Kenapa Tuhan Ciptakan Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi
cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri
yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak
...berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis
perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di
premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya
didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran
bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini,
seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa
tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah,
kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang
mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di
Pasaraya XXX telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh
pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat:
“..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi
peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis
perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,
kalau taat segala perintah-Nya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat
di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintah-Nya,takut nanti tak
sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha
Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak:
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat
neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas
telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena
denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh
rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen
sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam..
hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak
nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua
jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
“perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan
syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi
orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi
diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang
yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa
rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa
yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang
kita nak? Awak rasa, adil ke?”tanya ustaz.
“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..”
rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
“Bila Tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.

“Adik, saya bagi nasihat ni
kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga
Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum
hamba-hamba-Nya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga
orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat
atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan
HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita.
Ingatlah; semuanya dipinjamkan oleh-Nya, sebagai amanah dan
ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintah-Nya,
untuk kebaikan diri kita juga.

Post a Comment

0 Comments