10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH S.W.T


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang
bermaksud : "Sesiapa yang memelihara
solat, maka solat itu sebagai cahaya
baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara
solat, maka sesungguhnya solat itu tidak
menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda
bahawa : "10 orang solatnya tidak
diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian
tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat
tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam,
padahal orang yang menjadi makmum
membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa
mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya
marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan
solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong
dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan
yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : "Barang siapa yang solatnya
itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar,
maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T
dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu
tidak dapat menahan kamu dari
melakukan perbuatan mungkar dan keji,
maka sesungguhnya kamu dianggap
orang yang tidak mengerjakan solat. Dan
pada hari kiamat nanti solatmu itu akan
dilemparkan semula ke arah mukamu
seperti satu bungkusan kain tebal yang
buruk."

Post a Comment

0 Comments