DOA TIDAK DI PERKENANKAN KERANA 10 PERKARA

Ibrahim bin Adham pernah di tanya tentang maksud firman Allah s.w.t.:"Mintalah kepadaKu ,nescaya Aku akan memperkenankan permintaanmu".Org2 yg bertanya itu berkata:" Kami tetap berdoa tetapi tdk pernah di perkenankan permintaan kami."Lalu beliau berkata: Yang bernaksud:"Telah mati hati kamu di sebabkan 10 perkara:
1. Kamu sudah kenal dgn Allah,tetapi tdk mahu menunaikan hakNya.
2. Kamu telah membaca Al-Quran,tetapi tidak mahu mengamalkan isinya.
3. Kamu mengatakan Iblis musuhmu,tetapi kamu menuruti ajakannya.
4. Kamu mengatakan cinta kepada Rasul,tetapi kamu tinggalkan hadis dan sunnahnya.
5.Kamu mengatakan cinta kepada syurga,tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
6. Kamu mengatakan takut kepada neraka,sedangkan kamu tidak pernah berhenti dr melakukan dosa.
7. Kamu mengatakan kematian itu pasti terjadi, sedangkan kamu tidak pernah bersia-siap untuknya.
8. Kamu sibuk memperkatakan aib dan cela orang lain,tetapi membiarkan aib dirimu sendiri.
9. Kamu memakan rezeki dari Allah,tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10. Kamu sentiasa menguburkan orang-orang yang mati di kalangan kamu, tetapi tidak mahu mengambil ikhtibar".

Post a Comment

0 Comments