa kita perlu menangis, dan bergelak ketawa? Mungkin pernah terfikir,dan mungkin tidak... apa yang penting hidup di dunia ini kadang-kadang gembira kadang-kadang ada perasaan sedih di hati, knapa? Dan apakah puncanya? Itu menjadi rahsia di sebalik hati dan individu tertentu..... .

****
Ia membawa kegembiraan dan kesedihan, namun ia masih diam membisu. Malah, tiada siapa yang betul2 boleh mempelajari dan mendapati apa yang hidup ini ingin katakan.. kadang2 ia seperti kita sendiri, kadang2 seperti orang asing, kadang2 seperti tangisan, kadang2 seperti tawa riang, kadang2 seperti sungai, kadang2 seperti dahaga, itulah yang kita Nampak... ia adalah bunyi lembut dalam keadaan yang senyap. Hidup ini adalah rahmat dari Tuhan, tiada siapa yang pernah menyentuh atau melihatnya, ia adalah wangian pengalaman, ia adalah angin yang mengharumkan. Berbicaralah dengan hati, dengarlah kata hati, pilihlah teman hidup dari dasar lubuk hati, dunia akan mengatakan apa saja, maka pedulikanlah apa yang dunia kata. Dandanilah dan hiasilah perkara2 tersebut pada bulu mata dan ciptalah impian2 yang gemilang...................

****

Post a Comment

0 Comments