Amal mana yang Allah redha nie??




Assalamualaikum dan salam tarbiah buat teman,


Selama
kita menunaikan solat,melakukan ibadah, amal ma'ruf nahi mungkar,
sesungguhnya kita sendiri tidak pasti diantara kesemua amalan yg kita
laksanakan, manakah amalan yang kita lakukan itu mendapat redha dari
Allah,diterima oleh Allah.Adakah sol...at kita? sedekah? berzikir?
teringat ana pada kisah yg terkenal yg pasti acap kali didengari oleh
para sahabat. Kisah pada zaman-zaman dahulu seorang pelacur msk syurga
kerana amal memberikan makanan kepada anjing yg kelaparan..Sahih
atau tidak cerita ini? Yang penting seharusnya kita menyedari bahawa
Allahlah yg menentukan siapa yg dimasukkan kedalam syurga yg mendapat
redha Allah..Doalah banyak-banyak, lakukan amal kebajikan
banyak-banyak, kerana tidak pasti mana satu amalan yang menjamin kita
masuk kedalam syurga, jangan lepaskan walau sekecil-kecil amalan yang
boleh dilakukan demi mendapat redha Allah.. dan berdoalah agar amalan
kita diterima Allah..


moga Allah redha denganku...
bismillah.....
"eh,ustaz.. sila lah duduk. saya dan ajk lain boleh susun kerusi ni",
pinta ajk program. pelik melihatkan seorang ustaz yang sepatutnya
memberi ceramah, bersama-sama dengan ahli jawatankuasa program untuk
menyusun kerusi sebelum majlis bermula.

"takpa, biarlah saya bantu. saya pun tak tahu amalan saya yang mana Allah redha", pinta penceramah.

mendengar kisah di atas dari seorang sahabiah membawa saya berfikir
jauh. ringkas ayat sang ustaz tapi menusuk. apakah kita tahu, amalan
kita yang mana satu Allah redha? amalan kita yang manakah menjadi
pemberat mizan hasanah di Hari Kebangkitan?

semalam, sekali lagi
saya mendengar kisah berbeza dengan tema yang serupa. kisah seorang
kaya bernama Abdullah Bin Ja'far daripada ustaz saya di sini.

sedang
Abdullah Bin Ja'far berjalan-jalan, dia ternampak seorang kanak-kanak
membaling roti kepada sekumpulan anjing. kanak-kanak itu adalah seorang
hamba yang hitam kulitnya. Abdullah merasa hairan dan bertanya,
mengapakah dia memberi roti kepada anjing-anjing itu?


budak itu menjawab, di tempat ini sepatutnya tidak akan ada anjing.
jika ada anjing yang sampai ke sini, pasti anjing itu telah berjalan
jauh dan kelaparan. maka, sebab itulah kanak-kanak itu membaling sebuku
roti. melihatkan anjing-anjing yang makan dengan lahap, dia baling
sebuku lagi sehingga habis buku roti yang ketiga.

Abdullah
kemudian bertanya, apakah yang budak itu makan? budak itu menjawab,
roti-roti itulah pemberian tuannya kepada dia dan hari ini dia tidak
makan dan berpuasa. mendengar jawapan hamba kecil itu, terdetik di hati
Abdullah akan betapa dermawannya seorang hamba. beliau kemudian membeli
kanak-kanak tersebut dan memerdekakannya serta menghadiahkan kebun
tempat hamba kecil itu bekerja. inilah contoh amalan yang berkat dan
Allah melipatkaliganda rezeki si hamba tadi.

kita tak tahu apakah qiyamullail,
solat sunat atau puasa sunat kita yang Allah redha? mana tahu salam
yang kita sebarkan, seringgit yang kita dermakan ke tabung surau atau
sampah yang kita kutip di jalan yang Allah lebih redha? saya di
ingatkan lagi hari ini.. jangan memilih dalam beramal. niatlah beramal
dengan tujuan yang satu, "moga Allah redha denganku."
amiin....

Post a Comment

0 Comments