RAMUAN UBAT PENCUCI DOSA

Hasan Basri telah bercerita,bhw suatu hari dia brsama seorg pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan2 kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba2 dia bertemu dgn seorg tabib yg sedang duduk di atas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa org budak lelaki,perempuan,dan kanak2 sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap org meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bg penyakit masing2...Hasan Basri maju ke dpn tabib itu dan berkata:"Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yg boleh mencuci dosa,serta boleh menyembuhkan penyakit hati?"Berkata Tabib tersebut: "ya,saya ada".Lalu pemuda itu berkata: " Berilah pada saya".Berkata Tabib itu: " Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara,iaitu:Ambillah olehmu AKAR KAYU FAKIR dan AKAR KAYU TAWADUK dan campurkan dgn PENCUCI KOTORAN PERUT bernama TAUBAT. Lalu masukkan semua ke dlm LESUNG REDHA, dan giling sampai halus dgn PENGETAM QANA'AH.Kemudian masukkan ke dlm PERIUK TAKWA, dan tuangkan ke dlmnya AIR HAYAK ( malu ).Lalu didihkan dgn API MAHABBAH ( cinta ). Selepas itu pindahkan dia ke dlm MANGKUK SYUKUR dan kipaskan dgn KIPAS ANGIN RAJAK ( harapan ).Kemudian minumlah dia dgn SUDU PUJIAN. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

Post a Comment

0 Comments